"Comel kucing tadi tu." Ujar Kevin, memecahkan suasana sunyi antara mereka berdua. Langit malam yang dihiasi dengan bulan tanpa bintang itu ditatap lama.
"Semua kucing comel!" Balas Areum.
Kevin tersenyum sendiri. Bahagia dia dapat habiskan masa bersama Areum.
Maknanya tinggal lagi satu wish....
Senyuman kevin pudar.
Dia takkan dapat tengok Areum dah?
Kepala Kevin terus tolehkan kearah Areum yang masih tersengih-sengih itu. Perasaan sedihnya mula menyerang dirinya.
"Last wish tu, aku sumpah tak ingat. Aku nak tengok dengan siapa ya?" Areum mengeluh perlahan sambil menyepak-nyepak batu kecil dilaluan pejalanan kaki itu.
"Takkan tak ada klu—"
"Seingat aku rasanya mungkin budak kelas kita. Tapi siapa? Kawan aku?"
Kevin tercengang.
Areum nak tengok fireworks dengan budak kelas mereka?
It could be him.
"Masa kau hidup dulu, kau takkan tak suka siapa-siapa?" Soal Kevin sambil memandang Areum dengan penuh harapan.
Areum mengangkat bahunya.
"Aku tak ingat, langsung. Aku cuma ingat sikit-sikit je. Macam mana aku mati, siapa yang bunuh aku pun tak tahu."
Kevin mengangguk.
Entah kenapa dia berasa sangat terdesak ketika itu.
"Kenapa kau ada dalam rumah aku, kenapa aku je boleh nampak kau?" Soal Kevin, dengan harapan jawapan yang ada diberikan Aruem sama seperti yang dia fikirkan.
Areum menggeleng lagi, tak tahu.
Kevin mengeluh. Nak tak nak, dia terpaksa nyatakan juga apa yang dia fikirkan selama ini.
"That person could be me... Right?"
Langkah Areum terhenti.
"Tak mungkinlah tiba-tiba je aku boleh nampak kau. Sedangkan, kita tak pernah serapat ni Areum."
Areum hanya mendiamkan diri, cuba menghadam apa yang baru sahaja Kevin katakan.
"Mungkin..."
"Lagipun aku selesa ada dekat dengan kau, Kevin." Senyuman manis Areum hadiahkan untuk Kevin.
Senyuman Kevin melebar. Hatinya berbunga-bunga.
"Sabtu ni, dekat dengan tasik Yeonhua Universiti."
"Diorang adakan pesta bunga api besar-besaran kat sana."
YOU ARE READING
wishlist . kevin
Fanfictioncomplete ! dah mati pun sibuk nak kacau orang lagi, nasib baik crush! may 25, 2023