"La la la laaa~" Bersama senyuman lebar yang tak lepas dari bibirnya, Kevin bernyanyi kecil sambil kakinya melangkah dengan penuh bersemangat menuju ke kelas.
Sebungkus roti berperisa coklat yang berada dalam genggaman tangannya ditatap lama sambil senyuman yang semakin melebar.
'Tak sabar nak jumpa Areum.' Getusnya.
"KEVIN!"
"KEVIN KEVIN KEVINNNN-"
Keluhan kecil Kevin lepaskan. Tahu sangat siapa yang terlebih hyper pagi-pagi buta ini. Tak lain tak bukan mestilah Ji Changmin, kawan terpaling setia abad ini.
Dengan malas Kevin menoleh, melihat Changmin yang berlari kearahnya.
"Kevi- huhh huhhh-" Changmin menundukkan badannya sambil kedua tangannya melekap pada lutut, pagi-pagi lagi dia sudah marathon satu sekolah hanya untuk mencari Kevin.
"Kau ni kenapa?" Kevin menggeleng perlahan, dah biasa dengan sikap kawannya itu.
"Areum-"
Senyuman Kevin melebar. Dengar sahaja nama Areum, sudah cukup untuk membuatkan manusia itu tersenyum sendiri.
"Kenapa? Dia dah sampai sekolah ke?! Bye Jichang aku-" belum sempat Kevin melarikan diri, Changmin terus menarik beg sekolah lelaki itu menyebabkan langkahnya terhenti.
"Areum dah mati, Kevin!"
Senyuman Kevin pudar. Kepalanya terus ditolehkan kepada Changmin.
"Tak lawaklah!"
"Siapa kata aku buat lawak?! Areum dah mati Kevin! Dia dah mati, parents dia jumpa mayat dia dalam bilik dia... Pagi tadi."
Bungkusan roti yang berada didalam genggaman tangan Kevin terlepas.
"Tipu. Kau tipu."
"Aku tak tipu Kevin, satu sekolah dah tahu Areum dah mati."
Kevin menundukkan kepalanya, memandang bungkusan roti yang berada sisi kasut sekolah yang dipakainya.
Roti yang dia belikan untuk gadis itu.
"Areum... Suicide?" Perlahan sahaja soalan itu menutur keluar dari mulut Kevin.
Sungguh, dia masih tak percaya bahawa crush tercintanya sudah pergi buat selama-lamanya dari dunia ini. Baru sahaja dia ambil cuti selama dua hari kerana demam panas.
Changmin menggeleng perlahan.
"Dia kena bunuh."
wishlist.
+ kevin moon
+ jung areumstatus.
+ completewarning.
+ merepek, merapu dan seangkatan dengannya
+ 200-300 words each chapter
+ itula jela ehe
©cobwithu 2023
YOU ARE READING
wishlist . kevin
Fanfictioncomplete ! dah mati pun sibuk nak kacau orang lagi, nasib baik crush! may 25, 2023