𝓜𝓲𝓭𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽 𝓡𝓪𝓲𝓷 | 57

6.9K 443 14
                                    

HAWA terpisat-pisat bangun dari pengsannya, dia rasa pening. Dia cuba menggerakkan tangan tapi dia perasan yang kedua belah tangannya sudah terikat bila tali pada tangan itu bersentuhan dengan pipi dia.

"Apa jadi ni? Aku kat mana ni?"soal Hawa, dia melihat sekeliling.

Dia berada dalam satu bilik yang kosong dan usang, nampak seperti salah satu bilik yang berada di sebuah rumah tinggal.

Ingatkan cuba dikerah untuk mengingati apa yang jadi sebelum dia pengsan tadi. Hawa turun ke dapur untuk minum seorang diri, Jebat mahu menemani tapi dia menegah kerana dia boleh sendiri.

Dan benda terakhir yang dia ingat sebelum dia tidak sedar ialah...dia baru lepas minum dan mahu letak cawan di singki, tiba-tiba ada seseorang yang menekup mulutnya hingga dia tidak sedar.

"Dah bangun dah sayang aku?"dia mendongak memandang satu sosok tubuh yang muncul di hadapan bilik yang tidak mempunyai pintu itu.

Hawa memincingkan mata melihat siapakah gerangan lelaki itu, serta merta mata dia membulat bila dia lihat pemilik suara yang sudah berada betul-betul di hadapannya.

"Reza!?"

Senyuman Danny yang sinis itu terukir.

"Bukan Reza, sayang. Tapi Danny, Danny Eusof."

"Siapa Danny Eusof? Aku tak kenal kau! Lepaskan aku!"jerkah Hawa, dia tidak peduli sama ada itu Reza atau Danny. Yang dia tahu, dia mahu dilepaskan.

Danny mengetap rahang, rasa terpukul bila Hawa tidak ingat akan dirinya. Dia berteleku di hadapan wanita mengandung itu dengan tatapan yang tajam.

"Kau lupa aku? Kau lupa dengan budak nerd yang kau pernah tolong masa dekat universiti dulu, Hawa?"bentak Danny. Tajam dia menatap wajah Hawa.

Hawa terdiam, dia cuba ingat apa yang Danny katakan dan barulah dia teringat akan budak nerd yang pernah dia dan Jebat bantu ketika zaman universiti itu.

"Kau!? Kau budak nerd tu!?"Hawa tayang wajah terkejut.

"Bingo! Ingat pun. Susah betul aku nak rapat dengan kau sampai aku kena menyamar guna nama orang mati untuk dekat dengan kau, tapi sayang pula bila kena buang when aku just luahkan rasa cinta aku yang aku pendam dari dulu!"bentaknya. Dia masih tidak boleh me erima yang cintanya ditolak oleh Hawa.

Hawa terdiam.

"Kau tahu tak aku dah banyak korbankan diri aku untuk kau? Aku sanggup bunuh semua lelaki yang cuba dekat dengan kau dari zaman universiti sampai sekarang!"kali ini mata Hawa membulat terkejut. Bunuh? Maknanya semua lelaki di universiti yang selalu hilang dulu berpunca dari lelaki itu.

"Kau yang bunuh diorang? Termasuk Zade?"

"Well yes, aku yang bunuh diorang sebab aku tak suka diorang rapat dengan kau. Dulu, aku sakit hati dengan Ehsan bila dia rampas kau daripada aku tapi aku tahu, aku takkan mampu lawan Ehsan."satu pisau dikeluarkan lalu dimain di hadapan Hawa.

"Aku mula rasa ada peluang untuk dekat dengan kau bila semua dah takde. Tapi, kau tolak semua lelaki hanya sebab Daniall Zander! Anak luar nikah kau yang tak guna tu! Sebab dia hidup kau hancur! Tak cukup dengan tu, Jebat Mikael datang balik dan rampas peluang yang aku tunggu-tunggu selama ni dengan menjadikan kau isteri dia! Patutnya aku bunuh je dia dulu bila aku ada peluang tapi aku tahan sebab dia kawan baik kau, rupanya dia lagi sial daripada Ehsan!"tengking Danny pada Hawa.

Hawa menayangkan wajah marah, dia melawan tatapan tajam kerana rasa takut dalam diri sudah hilang bila suami dan anaknya dihina.

"Kau jangan hina anak dan suami aku! Sebab dioranglah yang buat aku jadi lagi kuat sampai hari ni!"tentang Hawa.

"Hey perempuan! Kau dengar sini!"wajah Hawa dicengkam oleh Danny.

"Kau patut bersyukur yang aku ni cintakan kau! Kalau tak memang mampos kau dengan budak dalam perut ni! Mind your words when you talk to me, Hawa!"dia menolak wajah Hawa yang dicengkam kuat tadi ke tepi.

Hawa menahan sakit pada pipinya.

Danny berdiri dari berteleku di hadapan Hawa.

"Jangan risau...aku takkan bunuh perempuan yang aku sayang. Tapi aku akan hapuskan orang yang ada ikatan dengan kau kalau aku nak bersama dengan kau which is..."

Hawa sudah ketap bibir.

"I will kill Jebat Mikael."terus dia melangkah keluar meninggalkan Hawa berseorangan dalam bilik itu.

Air mata Hawa sudah mengalir, dia bersandar pada dinding sambil mengusap perutnya yang sudah menampakkan bentuk itu.

"Baby, bertahan dengan mama ya? Mama tahu yang papa akan jumpa kita."dia yakin yang suaminya akan berjaya menjejaki dirinya. Selagi itu, dia perlu bertahan.

JEBAT, Anaqi dan Tengku Qidran memerhati Nevan dan Max yang laju menekan keyboard pada PC mereka untuk menjejaki keberadaan Hawa, mereka tidak banyak masa kerana bila-bila masa sahaja Danny boleh bertindak mencederakan wanita itu.

Mata Nevan dan Max memerhati skrin PC mereka yang memaparkan setiap rakaman cctv serta koordinat yang mungkin menjadi tempat Hawa diculik.

"Come on, Nevan. Max. Cepat sikit!"gesa Tengku Qidran.

Nevan dan Max menjeling lelaki itu, sabar boleh tak? Tuan Jebat mereka pun tak gesa mereka, ingat senang ke nak cari lokasi Madam? Negara ni bukan kecil kerana mereka perlu lihat satu persatu rakaman cctv dan cuba dapatkan nombor telefon yang mungkin milik Danny untuk mereka dapatkan lokasi yang tepat.

"Wait."mereka memandang Jebat.

Lelaki itu menunjuk ke arah satu rakaman cctv yang merakam sebuah kereta yang memasuki satu kawasan perubahan yang sudah lama ditinggalkan.

Nevan membuka rakaman itu.

Terus itu menjadi tumpuan mata masing-masing, memang ada satu sahaja kereta yang masuk ke dalam kawasan perumahan tinggal itu.

"Dapatkan koordinat tempat ni."arah Tengku Qidran. Terus Max bergerak mencari koordinat cctv yang mempunyai rakaman itu lalu ditunjuk skrin itu pada mereka.

"Berapa jauh dari sini untuk sampai sana?"soal Jebat mendatar.

"ETA 40 to 1 hour from here."jawab Nevan.

Jebat terus berdiri tegak, dia capai jaket kulit hitam kemudian disarung pada tubuh kekarnya. Dia memandang ke arah Nevan.

"Hantar koordinat pada aku sekarang."bahu Jebat dipegang sebelum sempat lelaki itu mengorak langkah untuk keluar. Dia menoleh dan melihat Anaqi yang menahan dirinya.

"Aku boleh uruskan sendiri, Raid."kata Jebat dingin.

BUK!

Membulat mata Tengku Qidran, Nevan dan Max melihat Jebat ditumbuk oleh Anaqi buat pertama kalinya di hadapan mata mereka.

Kolar jaket kulit Jebat ditarik untuk lelaki itu memandang Anaqi.

"We're doing this together because we're brothers, you idiot."dingin Anaqi buat Tengku Qidran nyaris pengsan, kan dah cakap yang Tengku Qidran boleh pengsan bila dengar Anaqi cakap lebih dari satu perkataan.

Nevan dan Max lagi terkedip-kedip, kalau jadi perempuan ni memang ajak Anaqi kahwin ni. Macho ya ampun.

Jebat berdecit bila Anaqi sudah serious bersuara.

"Korang memang tak boleh lepaskan aku buat benda macam ni sorang-sorang, kan?"kolar dilepaskan dan mereka terus bangun keluar dari bilik itu.

MIDNIGHT RAIN: JEBATWhere stories live. Discover now