vi.

33 14 16
                                    

"Okay, your first wishlist." Kevin mengeluarkan helaian kertas kecil itu dari poket seluarnya.

"Hang out with bestie dari pagi sampai malam." Bacanya dengan kuat lalu melabuhkan punggungnya dibirai katil miliknya.

Areum yang hanya duduk bersila diatas lantai bilik itu hanya memandang kearah Kevin.

"Mulai hari ni, kita bestie."

Areum hanya membalas dengan anggukkan, matanya tak lepas dari memandang Kevin yang masih tersenyum itu.

"Kau nak pergi mana harini?"

Areum menundukkan kepala. Dia sendiri tak tahu apa yang dia mahu lakukan.

Apa yang kawan selalu buat bersama selain dari berbual kosong dimeja belajar sebelum waktu sekolah bermula?

Dia harap dia tahu lebih tentang hal itu.

"Kau nak pergi taman bunga?" Soal Kevin apabila menyedari Areum hanya mendiamkan diri dari tadi. Perlahan-lahan dia bangkit dari katil lalu duduk bersila disebelah Areum.

"Taman bunga?"

Kevin mengangguk.


+++


"Cantiknyaa~"

Suasana taman bunga pada pagi itu sungguh nyaman. Ditambah pula dengan bunyi kicauan burung, semakin berbunga-bunga hati seorang Areum.

Kevin hanya mendiamkan diri. Matanya tak lepas dari memandang Areum yang seperti kanak-kanak kecil ditaman bunga itu. Sekecil-kecil perkara pun boleh membuatkan senyuman gadis itu melebar.

"Kat sini tenang." Kevin mendekati Areum. Bunga daisy yang ditatapnya dari tadi dicabut perlahan sebelum diselitkan pada belakang telinga Areum.

"Beautiful."

Senyuman Areum melebar.

"Terima kasih." Ujar Areum sebelum berlari meninggalkan Kevin.

Telefon yang berada didalam poket seluar Kevin keluarkan. Aplikasi kamera dia buka sebelum lensa kamera itu ditalakan pada arah Areum.

kcak

Areum menoleh kebelakang, melihat Kevin yang mengambil gambarnya. Laju kakinya melangkah, mendekati Kevin semula.

"Bo-boleh nampak ke aku dalam ni?"

Kevin menggeleng perlahan.

Areum hanya mengangguk.

"It's okay, aku dah capture moment ni dalam otak aku. Takde gambar pun takpe." Senyuman manis Kevin ukirkan untuk Areum. Cuba untuk gembirakan gadis itu.


+++



"Jom pergi pantai."

"Kevin, kalau kau penat jomlah balik." Lengan baju Kevin ditarik Areum membuatkan langkah Kevin terhenti.

"No! Your first wishes won't be fulfilled if we stop now!"

"Tapi kau dah spend time dengan aku dari pagi tadi lagi. Dah macam-macam tempat kita pergi.." Areum melepaskan lengan baju Kevin.

Perasaan serbasalahnya menggunung ketika itu.

"Jung Areum." Kevin meletakkan kedua belah tangannya keatas bahu Areum. Badannya direndahkan sehingga ketinggiannya sama seperti gadis dihadapannya itu.

"Untuk kau, semua benda boleh." Senyuman lebar Kevin ukirkan sebelum menepuk bahu Areum, memberinya semangat untuk teruskan aktiviti mereka.

"Baiklah Kevin."

"Jom cepat, nanti kita tak sempat tengok sunset!" Tangan Areum Kevin raih sebelum berlari menuju ke persisir pantai yang tidak dikunjungi sesiapa pada waktu itu.

"Cantiknya..."

"...best kalau dapat keluar macam ni." Gumam Areum perlahan, namun masih jelas pada pendengaran Kevin.

"Kau tak pernah keluar ke?"

"Tak, parents aku strict."

Mulut Kevin membentuk huruf 'O'. Pandangan matanya dihalakan pada matahari terbenam semula, cantik.

Tapi masih tak dapat kalahkan kecantikan seorang Areum pada mata Kevin Moon.

Senyuman tipis Kevin ukirkan sebelum menatap Areum semula. Sedikit sebanyak dia berharap supaya dapat kekal seperti ini selama-lamanya.










wishlist . kevinWhere stories live. Discover now