𝓜𝓲𝓭𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽 𝓡𝓪𝓲𝓷 | 16

8.5K 552 11
                                    

JEBAT melangkah masuk ke dalam bilik itu, bilik yang dicipta khas untuk orang yang berani buat masalah atau memberi tekanan pada dirinya.

"Tuan Jebat."Nevan menunduk hormat ke arah majikan dia.

Jebat hanya tayang wajah tidak berperasaan, dia memandang ke arah satu sosok tubuh yang elok terikat di kerusi. Senyuman sinis terukir di bibir seraya dia mendekati sosok itu dengan kedua belah tangan terletak elok dalam poket seluar slack nya.

"Siapa mamat ni?"soal Jebat dingin.

"Anuar Hasim, dia pekerja baru dekat Mik's Corp. Tapi based on info, dia ni orang yang Tan Sri Albert upah untuk songlap duit company kita."terang Nevan.

"Berapa banyak yang dia dah bawa lari and bagi pada Tan Sri tu?"

"5 million ringgit."Jebat merengus, memang nak cari pasal betul orang tua itu!

Ditatap tajam Anuar itu kemudian Nevan kembali dipandang.

"Kejutkan dia."Nevan angguk, dia pusing tubuh kemudian dia pandang Anuar.

BUK!

"Argh!"terbangun Anuar bila wajahnya ditumbuk padu oleh Nevan, terdapat dua gigi yang sudah tercabut dari mulutnya bersama titisan darah.

Anuar memandang Nevan sebal.

"Lepaskan aku sial!"

"Kau dah buat taik dengan aku lepas tu kau nak lepas? So stupid of you."Anuar memandang ke arah Jebat yang berada di belakang Nevan, liur ditelan kesat bila melihat wajah dingin lelaki itu.

"Tuan Jebat, lepaskan aku."

"Let you go? Sure but let me ask you something, berapa banyak Albert bayar kau untuk bawa lari duit aku?"berubah wajah Anuar bila nama Tan Sri Albert disebut.

"Apa tuan cakap ni? Saya tak faham."

"Tut! Bullshit!"seraya itu Jebat hayun satu rantai besi yang dia ambil atas lantai pada wajah lelaki itu.

"Argh!"meraung Anuar bila dia rasakan yang tulang pipi dia sudah retak bersama kesan darah yang banyak.

"Tell me, how much?"

"I don't know!"Anuar masih berkeras membuatkan Jebat senyum sinis.

"Kau taknak jawab kan? Takpe, tahulah aku cara nak buat kau buka mulut."Jebat membuang rantai besi tadi di atas lantai kemudian dia berjalan santai ke arah satu meja.

Di atas meja itu terdapat pelbagai jenis senjata seperti kapak, parang, katana, gergaji, pisau dan macam-macam lagi alat untuk menyeksa orang yang buat masalah dengan Jebat.

"You wanna know something, Anuar?"Jebat menyoal dengan mata masih lagi melihat sambil sebelah tangan bergerak untuk memilih senjata yang dia mahu gunakan.

Anuar diam tidak menjawab, dia perhati sahaja belakang tubuh Jebat yang berkemeja putih itu.

"I never let my prey go once they step into my cage. And I never let some fuckers run away when they took what belongs to me."satu pisau belati diangkat kemudian sebelah tangan dia mengelus lembut bilah itu.

Tajam!

Jebat menoleh dengan senyuman penuh misteri, bilah pisau belati ditepuk pada tapak tangannya untuk beberapa kali seraya melangkah ke arah Anuar.

Anuar sudah menggigil ketakutan, nampaknya khabar angin tentang Jebat Mikael ini benar. Siapa yang cari pasal belum tentu terlepas dari genggaman lelaki itu.

ZRAP!

Menjerit kuat Anuar apabila Jebat menghiris pehanya dengan pisau itu. Tidak cukup dengan itu, dada dia pula ditoreh oleh Jebat hingga darah mengalir deras dari tubuhnya.

"Talk or suffer more?"

Anuar menahan sakit, dia mahu bersuara tapi tidak sempat bila pisau itu bergerak di wajahnya. Semakin kuat jeritan dia memenuhi segenap ruangan dalam bilik itu.

Nevan hanya memerhati tanpa ingin masuk campur, ini sudah jadi kebiasaan untuk dia melihat situasi ini kerana yang sedang Anuar berurusan sekarang bukan Jebat tapi Mikael.

"Hahahaha I had so much fun doing this. So? You want to talk or not?"sinis Jebat sambil bermain dengan pisau yang sudah bermandikan darah itu.

"Okay...o...kay...aku cakap..."Anuar mengalah, dia sudah tidak sanggup lagi dengan seksaan yang Jebat berikan. Lelaki itu terlalu kejam sampai dia tidak mampu untuk bertahan.

"Kalau macam tu cakap!"rambut Anuar ditarik kuat mendongak memandang ke arahnya dengan pisau sudah terletak elok pada bawah dagu lelaki itu, tunggu masa sahaja untuk dia rodok leher lelaki itu sampai tembus.

"Tan Sri Albert bagi...aku...satu juta...kalau aku curi duit syarikat kau..."terketar-ketar Anuar berkata, matanya terpejam menahan sakit pada rambutnya yang direntap dengan bilah pisau yang sudah mencucuk leher secara perlahan.

Senyuman sinis Jebat ukir. 1 juta je yang kau boleh bagi untuk jantan ni buat kerja kotor kau, Albert? Kau memang silap.

"Aku...dah cakap...apa...yang...kau nak... lepaskan...a...aku."rayu Anuar, leher di sudah terasa sakit bila bilah itu sudah semakin menusuk ke dalam kerongkongnya.

"Thank you for your corporation. Kau memang dah beritahu apa yang aku nak. I'll let you go..."Anuar sudah hela nafas lega.

"In peace."terus sahaja pisau itu dirodok pada kerongkong Anuar membuatkan mata lelaki itu membulat besar, tubuhnya menggelupur untuk beberapa saat sebelum jasad itu sudah menjadi kaku.

Jebat pandang kosong pada mayat itu, dia memandang ke arah kemeja dia yang sudah menjadi merah pekat itu. Bau darah juga menusuk ke dalam hidungnya.

Butang kemeja itu terus dibuka satu persatu lalu dicampak ke atas lantai membiarkan tubuh sasanya itu tidak berbaju sekaligus mendedahkan dada bidang dan six pack yang terbentuk elok pada tubuhnya itu.

"Bersihkan semua ni, bakar mayat ni and uruskan perjumpaan aku dengan Tan Sri Albert. Orang tua tu memang dah main gila dengan aku sekarang ini."arah Jebat dingin.

"Baik, tuan. Saya akan uruskan."Nevan menurut.

Jebat angguk sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. Dia mahu pulang ke villa dan berehat dengan penuh tenang.

HAWA menepuk punggung Daniall yang sedang tidur itu. Sudah jadi rutin bila si kecil itu mahu tidur, mesti mama dia akan dodoikan sampailah tertidur.

Bila dengkuran halus Daniall mula kedengaran, Hawa senyum kemudian dia kucup dahi anak lelakinya itu.

"Goodnight sayang mama."

Lampu tidur dibuka kemudian Hawa berjalan perlahan keluar dari bilik tidur Daniall, budak itu sudah pandai tidur sendiri cuma perlukan mamanya untuk dodoi sebelum diulit mimpi. Maklumlah, anak manja mama.

Hawa masuk ke dalam bilik tidurnya, niat untuk terus ke katil terbantut bila mata terpandang ke arah kot yang tergantung. Itu kot yang menjadi bantal Daniall tadi.

Kot itu dicapai kemudian dibelek.

"Betulkah kau dah balik, Mika?"soal Hawa sendirian. Kalau betullah Daniall bertemu Jebat, dia ingin berjumpa dengan lelaki itu.

Lelaki yang dia tunggu untuk meminta maaf atas kata-kata yang dia limpahkan padanya 6 tahun lalu.

"Aku rindu kau, sunshine aku."

MIDNIGHT RAIN: JEBATWhere stories live. Discover now