Hati ini sakit.
Hati ini remuk.
Cinta itu ditolak.
Haih.
Entah keluhan yang ke berapa kali aku keluarkan. Semua disebabkan perkataan seorang wanita yang sangat menghantuiku. Seharian ini aku hanya mengunci diri di bilik ku.
‘Saya nak tuntut perjanjian perkahwinan kita’
Hesh!
Mahu sahaja aku tarik – tarik rambut perang nya yang serabut tu. Suka – suka batang hidung dia sahaja ingin mengahwini bakal imam aku. Menyampah! Aku yang lebih cocok tau!
Tetapi angan – angan ku terus serta merta menghilang apabila teringat akan kata kunci pada perkataan si Jembalang tu.
Ambek kau! Jembalang aku kasi.
‘Perjanjian perkahwinan’
Dehel?!
Tanpa baring dengan lebih lama lagi, aku terus bangkitkan tubuh badanku dengan penuh semangat. Aku kena tegakkan keadilan! Ini melibatkan masa depan aku dan abang hensem. Aku tak boleh duduk diam.
“Boleh tak kau jangan nak pasang berangan kau tu sampai tak boleh nak tutup dah?! Aku dah cakap dari awal kan yang aku ni....TAK AKAN KAHWIN DENGAN KAU!”
Perkataan akhir aku tinggikan nada seoktaf. Geram betul aku dengan perempuan sundal ni. Tak padan dengan wajah nya yang kelihatan polos. Segala rahsia dan kebohongan yang ditaburkan kepada kedua orang tua aku memang sudah aku tahu sejak awal perempuan ini datang ke rumah kami. Ingat aku tak tahu kegiatan dia dekat bandar Kuala Lumpur tu? Setiap hari ganti sugar daddy.
Murahan.
“Awak nak atau tak, benda dah ditetapkan. Awak akan tetap kahwin dengan saya” Dengan penuh angkuh dan yakin dia mengatakan hal seperti itu. Aku? Kena kahwin dengan dia? Lambert lagi.
“Lantak kau lah! Kalau kau nak juga kahwin dengan aku, kau tunggu lah nasib kau nanti. Aku tak jamin mulut aku takkan bocorkan kegiatan haram kau kat luar sana” Matanya terbeliak seolah – olah terkedu dengan fakta yang aku lontarkan kepadanya.
YOU ARE READING
HARYAN'S HIDDEN LOVE | OG
RomanceKnown as His adorable girl...., 'Will we be together, dear sweetie?' Bertemu dengan jejaka idaman yang hanya mampu dipandang dengan sebelah mata sahaja sungguh menguji kesabaran Delaila untuk memiliki jejaka tersebut. Siapa lagi kalau jejaka itu ada...