DUA minggu sudah berlalu dan berita mengenai hubungan Hawa dan Ehsan kecoh di seluruh universiti, ramai siswa dan siswi patah hati bila pujaan idaman mereka sudah berpasangan. Boleh dikatakan macam artis popular Hawa dan Ehsan bila mereka bercinta.
"Mika."
Jebat yang sedang mendengar muzik di headphone itu langsung tidak perasan akan kehadiran Hawa di dalam studio itu, jarinya masih bergerak menghasilkan lakaran untuk memudahkan dia gunakan cat warna nanti.
Hawa mencebik bila dia tidak dilayan Jebat, pantas dia mencabut headphone dari kepala Jebat membuatkannya tersentak dan terus menoleh memandang ke arah gadis itu.
"Kau kenapa?"
"Aku panggil kau tapi kau tak dengar."marah Hawa sambil mulut dimuncungkan.
"Tak payah muncung, aku bukan boyfriend kau nak kena pujuk ke apa."sambil itu tangan Jebat bergerak mengambil semula headphone miliknya dari tangan Hawa.
Belum sempat tangan dia menyentuh headphone itu, Hawa sudah menyoroknya di belakang.
"Give it back, Hawa."
"No. Welk!"Hawa geleng kepala sambil jelir lidah, kaki pun turut berundur ke belakang bila dia lihat Jebat sudah bangkit dari kerusi.
"Give.It.Back.Hawa."satu persatu patah perkataan Jebat suarakan dengan mata sudah menjegil ke arah Hawa.
Hawa geleng kepala sambil buat muka, dia angkat headphone yang dia pegang itu.
"Kau nak benda ni, kan? Now come get it from me."sejurus itu Hawa mengorak langkah melarikan diri dari Jebat.
Jebat sudah geram pantas mengejar gadis itu, tadi dia aman tapi sekarang suasana dia dah jadi bising bila Hawa masuk ke dalam studio itu. Dia mengejar gadis itu hingga ke kawasan terletaknya mannequin.
Kepala Jebat terus menoleh ke kiri dan kanan bila Hawa tidak kelihatan, dia sudah garu kepala yang tidak gatal itu. Tadi perempuan tu lari kat sini, cepat betul ghaib.
Dalam kebingungan mencari Hawa, Jebat tidak sedar yang gadis itu sedang bersembunyi di sebalik tirai langsir sambil menahan ketawa bila dia mengintai Jebat yang sudah tayang muka orang bodoh.
Sumpah kelakar tengok muka bingung lelaki itu.
Dia sembunyi semula di dalam tirai bila dia perasan kepala Jebat mula bergerak ke tempat dia bersembunyi, dia tahan nafas dan berdiri statik supaya Jebat tidak perasan yang dia bersembunyi di situ.
TAP!
TAP!
TAP!
Semakin kuat derapan tapak kaki Jebat menghampirinya sudah cukup nak buat Hawa berpeluh, janganlah dia nampak aku kat sini.
Dalam beberapa saat, bunyi derapan tapak kaki tidak lagi kedengaran. Dia nak mengintai tapi dia takut Jebat masih berada di sekitar kawasan tempat mannequin. Kalau tak tengok, boleh mati lemas dia tidak bernafas.
"Gotcha!"
"Argh!"terjerit Hawa bila satu tangan kekar memegang lengannya, terus dia ditarik keluar Hawa dari tirai itu.
"Dah, bak sini aku punya headphone."pinta Jebat, sebelah tangan dihulur kerana sebelah lagi memegang lengan Hawa yang berlapik kemeja putih kerana tidak mahu gadis itu terlepas.
"Tak boleh."
"Bagi balik, Hawa Davina Dato Davin. Aku nak buat kerja ni."sekali lagi Jebat meminta dengan cara paling sopan, dahlah langgar prinsip dia pegang perempuan hanya kerana seketul headphone.
"No way, Jebat Mikael sunshine."
Oleh kerana sudah geram, terus Hawa ditarik sehingga tubuh mereka seakan berpelukan. Kedua belah tangan Hawa yang memegang headphone itu menekap elok pada dada Jebat yang sedang merenung tajam ke arahnya.
Dub dab! Dub dab! Dub dab!
Jantung Hawa sudah macam pergi berlumba bila dia berada sedekat ini dengan Jebat.
"Don't take away my stuff again, Hawa Davina."kata Jebat seraya mengalihkan tangannya yang merangkul pinggang Hawa.
Hawa bagaikan terkaku memandang ke arah Jebat yang sedang meletakkan headphone pada leher di hadapan, otak sedang memproses apa yang baru sahaja jadi tadi.
"Oh...inilah kerja yang you cakap tadi, sayang?"satu suara garau mencelah membuatkan Jebat dan Hawa berpaling melihat ke arah Ehsan yang berdiri tidak jauh dari mereka.
Hawa tersedar, terus dia mendapatkan Ehsan.
"Bie, you jangan salah faham. I dengan Jebat tak buat apa-apa pun."kata Hawa, dia pandang ke arah Ehsan yang menayangkan riak wajah kecewa.
"I thought I nak surprise you ajak pergi dinner tapi I pula yang kena kejutan dengan you."kata Ehsan, dia lihat semua yang terjadi tadi. Berapa mesranya mereka berdua lebih dari seorang kawan.
"Wait, bie. I dengan Jebat tak buat apa-apa pun. Jebat just nak headphone dia yang I bawa lari tadi."jelas Hawa sambil memandang Jebat untuk meminta lelaki itu berikan penjelasan.
Jebat yang faham dengan riak wajah Hawa terus maju ke depan.
"Aku dengan Hawa tak buat apa-apa pun, aku just nak headphone aku balik. That's all, nothing more or less."kata Jebat dengan nada mendatar walaupun dia rasa macam wajah kecewa Ehsan tu fake namun dia turutkan sahaja memandangkan Hawa itu kawan rapat dia.
Ehsan pandang wajah kosong Jebat, tidak nampak seperti lelaki itu menipu kemudian dia pandang teman wanitanya. Riak wajah penuh kesungguhan yang gadis itu tayangkan supaya dia percaya.
"Okay sayang, I percaya you dengan Jebat ni takde apa-apa."akhirnya Ehsan memilih untuk mempercayai Hawa walaupun ada rasa sangsi dengan Jebat.
Hawa senyum manis, nasib baik percaya. Kalau tidak, jenuh nak pujuk sebab Ehsan ada merajuk dengan dia beberapa hari lepas hanya kerana ada siswa yang ajak bergambar. Dekat dua jam dia pujuk lelaki itu sampai terpaksa usap pipi barulah teman lelaki dia berhenti merajuk.
"So, you kata nak ajak I dinner...betul ke?"Hawa menukar topik, biarkan apa yang jadi antara dia dengan Jebat itu berlalu seperti angin.
"Betul, alang-alang tu I nak cari suit untuk kita punya prom night next weekend."
Barulah Hawa teringat yang dia masih yang hujung bulan ini iaitu dua minggu dari sekarang, universiti mereka akan adakan prom night di sebuah hotel mewah.
"Gosh...I forgot about that prom, nasib baik you cakap. Kalau tak mesti I tak ingat langsung, bie."kata Hawa.
"Well, alang-alang tu kita cari sekali dress untuk you biar matching dengan I punya suit."cadang Ehsan mendapat anggukan dari Hawa, cadangan yang bernas.
Hawa menoleh memandang Jebat.
"Kau dah jumpa partner untuk prom, Mika?"Hawa menyoal ingin tahu.
"Tak payah risau pasal aku, tahulah aku nak urus macam mana. Korang pergilah, sekarang pun dah nak pukul 7."tenang sahaja Jebat bersuara dengan wajah kosong.
"Okay then, bye Mika. Kitorang gerak dulu."pamit Hawa sambil menarik lengan jaket ragbi Ehsan untuk keluar dari studio itu.
Jebat hanya perhati sahaja pasangan itu berlalu keluar, dapat dia menangkap jelingan Ehsan yang menoleh ke arahnya untuk beberapa saat beserta gerakan mulut lelaki itu.
'Hawa is mine.'
Itulah gerakan mulut yang Jebat dapat baca sebelum bayang mereka hilang dari pandangan.
Jebat memandang tangannya yang merangkul pinggang Hawa tadi. Dia mengeluh kerana dia sudah melanggar pegangan dia iaitu tidak menyentuh perempuan yang bukan halal untuknya.
"Kerana headphone, rosak prinsip aku."
YOU ARE READING
MIDNIGHT RAIN: JEBAT
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 2 JEBAT MIKAEL | HAWA DAVINA Hanya kerana satu malam, hidup seorang Hawa Davina yang dulunya penuh ceria bertukar menjadi kelam. Kerana percayakan lelaki, dia hidup dalam keadaan trauma. Bertahun berlalu dan ia bukan sat...