𝓜𝓲𝓭𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽 𝓡𝓪𝓲𝓷 | 23

8.2K 547 6
                                    

BEBERAPA hari sudah berlalu, Jebat langsung tak menghubungi Hawa dan Hawa turut melakukan perkara yang sama. Masing-masing menyepikan diri, mungkin masih terbayang kejadian di bilik kerja Hawa tempoh hari.

Dan hari Hawa berdiri di hadapan bangunan Mik's Corp yang megah itu untuk meminta maaf pada Jebat atas perbuatan yang dia tidak sengaja lakukan pada lelaki itu.

"Hawa Davina, you need to confront him and say sorry."kata Hawa pada diri sendiri. Dia takut kalau Jebat marah dan halau dia tapi dia kuatkan diri untuk datang juga ke syarikat ini.

Dia mengorak langkah masuk ke dalam bangunan itu selepas dia memastikan Lexus Lc500 yang dia pandu tadi sudah terkunci elok di tempat parkir awam.

Masuk sahaja ke dalam bangunan itu, Hawa melopong melihat betapa hebatnya hiasan dalam bangunan itu kemudian dia toleh ke kanan, siap ada kafe Starbucks lagi. Bukan sembarangan kaya Jebat ni.

"Miss Hawa?"sapa seorang gadis yang muda dari Hawa.

Hawa memandang gadis itu.

"Ya?"

"Jadi betullah ni miss Hawa, saya ingat salah orang tadi. Kenapa miss Hawa ada kat sini?"soal gadis itu teruja, dia tidak jangka yang pelukis terkenal boleh berada di depan mata. Dalam masa yang sama, dia kagum kerana wanita itu lebih jelita daripada gambar di majalah dan surat khabar termasuk media sosial.

"Actually I kat sini nak jumpa dengan Mika."

"Mika?"

"Oh sorry, I mean Jebat Mikael."

"Oh, miss Hawa ada buat appointment ke?"

"Actually no tapi I datang ni sebab ada benda penting yang I nak cakap dengan dia. Boleh tak I masuk?"Hawa meminta izin kemudian dia lihat tag nama gadis itu.

Lisa.

"Boleh tak I naik jumpa dia, Lisa?"pinta Hawa.

"Actually miss...bukan saya taknak bagi tapi miss kena buat appointment kalau nak jumpa dengan tuan Jebat."Lisa serba salah menyatakan itu tapi dia tidak punya pilihan kerana ada protokol syarikat yang perlu dia patuhi atau dia akan terima akibat jika melanggar.

Hawa tayang wajah kelat, nampaknya memang tak boleh dia nak jumpa Jebat.

"Kalau macam tu, I pergi dululah."baru sahaja Hawa pusing untuk pergi, satu suara membuatkan langkah dia terhenti.

"Miss Hawa nak jumpa tuan ke?"dia menoleh memandang Nevan.

"You siapa?"

"Oh, sorry for being rude. Nama saya Nevan, saya orang kanan tuan."Hawa angguk faham.

"Miss Hawa nak jumpa tuan ke?"sekali lagi Nevan menyoal mendapat anggukan daripada Hawa.

"Kalau macam tu, sila ikut saya."Nevan memandang ke arah Lisa.

"Lisa, you may proceed with your job."Lisa pun menurut dan bergerak semula ke meja reception, sempat dia ucap selamat tinggal pada Hawa.

Hawa melambai ke arah Lisa sebelum dia bergerak mengekor Nevan ke satu lif bersalut emas yang terletak di ruangan bangunan itu, sempat Hawa membaca sesuatu yang tertulis pada lif itu.

Lift for CEO only

'Wow! CEO pun ada lif sendiri.'banyak benda yang dia tak tahu pasal Jebat rupanya, apa yang dia tahu pasal lelaki itu di universiti hanya boleh mencapai 15% sahaja kerana lelaki itu terlalu misteri dan dia hanya beri orang lihat apa yang dia nak orang itu lihat.

MIDNIGHT RAIN: JEBATWhere stories live. Discover now