HARI yang ditunggu-tunggu telah tiba, ia merupakan hari di mana Jebat dan Hawa akan disatukan. Majlis pernikahan mereka dijalankan secara kecil-kecilan sahaja manakala resepsi akan dijalankan secara besar-besaran untuk membuat pengumuman tentang penyatuan mereka berdua nanti.
Irvan sedang merapikan pakaian baju melayu putih cekak musang yang tersarung elok pada tubuh Jebat manakala Tengku Qidran sibuk membetulkan samping lelaki itu.
"Tak sangka kau kahwin hari ni."kata Irvan.
Jebat senyum nipis.
"Kau patutnya dah kahwin dengan Ferza, Van."kata Jebat perlahan.
"Betul tu, Van. Patutnya kau kahwin dengan Ferza tapi..."Tengku Qidran tak sampai hati nak habiskan ayat.
Senyuman kelat dari Irvan terukir, lelaki itu menggelengkan kepala untuk beberapa kali.
"Aku ni tak baik untuk perempuan macam dia, baik aku blah dari hidup dia and pergi jauh dari sini untuk tenangkan diri. Lagipun, mungkin aku dah tawar hati untuk Ferza."perlahan sahaja Irvan berkata begitu.
Jebat dan Tengku Qidran memandang antara satu sama lain, bukan mereka tidak tahu tentang apa yang Irvan buat untuk tawan hati Ferza. Boleh kata Ferza bodoh sebab masih ego untuk terima cinta Irvan balik, padan muka lelaki tu tawar hati hahahahaha!
Tengku Qidran memegang bahu Irvan.
"Nanti kau naik airline aku, pergi je mana-mana kau nak. Aku sponsor first class."kata Tengku Qidran.
"Thanks Qidz."
"Kata brothers."
"Anaqi mana?"soal Jebat.
KNOCK!
KNOCK!
Mereka bertiga menoleh dan lihat Anaqi yang segak berpakaian baju melayu berwarna biru tua itu lengkap bersongkok sedang berjalan ke arah mereka.
Songkok di tangan terus Anaqi pakaikan pada kepala Jebat, bahu lelaki itu ditepuk beberapa kali dengan senyuman senget.
"Aku baru nak tanya songkok aku mana, kau dah muncul dengan songkok aku, Anaqi."seloroh Jebat memandang lelaki pendiam itu.
Anaqi tidak membalas dia tilik Jebat atas bawah kemudian dia angkat ibu jari dengan muka tak berperasaan.
"Kau ni, Anaqi. Cuba buka mulut kau sekali untuk hari penting Jebat, dari dulu sampai sekarang nak cakap dengan kau macam kena guna bahasa isyarat."kata Tengku Qidran geram, nak kata bisu tapi normal. Elok hensem semua ada tapi buka mulut pun taknak.
Anaqi pandang Tengku Qidran dengan riak wajah kosong sebelum pandang Jebat semula.
"Goodluck."itu sahaja yang Anaqi cakap tapi cukup untuk buat mereka bertiga terkejut, bapak ah Anaqi cakap satu perkara sial!
Baru sahaja mereka mahu meminta Anaqi buka mulut sekali lagi, ada suara kecil sudah mencelah membuatkan tumpuan pada Anaqi tadi beralih pula ke arah pintu.
"Papa! Uncle! Dah siap ke belum? Semua dah tunggu tu."Daniall masuk ke dalam bilik itu, nampak elok si kecil itu pakai baju melayu dengan songkok. Hensem.
Jebat ukir senyum bersama Irvan dan Tengku Qidran. Anaqi pula senyum senget untuk 5 saat sebelum wajah itu jadi tak berperasaan balik.
"Dah siap dah, jom turun dengan uncle Qidz. Papa tak boleh dukung sebab dia dah hensem macam Niall."kata Tengku Qidran sambil mendukung Daniall.
Daniall memandang bakal papa baru dia.
"Hensem ah papa, habislah papa malam ni kalau mama tak lepaskan papa."terkedip-kedip mata mereka memandang Daniall, budak 5 tahun boleh cakap lain macam ya. Anaqi yang dengan muka kosong tu pun boleh terkedip mata bila Daniall cakap macam tu.
"Aku rasa aku tahu ni mulut siapa."kata Irvan.
"Ezfan Ul-Haq."serentak itu Jebat menyebut nama Ezfan bersama Irvan, itulah adik ketiga Irvan yang sentiasa ajar benda bukan-bukan pada anak-anak buah dia apatah lagi anak orang.
"Dah. Dah. Turun, dah lambat."kata Daniall lalu mereka pun turun.
Jebat turun diiringi Irvan, Anaqi, Tengku Qidran dan Daniall di belakang. Saat empat jejaka dan si kecil comel itu turun, mereka sudah menjadi tumpuan para gadis termasuk Hawa yang sudah terpegun melihat bakal suaminya.
'Ya Allah...bakal suami kita hensem gila!'jerit hati Hawa, wajahnya sudah menayangkan senyuman paling manis buat Jebat.
Jebat melabuhkan punggung bersebelahan dengan Tuan Jayden manakala Tuan Davin dan tok kadi sudah berada di hadapannya.
"Pengantin lelaki kita pun dah sampai. Boleh tak kita mula?"soal tok kadi.
Tuan Davin angguk kepala dan tok kadi mula menjalankan kerjanya.
"Jebat Mikael Bin Jayden Mikha."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Hawa Davina Binti Davin dengan mas kahwinnya RM5000 ringgit tunai."
Jebat menarik nafas.
"Aku terima nikahnya Hawa Davina Binti Davin dengan mas kahwinnya RM5000 ringgit tunai."
Tok kadi memandang saksi.
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
"Alhamdulillah."dengan sekali lafaz sahaja, Jebat dan Hawa sudah selamat menjadi pasangan suami isteri.
Semasa membaca doa, Hawa melihat Jebat sudah menyeka perlahan air mata di pipi. Terasa macam jackpot kerana dia pernah doa kalau dia kahwin nanti, dia mahu suami dia menangis lepas lafaz akad dan ia terjadi! Yeay!
"Hawa, suami Hawa dah ada depan mata tu."tegur Puan Sri Nerizza bila Hawa tersenyum sendiri sampai tak perasan yang suami sudah berada di sebelah.
Hawa tersedar, dia toleh dan kali ini jantung dia berdegup bila Jebat sudah berada betul-betul bersebelahan dengannya.
"Assalamualaikum cinta hati abang."ah! Rasa nak cair Hawa bila Jebat tukar panggilan.
"W-Waalaikumussalam."tergagap Hawa menjawab salam dengan wajah yang merah.
Cincin dihulur pada Jebat kemudian disarung pada jari manis wanita itu sebelum wanita itu bertindak mengucup tangan suaminya untuk pertama kali.
Begitu juga Hawa, melakukan perkara sama kemudian Jebat menolak dagu Hawa sebelum dahi wanita itu dikucup lembut. Terasa ada renjatan elektrik hingga mata Hawa terpejam bila menerima ciuman pada dahinya itu.
Selepas beberapa saat, barulah mereka saling bertatapan dengan senyuman manis di bibir masing-masing.
"Kisah kita dah bermula, cinta."
"Our love story with Daniall."mereka saling berpegangan tangan di atas pelamin kecil di dalam rumah Tuan Davin.
"Yeay! Mama dengan papa dah kahwin!"suara Daniall yang teruja mengangkat kedua belah tangannya ke atas itu membuatkan semua tetamu tersenyum sambil ketawa melihat keletah kecilnya.
Jebat dan Hawa memandang anak mereka itu sambil ketawa kecil, nampak sangat yang budak itu teruja dengan kehadiran Jebat dalam hidup Hawa dan dirinya.
"Okay... sekarang kita nak ambil gambar so...pose like vogue!"terus mereka memandang Ezfan yang sudah baring di atas lantai mengambil gambar bersama jurugambar di sebelah.
Irvan sudah tepuk dahi memandang adiknya itu sebelum dia pandang Ezran yang sedang mendukung Ezekiel, Emir dan Eldian untuk memohon bantuan uruskan adik mereka itu.
Ezran pandang Ezyan.
"Kau ganti aku uruskan setan tu kejap. Aku tengok dukung triplets ni."kata Ezran.
Ezyan angguk kepala sebelum melangkah ke arah Ezfan dan mengheret abang dia keluar dari ruangan itu, ini kalau mama dengan papa tahu mesti kena tanam hidup-hidup Ezfan ni.
Jebat sudah geleng kepala manakala Hawa dan para tetamu yang lain kecuali Anaqi sudah ketawa melihat Haq Brothers.
YOU ARE READING
MIDNIGHT RAIN: JEBAT
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 2 JEBAT MIKAEL | HAWA DAVINA Hanya kerana satu malam, hidup seorang Hawa Davina yang dulunya penuh ceria bertukar menjadi kelam. Kerana percayakan lelaki, dia hidup dalam keadaan trauma. Bertahun berlalu dan ia bukan sat...