ℋ𝒶𝓇𝓎𝒶𝓃'𝓈 1🌹

108 3 0
                                    

Mikhael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mikhael

Ayan! Kau free ak?
Kau kena join kali ni weyh
Kat air terjun kut!
Rugi tau kalau kau tak ikut

Haryan

Aku free je
Tapi aku malas nak join

Mikhael

Takde nya kau malas
Kali ni kau kena join jugak
Titik!

Awal-awal pagi lagi seketul kawan aku ni mesej ajak pergi trip yang aku paling anti. Benda yang melibatkan aktiviti outdoor memang aku kurang minat dan jarang betul ikut. Ni trip yang kelima kawan aku si Mikhael ajak nak suruh aku join tapi kalau boleh aku tolak juga kelima-lima trip ni.

Telefon yang aku pegang untuk melihat mesej Mikhael tadi aku letak dekat meja berhampiran dan mengambil langkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Hari ini adalah merupakan final exam yang aku kena ambil sebelum aku takedown bisnes ayah aku dekat perusahaan H Holding. Sebelum ini, ayah aku teringin sangat nak aku terus ambil alih kerja dia tu, tapi aku lebih memilih untuk kumpul ilmu dulu.

Habis sahaja membersihkan diri aku terus berjalan ke arah wardrobe untuk mengambil seluar dalam, sehelai t-shirt hitam dan seluar slack kelabu. Wardrobe sudah dipenuhi dengan baju yang bewarna hitam kerana Hitam memang sudah menjadi warna kegemaran aku.

Selesai berpakaian aku terus mencipta langkah untuk keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah di mana sarapan pagi disiapkan.

Dari jauh aku melihat ibu dan ayah sedang bercerita sambil menyuap hidangan sarapan mereka dan aku terpandang sosok tubuh seorang gadis yang berpakaian ketat lagikan sendat sedang duduk di sebelah ibuku.

Disebabkan perasan akan kehadiranku, gadis tadi terus berdiri dan memperkenalkan diri seraya menghulurkan tangannya minta untuk dijabat.

"Hi! Nice to see you here handsome. I'm Aurora Leona. You're Haryan right?"

"Yes i am. You have a nice name Aurora" Aku beri senyuman yang termanis yang dapat aku berikan dan dia membalasnya dengan gaya yang tersipu malu tetapi lebih kepada miang dan gedik.

"Thankyou handsome!"

Fuh! Dia munculkan suara kepit dia sobat.

"But let me tell you something. Nama kau cantik tapi orangnya tak secantik nama" Dapat aku lihat senyumannya kian kendur dan duduk semula di kerusi nya. Aku hanya tersenyum mengejek dan hal itu dapat dilihat oleh ibu dan ayah ku.

"Apa lah Ayan cakap macam tu. Tak baik tau. Mama tengok cantik je si Aurora ni" Ibu terus membela Aurora apabila melihat perubahan ekspresi wajahnya yang masam mencuka.

HARYAN'S HIDDEN LOVE | OGWhere stories live. Discover now