JEBAT tiba di Secret Recipe mengikut masa yang Hawa minta, dia parkir Mercedes Benz AMG yang dia pandu itu. Hari ini Nevan tidak mengikutinya kerana dia mengarahkan orang kanan dia itu untuk uruskan syarikat sementara dia keluar berjumpa Hawa.
Enjin dimatikan dan dari mana dia letak kereta, kelihatan Hawa sudah menanti dirinya kerana wanita itu duduk di tepi tingkap.
Jebat keluar kemudian dia berjalan masuk ke dalam restoran itu, dia tidak membuang masa terus menuju ke arah Hawa bila dia nampak wanita itu sudah melambai ke arahnya.
"Kau dah lama sampai ke? Niall mana?"Jebat menyoal sambil duduk di hadapan Hawa.
"Baru je and Niall dengan tokdy and tokmi dia hari ni, pergi berjalan katanya."jawab Hawa dengan senyuman di bibir.
"Kita order dulu?"Hawa angguk kepala.
Mereka pun mula memesan makan dan minum sebaik sahaja pelayan mula datang untuk mengambil pesanan. Setelah itu, suasana jadi hening antara mereka berdua. Hanya suara pelanggan-pelanggan di restoran itu sahaja yang memecahkan suasana mereka berdua.
"Mika."
"Hawa."serentak mereka bersuara setelah beberapa minit.
"Kau cakap dulu."Hawa menyuruh Jebat.
"No, you first. Ladies first."Jebat meminta Hawa yang bercakap dahulu.
Hawa tarik dan hembus nafas panjang sebelum dia menatap wajah Jebat.
"Aku nak minta maaf dengan apa yang aku cakap kat kau dulu, I regret because of what I said to you."penuh ikhlas Hawa menyuarakan apa yang sudah lama dia pendam, dia mengharapkan lelaki itu maafkan dirinya.
Jebat ukir senyum nipis.
"Aku dah lama maafkan kau, Hawa. Sekali pun aku tak pernah ada rasa dendam dengan kau bila kau cakap macam tu kat aku, I know that I'm just your friend that time."tenang sahaja Jebat berkata, dia tidak mahu wanita itu terus rasa serba salah dengan kesilapan lalu.
Hawa ukir senyuman lebar, rasa lega bila Jebat berkata begitu.
"Kau nak cakap apa pula, Mika?"
"Aku just nak tanya, kau dah kahwin ke belum?"
"Belum."mata Jebat terkedip-kedip, belum kahwin!?
"Habis, Niall tu siapa?"Jebat butuh penjelasan daripada Hawa.
"Kalau aku cerita, kau masih nak jadi kawan aku?"
"Aku janji aku takkan tinggal kau. Just tell me."Jebat bersuara dengan tegas melafazkan janji yang memang akan dia tunaikan.
Hawa mula bercerita apa yang berlaku padanya dan Jebat terkejut dengan apa yang dia dengar.
"That's what happened and now, aku hidup untuk Niall and family aku."kata Hawa tenang walaupun dia sedang menahan sebak, mata dia pun sudah mula berkaca.
Jebat rasa terpukul, dia menyumpah dan memaki diri sendiri dalam hati kerana tiada waktu Hawa memerlukan dia. Kalau dia bersama Hawa pada malam prom itu, pasti wanita itu dalam keadaan selamat.
"I'm sorry."ucap Jebat perlahan.
Hawa geleng kepala sambil senyum pahit.
"Bukan salah kau, aku yang degil sampai benda ni jadi. Dan sekarang, aku terima dengan apa yang dah jadi."Hawa berkata sambil menyeka air mata yang mula mengalir perlahan menuruni pipinya itu.
Entah bagaimana, secara automatik tangan Jebat mencapai tisu lalu dia menyeka air mata Hawa membuatkan wanita itu terpaku. Jebat pun tangan dia terhenti bila mata dia saling bertembung dengan mata Hawa.
Dub dab! Dub dab! Dub dab!
Jantung masing-masing tiba-tiba sahaja berdegup macam sedang berlari balapan.
"Here's your order."tersentak mereka berdua bila pelayan muncul menghantar makanan dan minuman mereka berdua.
Jebat berdehem sambil membetulkan posisi duduknya, cuba mengawal debaran dalam diri manakala Hawa sudah menunduk dengan wajah yang merah kerana malu.
"Enjoy your meal, sir, madam."terus mendongak Hawa bila pelayan itu memanggilnya 'madam'.
"Er...I belum kahwin."
"Oh my mistake, I thought you both is married sebab nampak sepadan."kata pelayan itu dengan senyuman memandang Jebat dan Hawa silih berganti. Nampak yang mereka ini agak malu cuma riak wajah Jebat itu dapat dikawal kecuali Hawa memang obvious.
"Have a nice day both of you."terus pelayan itu meninggalkan Jebat dan Hawa yang sedang dalam keadaan awkward.
"Err...jom makan?"ajak Hawa memecah kesunyian antara mereka berdua.
"Oh okay."Jebat pun menurut dan suasana mereka sunyi hanya dengan bunyi sudu pisau berlaga di atas pinggang.
GAMBAR Hawa dan Daniall yang terpampang dalam majalah itu dipandang, dia tidak sangka yang perempuan itu sudah jadi terkenal sebagai seorang pelukis dan sekarang dia rasa menyesal sebab tinggalkan Hawa dahulu.
"Kau menung gambar ex kau tu lama-lama buat apa, bro?"soal Athif melihat Ehsan yang sedang merenung majalah yang memaparkan wajah Hawa.
Ehsan memandang Athif.
"Kau apa tahu, suka hati akulah nak tengok ke tak."
"Jangan cakap yang kau tak move on lagi, kau lupa apa yang bapak dia dah bagi warning dulu?"Fizzo menyoal untuk Ehsan ingat semula apa yang telah dijanjikan pada Tuan Davin.
"Pergi mampus dengan perjanjian tu, aku nak Hawa balik and aku dapat tahu dia dah beranak. Means yang budak tu anak aku."
"Apa yang buat kau yakin itu anak kau, bro? Entah-entah anak jantan lain."kata Athif sambil bersandar pada kerusi kerja di depan meja Ehsan.
"Aku yakin, bro. No one taste her before me and I'm the one who get her pregnant that night. Plus, korang pakai protection malam tu."Ehsan tayang senyum sinis pada Athif dan Fizzo.
Mereka berdua saling berpandangan, nak kata tipu memang apa yang Ehsan kata itu perkara yang betul kerana cerita Hawa melahirkan anak luar nikah ini pernah tersebar dahulu untuk seketika dan ia dapat dihentikan dengan kuasa yang Tuan Davin ada.
"But kau rasa dia nak balik ke kat kau?"Athif menyoal sambil memandang Ehsan yang sudah bersandar santai.
Ehsan toleh memandang dua kawannya yang bekerja di syarikat keluarga dia itu iaitu San's Group. Dia sudah ambil alih syarikat itu bila bapanya, Tuan Ihsan Isaac meminta dia jadi pengganti dan pemilik syarikat besar namun masih belum setanding syarikat Tuan Davin dan Mik's Corp.
"Well, who knows maybe dia masih tunggu aku sebab tu dia tak kahwin sampai sekarang."penuh yakin dan riak Ehsan bersuara.
"Don't be to confident, Ehsan."Ehsan mengerutkan dahi memandang ke arah Fizzo.
"Apa maksud kau?"
"Kau kena tahu yang benda kita buat tu something yang tak boleh ex kau lupakan. So, aku harap kau jangan yakin dia akan terima kau macam dulu."kata Fizzo.
"Just wait and see, I will make her mine again."
YOU ARE READING
MIDNIGHT RAIN: JEBAT
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 2 JEBAT MIKAEL | HAWA DAVINA Hanya kerana satu malam, hidup seorang Hawa Davina yang dulunya penuh ceria bertukar menjadi kelam. Kerana percayakan lelaki, dia hidup dalam keadaan trauma. Bertahun berlalu dan ia bukan sat...