i.

43 13 7
                                    

Suasana pagi yang suram itu semakin membangkitkan perasaan sedih seisi kelas 5-1 itu.

"Macam tak percaya je yang Areum dah mati."

"Kan, semalam baru je kita sama-sama borak dengan dia."

"Pembunuh tu dah kena tangkap ke?"

"Entahlah."

"Baiklah semua, saya tahu bukan senang untuk terima kenyataan yang kamu kelihangan salah satu ahli kelas kamu. Tapi saya harap, perkara ini tak mengganggu pembelajaran kamu semua, ingatlah bahawa kita perlu teruskan hidup." Pesan Cikgu Kim yang dari tadi mendiamkan diri.

Kevin yang dari tadi termenung langsung tidak menghiraukan pesanan Cikgu Kim. Mahu menangis, rasanya seperti membuang masa. Bukannya gadis itu tahu pun tentang isi hatinya.

Sudahlah dia langsung tak berjumpa dengan Areum selepas dia mengambil cuti sakit. 'Seingatnya' gadis itu baik-baik sahaja dua hari lepas.

"Dahlah Kevin, jangan sedih sangat. Nanti dia muncul depan mata kau, aku tak tahu."

Kevin menjengil mata kearah Changmin yang sudah terkekeh-kekeh disebelahnya.

"Boleh pulak kau buat lawak murahan pasal orang yang dah mati!" Kevin menampar kuat bahu Changmin.

"Sorry, sorry. Aku nak hiburkan kau je." Changmin mencebik sambil mengusap bahunya.

dush dush!

"Yang kat belakang tu kenapa? Ada masalah?" Cikgu Kim memandang kearah Kevin dan Changmin sambil mengetuk-ngetuk rotannya keatas meja guru.

Laju sahaja dua orang itu menggeleng kepala.

"Kaulah ni." Kevin mencubit paha Changmin.

"Sakitlah!"














wishlist . kevinWhere stories live. Discover now