"Areum, aku pergi sekolah dulu. Balik nanti kita tengok bunga api sama-sama."
"Baikk!"
Senyuman Areum memudar. Kesunyian kembali menghantui dirinya. Kakinya mula melangkah, mendekati beberapa frame gambar keluarga Kevin yang berada diatas meja ruang tamu itu.
Senyuman tipis diukirkan sambil matanya tak lepas memandang gambar keluarga Kevin.
Gambar itu diletakkan semula ditempat asalnya.
"Semoga aku dapat pergi dengan tenang lepas ni.."
"Tapi bila difikirkan balik, betul ke orang tu Kevin?" Areum mengetap bibirnya. Jari-jarinya digigit kuat.
"Kenapa aku rasa bukan?"
"Ark!" Areum memegang sisi kepalanya Rasa sakit mula menyerang bahagian kepala membuatkan tubuhnya semakin lemah dan akhirnya dia jatuh terduduk di atas lantai.
"Ke-kenapa ni?" Soalnya sendiri sambil memukul-mukul kepalanya sendiri.
Satu per satu memorinya yang hilang kembali.
Air mata Areum mengalir.
"Chan-changmin.."
"Changminnn.."
Areum menangis teresak-esak. Kedua belah tangannya menekup mukanya, menangis diruang tamu rumah Kevin seorang diri.
"Changminnnn—"
+++
"Areumm?"
"Areum, kau kat mana?"
"Kalau lambat kita tak sempat tengok—"
"Aku kat sini." Areum tiba-tiba sahaja muncul dihadapan Kevin bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
"A—" Kevin terpaku. Bersinar-sinar matanya melihat Areum ketika itu.
Bajunya sudah bertukar, wajahnya yang pucat kini ditacap dengan make up.
Entah dari mana dia dapat semua itu, Kevin tak tahu. Yang dia tahu, Areum sangat cantik.
Kevin dapat rasakan jantungnnya berdegup kencang.
"Ke-kenapa? Aku tak cantik ke?" Soal Areum membuatkan Kevin tersedar semula. Senyuman lebar Kevin ukirkan kepada Areum sebelum mendekati gadis itu.
"Beautiful."
"So beautiful." Kedua tangan Areum digenggam erat.
Sejuk.
"Jom—"
"Kevin."
"Ya?" Kevin memandang Areum, menanti apa yang mahu gadis itu sampaikan.
"Aku dah ingat—"
"Ingat apa?"
"That person. Orang aku nak ajak dia tengok fireworks sama-sama."
Senyuman Kevin melebar.
"Siapa?"
Areum tersengih-sengih genbira sebelum melepaskan tangan Kevin.
"Ji Changmin."
"Changmin?" Serta merta air muka Kevin berubah.
Areum mengangguk laju. Senyumannya masih tak lekang dibibir.
Perlahan-lahan kevin memaksa dirinya untuk tetap senyum.
"Nanti aku call Changmin."
YOU ARE READING
wishlist . kevin
Fanfictioncomplete ! dah mati pun sibuk nak kacau orang lagi, nasib baik crush! may 25, 2023