"ZADE ILYAS."
Zade menoleh perlahan memandang Ehsan yang berdiri di hadapan katilnya, butang ditekan untuk menaikkan tilam itu dari baring ke posisi bersandar.
"Kau buat apa sampai kau boleh kena pukul teruk macam ni?"soal Ehsan peluk tubuh memandang tajam ke arah sepupunya itu.
Dia lihat keadaan sepupu dia itu. Boleh dikatakan agak teruk dengan wajah bengkak, kepala yang berbalut serta dia diberitahu doktor yang tulang rusuk lelaki itu retak. Memang boleh mati kalau dia tidak dikejarkan ke hospital.
"Kau nak apa, Ehsan? Aku malas nak gaduh dengan kau."
"Kau ingat aku kat sini saja-saja? Kalau bukan sebab daddy kau telefon minta tolong aku uruskan kes kau yang viral tu, memang taklah aku nak tolong."bidas Ehsan.
Zade merengus.
"Kalau rasa taknak tolong, tak payah tolong."marah Zade, dia nak berehat tapi sepupu dia ini boleh pula membebel dan cari pasal dengannya.
Ehsan raup rambutnya ke belakang, masalah betul ada sepupu menyusahkan macam ni. Nasib baik adik tiri elok tak buat masalah.
"Siapa pukul kau ni?"soalan itu buat wajah Zade berubah pucat, terus dia teringat amaran yang Jebat berikan padanya sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.
"Ingat amaran aku, Zade Ilyas. If you ever touch Hawa or Daniall, I will hunt you till the end of this world just to send you back to hell."suara Jebat itu bergema dalam fikiran.
Dia tahu lepas apa yang lelaki itu buat pada dia memang dia sudah tidak boleh buat apa-apa kerana kalau dia tetap mengganggu Hawa, dia sendiri telah menempah maut dengan amukan lelaki bernama Jebat Mikael.
"Oi! Aku tanya kau ni, siapa yang buat kau sampai jadi macam ni?"jerkah Ehsan bila Zade tidak menjawab soalannya.
"Takde siapalah, aku yang salah pergi kacau awek orang. Memang mendapatlah dengan boyfriend dia."tipu Zade.
"Bodoh, kau pun satu. Banyak duit nak beli dengan main perempuan tapi awek orang juga kau nak kacau. Kau ni memang menyusahkan betul."
Baru sahaja Zade nak membidas, dia toleh ke arah pintu yang ditolak dari luar. Tersembul satu wajah yang amat mereka kenali iaitu adik tiri kepada Zade, Zaza Melya.
"Abang Zade what happened to you sampai jadi macam ni?"soal Zaza, terkejut bukan kepalang bila dia sampai ke Malaysia dan menerima berita tentang abang tirinya yang masuk hospital akibat dipukul.
"Abang okay, Mel. Tak payah nak risau sangat."kata Zade perlahan, walaupun adik tiri daripada bekas isteri kedua daddy dia tapi dia sayang gadis itu macam adik kandung sendiri.
"Mana boleh tak risau, Mel dah pernah hilang ibu Mel. Mel taknak hilang abang pula."kata Zaza sambil duduk di tepi katil Zade, abang tirinya itu hanya senyum nipis sambil usap kepala gadis itu.
"Sorry."Zaza angguk kepala.
Dia toleh memandang Ehsan.
"Hai abang Ehsan."sapa dia kekok.
Ehsan senyum misteri, tahu yang gadis itu kekok kerana ada abang tiri dia dalam wad ni.
"Hai, Mel. Dari airport terus ke sini ke?"
"Haah."jawab Zaza.
"Aku balik dulu, hal kau aku dah settle tapi aku nak jumpa adik kau kejap."pinta Ehsan.
"Apahal kau nak jumpa adik aku?"soal Zade curiga.
"Takpe abang, Mel memang nak jumpa abang Ehsan pun tadi."celah Zaza bagi mengelak rasa curiga abang tirinya itu.
Zade pun beri keizinan dan memandang mereka berdua keluar dari wad persendirian itu, nampak sangat perkara penting sampai kena berbual kat luar.
Ehsan dan Zaza masuk ke dalam bilik tangga kecemasan. Tubuh gadis itu terus Ehsan tolak merapat pada dinding sambil tangan mengelus dab mengusap pipi Zaza.
"I miss you, baby..."bisik Ehsan seraya menyembam wajah pada leher Zaza.
"Abang...macam mana kalau orang nampak?"mata wanita itu melilau ke atas dan ke bawah, takut jika ada orang naik atau turun di kawasan tangga itu.
"It's okay, no one can see us. Mel dah lama tak jumpa abang after Mel pindah dari London."Ehsan menatap wajah Zaza itu.
Gadis itu membalas renungan Ehsan sambil merangkul leher lelaki itu.
"Mel pindah kan sebab daddy suruh Mel sambung dekat Amsterdam. I'm sorry sebab tak datang jumpa abang kat London."jari Zaza mula bermain di bibir Ehsan.
"I miss you so much, baby."kata Ehsan. Kalau Zaza ada di London, dia tidak perlu mencari perempuan untuk melepaskan nafsu kerana dia lebih suka layanan yang adik tiri Zade ini berikan kerana dialah lelaki pertama yang menyentuh adik tiri sepupunya itu.
"I miss you too, abang."terus bibir Zaza dipagut dan gadis itu merelakan sahaja, dia rindu dengan sentuhan Ehsan pada tubuhnya dan dia mahukan lelaki itu sekarang.
JEBAT memerhati sahaja Hawa yang sedang memilih cat warna, dia tunduk memandang troli yang dia tolak itu sudah hampir penuh dengan alatan seni iaitu berus, pensel, kanvas dan sebagainya.
Sekarang barang terakhir yang Hawa mahu beli, cat warna.
"Kenapa kau tak minta staff kau beli semua ni?"soal Jebat. Hawa toleh memandang lelaki itu kemudian dia tersenyum.
"Saja, aku nak kau teman aku sebab kau dah lama tak teman aku shopping."selamba sahaja wanita itu menjawab membuatkan Jebat ketawa kecil.
"Ni siapa ambil Niall?"
"Tokdy dengan tokmi dia ambil hari ni, aku minta tolong diorang sebab ada staff baru nak masuk and aku kena jumpa dia petang ni."Jebat angguk faham dan dia tidak bertanya lagi selepas itu.
Hawa terus memilih cat warna yang diperlukan dan cat warna terakhir yang dia perlukan ialah warna putih, dia tercari-cari di tak itu hingga dia mendongak. Bekas cat warna putih itu terletak di atas.
Kaki dijinjit untuk mencapai bekas itu tapi tak dapat. Maklumlah ketinggiannya itu hanya 165cm, mana nak sampai. Bukan salah dia sebab pendek tapi rak cat warna tu yang tinggi.
Jebat yang melihat Hawa itu geleng kepala, ajak aku teman tapi tak minta tolong aku kalau tak sampai.
"Kau ni, aku kan ada untuk kau minta tolong."Jebat capai bekas itu dan diletak ke dalam troli.
Hawa tersengih.
"Tulah, dulu aku suruh minum susu untuk tinggi tapi kau taknak. Dasar cornetto pendek."ejek Jebat.
"Hello, Jebat Mikael sunshine. Aku tahu tinggi kau 185, janganlah berlagak. Bukan salah aku sebab pendek, kau yang tinggi macam galah."Hawa cekak pinggang dengan wajah masam mencuka.
Jebat ketawa kecil.
"Yalah, aku yang tinggi macam galah. Maaf ya Hawa pendek."
"Mika!"terus lengan lelaki itu Hawa tampar.
"Okay, okay. I'm sorry, cinta."terus jantung Hawa berdegup kencang bila Jebat memanggilnya 'cinta', dia pandang lelaki itu.
"Kau panggil aku apa tadi?"Hawa mahu Jebat ulang balik.
Jebat yang sedar akan kesilapannya, dia segera kemam bibir. Nak sahaja dia tampar dia bila panggil Hawa dengan panggilan itu, kau kawan dia mana boleh panggil macam tu!
"Aku panggil kau Hawa lah."
"Tadi macam lain."
"Mana ada, kau silap dengar tu. Dah habis an? Jom pergi bayar."cepat-cepat Jebat tolak troli ke kaunter untuk menutup rasa malu pada diri.
Hawa yang mengekor itu senyum sambil tahan ketawa bila dia perasan telinga Jebat merah. Ini kali pertama dia lihat lelaki itu dalam keadaan begini dan merasakan Jebat comel bila malu.
'Haihlah hati, cepatlah beritahu apa yang aku rasa pada Mika sebenarnya.'
YOU ARE READING
MIDNIGHT RAIN: JEBAT
Lãng mạnUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 2 JEBAT MIKAEL | HAWA DAVINA Hanya kerana satu malam, hidup seorang Hawa Davina yang dulunya penuh ceria bertukar menjadi kelam. Kerana percayakan lelaki, dia hidup dalam keadaan trauma. Bertahun berlalu dan ia bukan sat...