𝓜𝓲𝓭𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽 𝓡𝓪𝓲𝓷 | 35

8.3K 503 16
                                    

EHSAN merengus, dia memandang setiap inci wajahnya itu pada cermin singki. Memang nampak bengkak yang merah menyala, sentuh sedikit pun sudah terasa kesakitan yang amat.

Tubuhnya juga ada bengkak pada bahagian perut dan rusuk, memang sakit hingga orang yang tidak kena pun boleh terasa sakitnya bila dituam dengan ais.

"Sial kau, Jebat. Kau rosakkan plan aku."kata Ehsan dingin. Pili air dibuka kemudian dia menadah air sebelum meraup kasar wajahnya itu, tidak peduli dengan rasa sakit pada lebamnya kerana hati dia lebih sakit sekarang ini.

Sedang dia melayan perasaan marah, dia tersentak bila ada tangan memeluk tubuhnya dari belakang. Terus dia lihat pantulan cermin, Zaza sedang memeluknya sambil tangan itu mengusap pada bahagian perutnya.

Wanita itu berada di apartment Ehsan malam ini, itupun tanpa pengetahuan Zade memandangkan daddy dan isteri baru daddynya itu masih lagi belum pulang ke Malaysia. Jadi, dia ambil peluang melepaskan segala yang dia rasa terhadap Ehsan dan Ehsan pun melakukan perkara yang sama.

"Zaza..."

"Shh...I know you mad right now, abang Ehsan. Let me help you release the anger."suara menggoda Zaza membuatkan dia terus menghadap wanita itu. Tidak tunggu lama, terus tubuh kecil yang tidak berbaju itu diangkat kemudian Ehsan berjalan ke katil.

Diletakkan Zaza di atas katil kemudian matanya tajam menikam wajah wanita itu.

"Help me release all my anger now, baby."Zaza angguk kepala sebelum bibirnya dipagut dengan rakus dan bermulalah kerja tanpa ikatan yang sah.

HAWA dan Daniall berjalan masuk ke dalam bangunan Mik's Corp. Wanita itu memimpin erat tangan anak lelakinya itu agar tidak terlepas kerana takut jika apa-apa yang tidak diingini berlaku.

"Mama, tak sabar nak jumpa papa."kata Daniall.

"Mama pun, tak sabar nak jumpa future husband mama."sama naik mak dengan anak.

"Eh, miss Hawa."sapa satu suara yang Hawa kenal, dia toleh dan melihat Lisa sedang mendekati mereka.

"Hai, Lisa."

"Hai, miss Hawa buat apa kat sini? And ni siapa yang encem ni?"Lisa memandang Daniall yang mendongak ke arahnya.

"I datang nak jumpa your boss since dia suruh I datang and this is my son, Daniall Zander."

"Oh, hai Daniall."

"Hai kak...Lisa."balas Daniall sambil tersenyum selepas dia membaca tag nama Lisa.

Lisa gosok kepala Daniall, comel budak ni. Tubuh yang tadi menunduk terus dia menegak kembali memandang wanita itu.

"Boleh kitorang naik atas?"pinta Hawa.

"Eh, boleh. Tadi pun tuan Nevan dah minta saya suruh miss dengan Daniall naik atas guna lif big boss."ujar Lisa.

Hawa ucap terima kasih, sempat dia suruh Daniall melambai ke arah Lisa sebelum mereka berdua mengorak langkah menuju ke lif khas untuk pemilik syarikat Mik's Corp dan orang-orang penting.

Sampai sahaja di tingkat atas, terus Hawa keluar memimpin Daniall menuju ke bilik kerja Jebat. Ada beberapa staff yang menyapa ke arahnya dan Daniall serta ada yang cuba cucuk jarum namun tidak dilayan bila Hawa tayang wajah tidak berperasaan.

"Miss Hawa."

"Hai, Nevan. Max."Hawa memandang dua sosok tubuh yang baru keluar dari bilik kerja Jebat itu.

"Miss dengan tuan Daniall boleh masuk ke dalam. Tuan Jebat dah menunggu."Nevan membuka pintu untuk Hawa dan Daniall.

"Thank you."terus Hawa dan Daniall masuk ke dalam bilik itu.

MIDNIGHT RAIN: JEBATWhere stories live. Discover now