"Kau bunuh aku Kevin, kau bunuh aku!" Dada Kevin, Areum pukul kuat. Air matanya tumpah lagi. Hidupnya musnah disebabkan Kevin!
"Aku jumpa kau malam tu sebab kau kat kau ada hal penting nak bagitahu aku!"
"Aku percaya kau sebab kau kawan Changmin! Tapi aku *****! Aku percayakan kau, aku keluar rumah senyap-senyap akhirnya aku kena kurung dalam bilik aku sebab mak aku dapat tahu yang aku keluar tanpa kebenaran dia!"
"Dan kau-"
Jari telunjuk Areum talakan pada wajah Kevin, kakinya menapak kehadapan membuatkan Kevin turut melakangkah kebelakang.
"Kau kena bayar atas apa yang kau dah buat pada aku!"
Kevin menelan air liurnya.
Ya, dia sudah ingat.
Dia sudah ingat sepenuhnya apa yang berlaku pada malam itu.
Minuman beralkohol adalah punca mengapa Kevin langsung tidak mengingati bahawa dialah pembunuh sebenar Areum atau bagaimana gadis itu mati.
"Aa-areum aku mintak maaf-"
"Aku takkan maafkan kau!"
"Takkan!" Sambung Areum lagi.
Jantung Kevin berdegup kencang. Dia memandang sekeliling, cuba untuk lari.
Areum menundukkan wajahnya sebelum memandang Kevin semula.
"Kevin-"
"ARGHHHH!" Kevin menutup matanya apabila wajah berulat Areum menghiasi pandangannya.
Ditubuh gadis itu penuh dengan darah miliknya.
Sama seperti yang Kevin lihat pada hari dia membunuh Areum.
"Aku nak kau mati."
"AKU NAK KAU MATI!" Areum berlari kearah Kevin bersama satu pisau ditangan kanannya.
"ARHGHHHHHHH!!!"
"Anddddd... Cut!!"
"Bagus semua, kerja yang baik!"
"WAHHHH!" Semua kru yang berada diset penggambaran itu menghembus nafas lega.
Kevin yang masih terduduk itu terus bangkit dengan bantuan Areum atau nama sebenarnya Seolhee.
"Sunbaenim sakit ke saya pukul tadi?"
Kevin menggeleng.
"Saya ni sebahagian dari big tiddie gang, mana sakit!" Kevin menepuk-nepuk dadanya, bangga.
Seolhee menayangkan mimik muka menyampah.
"Eee-"
"Seolhee sayang cuci makeup dulu!" Senyuman lebar Seolhee ukirkan.
"Baikk!"
"Cik Hantu jangan lupa selfie nanti saya nak tunjuk dekat Changmin, dia suka tau make up awak tu!" Laung Kevin membuatkan Seolhee mencebik.
"Sunbae ni mengadalah!"
"Kevin hyung! Nanti kita keluar minum sama-sama!" Bahu Kevin ditepuk dari belakang. Kevin menoleh kearah itu, senyuman lebar dihadiahkan kepada Jamal, lelaki yang melakonkan watak Changmin.
"Sure, nanti kita pergi sekali."
"Baik."
"KEVIN HYUNGGG! TENGOK BLOOPER NI-" Eric yang dari tadi menghadap monitor yang menayangkan moment dimana Kevin tersasul dalam menyebut setiap perkataan dalam skripnya.
"KAU NI MELEBIH PULAK, MENGALAHKAN PD-NIM!"
Set penggambaran itu penuh Dengan tawa dan gurauan dari kru dan semua pelakon-pelakon yang terlibat.
"Susah kan?" Soal Younghoon yang tiba-tiba muncul di sisi Kevin.
"Susah sikit, tapi best!"
"Kevin, kalau macam off camera pun muka hantu tu dah seram jangan tanya aku kenapa aku tak tengok drama kau." Jacob memeluk tubuhnya. Seram sejuk, tapi masih setia menemani Kevin melakukan penggambaran untuk drama pertamanya.
"Aku paksa kau tengok, kau tunggulah."
"EYY TAKNAK TAKNAK!"
the end.
dah itu je ehe <3
comel kan ending <3 tak sad, tak happy,
beshe ii jeww ehee makaci semorang seya sayang sayang sayang sayang cobie ehe *winkeu* /tiberthank you sudi habiskan masa awak baca fanfic merapu sayaa <33
YOU ARE READING
wishlist . kevin
Fanfictioncomplete ! dah mati pun sibuk nak kacau orang lagi, nasib baik crush! may 25, 2023