x.

33 13 35
                                    

"Kau apasal ajak aku keluar tengok bunga api ni, mabuk ea?"

"TAKLAH!"

"Ni mesti kes sendu, maklumlah single. Crush pulak da—"

"Changmin stop. Enjoy the view." Kevin mendengus kasar, geram. Sudahlah 'date' yang sepatutnya jadi miliknya kini bertukar tanpa kerelaannya.

Kevin memutarkan bebola matanya, menyampah. Dia sangat-sangat berharap bahawa orang yang Areum maksudkan adalah dia, bukannya Changmin.

Pandangan Kevin talakan pada Areum yang menyandarkan kepalanya pada bahu Changmin yang sibuk mengambil gambar bunga api itu.

Hatinya sakit.

Entah kenapa dia merasakan dia pernah lalui semua ini.

Tapi bila?

Disebabkan terlalu sakit hati, akhirnya Kevin menjauhi dua manusia itu. Melayani perasaan sedihnya seorang diri dalam kerumunan orang ramai.

+++

Changmin mengeluh perlahan.

Telefon yang dipegangnya disimpankan ke dalam poket seluar.

Areum hanya memerhati Changmin, menggamati wajah yang selalu menjadi pujaannya sewaktu dia masih hidup.

"Areum..."

Areum tersentak. Kepalanya yang disandarkan pada bahu Changmin terus dia alihkan. Air liurnya ditelan kesat.

'Changmin nampak aku ke?'

"Aku tak tahulah— tapi, aku rasa kau macam ada kat sini.." Sambung Changmin. Matanya tak lepas memandang langit yang dihiasi dengan bunga api.

Areum mengetap bibirnya. Perasaan sedih menyelubungi diri. Tanpa keizinan, tubuh Changmin terus dipeluk erat.

Changmin tersentak.

"Aa-areum?"

Areum mengangguk laju. Dia tahu apa yang dia lakukan pada waktu itu sia-sia tapi dia sangat rindukan Changmin.

Salah satu sebab kenapa dia memilih untuk teruskan hidup daripada 'pergi' meninggalkan dunia yang tidak adil ini.

Namun, semuanya musnah dalam satu malam. Di mana hari dia dibunuh.

Changmin menghela nafas berat.

Sampul surat yang tersimpan elok dalam poket seluarnya dikeluarkan. Perlahan-lahan Changmin membuka sampul itu.

"Kau betul-betul maksudkannya Areum?" Soal Changmin.

Areum menolehkan wajahnya kearah sampul yang dipegang Changmin, surat luahan hati yang dia letakkan dibawah meja lelaki itu sehari sebelum dia dibunuh.

Air mata Areum mengalir. Dia mengangguk laju.

"Kalau betul, kau sukakan kau.. Tarik sideburn aku." Areum menyeka air matanya. Tanpa banyak soal, sideburn Changmin ditarik kuat membuatkan jeritan dolphin milik Changmin menandingi bunyi letupan bunga api itu.

"Wah—" Changmin mengusap sideburn nya.

"Tak sangka kau betul-betul ada kat sini."

"Aku ingatkan aku yang gila, bercakap sorang-sorang." Changmin tergelak kecil. Manusia-manusia lain yang berada di sekitar kawasan Changmin hanya memandang pelik kearah Changmin.

"Areum.."

"Aku cuma nak bagitahu kau."

"Aku suka kau juga.."

Senyuman Areum melebar.

"Tapi aku sayang friendship aku dengan Kevin. Aku harap kau faham. Lagipun kau dah mati." Ujar Changmin tanpa memikirkan perasaan Areum.

Areum mencebik geram.

Pelukan pada tubuh Changmin dileraikan. Dengan penuh geram, sideburn milik Changmin ditarik dengan lebih kuat sebelum gadis itu pergi meninggalkan Kevin sendiri.

"ARGHHHHH SAKITLAHHHHH!"

wishlist . kevinWhere stories live. Discover now