“I remember you owe me something..”
“sweethie”
Alamak! Gulp!
Mata aku gerakkan ke arah sekeliling rumah Laila ini untuk memastikan tiada orang yang melihat kami yang sedang berduaan di ruang tamu budak kecil ni. Aku melihat keadaan nya semakin gusar dan gabra dengan situasi sekrang ini.
“Ap-apa yan-“
“Shhh” Tangan kasar aku bawa ke mulut menandakan bahawa aku meminta agar Laila diam sejenak sementara mata masih aku gerakkan untuk melilau sekeliling.
Okay! Line clear!
Pandanganku terus seratus peratus menghadap wajah gadis jelita ini yang masih dalam keadaan kalut dan cemas. Setiap pelosok dan penjuru rumah ini ditinjaunya dengan ekoran mata. Mungkin perasaan gementarnya menguasai diri. Setapak aku ke hadapan, setapak juga dia ke belakang. Matanya pun masih tidak berani diangkat memandang wajahku.
Langkah nya terus berhenti apabila tubuh nya bertemu dengan dinding kayu rumah nya.
“Ab-abang A-ayan tak rasa k-ke yang kita ni ter-terlalu dekat?” Nafas ku kian tersekat dikerongkong apabila jarak kami yang begitu dekat sehingga nafas Haryan dapat aku rasakan menghempas wajahku. Persoalanku dibiarkan tergantung begitu sahaja dan langsung tidak dijawab membuatkan aku mencabar diri untuk menatap wajahnya.
Dan... Zap!
Pandangan kami bersambung selama beberapa detik sebelum aku larikan pandangan kerana getaran jiwa yang semakin bergelora apabila memandang sepasang matanya itu.
Tidak lama lepas itu, dia terus berdiri tegak dan mula melangkah keluar dari rumahku dan memasang selipar jambannya di sepasang kakinya. Dah namanya kampung. Of course lah kena biasa sikit. Jangan luar biasa sangat, nanti ada yang menggedik!
“Nak balik dah ke?”
Shit! Kenapa aku pi tanya pula? Nampak sangat macam aku terdesak sangat tak nak dia balik!
“Yes sweethie. Kalau lama – lama, nanti ada benda lain yang jadi. So, Assalamualaikum” Usai sahaja salamnya aku sambut, dia terus menyambung semula langkahnya untuk pulang semula ke resort.
“Waalaikumsalam”
Sesekali dia menoleh dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.
Jatuh cinta?
YOU ARE READING
HARYAN'S HIDDEN LOVE | OG
Lãng mạnKnown as His adorable girl...., 'Will we be together, dear sweetie?' Bertemu dengan jejaka idaman yang hanya mampu dipandang dengan sebelah mata sahaja sungguh menguji kesabaran Delaila untuk memiliki jejaka tersebut. Siapa lagi kalau jejaka itu ada...