xi.

37 13 34
                                    

"Macam mana?" Soal Kevin sambil memandang Areum yang hanya termenung dibirai katilnya.

"Okay je." Balas Areum, tanpa memandang Kevin. Kevin mencebik, Areum nampak sedih.

Kevin menghela nafas perlahan. Dia juga turut berasa sedih. Malam ini mungkin kali terakhir dia dapat melihat Areum.

"So..."

"Maknanya kau dah boleh balik tempat kau?" Berhati-hati Kevin menyoal, tak mahu mengguris hati Areum.

Areum mengeluh perlahan. Pandangannya jatuh pada lantai bilik Kevin.

"Kevin..."

"Kau masih tak sedar lagi ke?"

"Ataupun langsung tak ingat?"

Dahi Kevin berkerut. Lama dia memandang Areum yang masih memandang lantai biliknya.

Kevin menghampiri Areum apabila dia merasakan gadis itu tidak ada sedikitpun keinginan untuk memandangnya.

"Areum—"

"LEPAS APA YANG KAU DAH BUAT KAT AKU— KAU MASIH LAGI BOLEH LAYAN AKU SEOLAH-OLAH TAKDE APA YANG JADI?!"

Kevin menjarakkan dirinya dari Areum. Terkejut dengan jerkahan itu. Jantungnya berdegup kencang.

Air mata Areum mengalir deras. Tersedu-sedan dia menangis dihadapan Kevin.

"Areum.." Kevin menapak beberapa langkah mendekati Areum.

"Kau bunuh aku, Kevin. Kau bunuh aku."

Langkah Kevin terhenti.

"KAU YANG BUNUH AKU MALAM TU KEVIN!"



flashback.

"Areum tolonglah, terima aku. Aku dah lama sukakan kau." Kevin meraih kedua tangan Areum lalu digenggam erat. Air matanya mengalir deras, hatinya pedih. Cintanya ditolak mentah-mentah oleh crushnya sendiri.

"Kevin. Aku suka Changmin."

Kevin menggeleng laju.

"TIPU! KAU TIPU!"

Areum menghela nafas berat lalu menarik kasar kedua belah tangannya.

"Aku. Suka. Changmin. Tolonglah sedar Kevin." Areum terus berlalu pergi dari taman. Meninggalkan Kevin disitu sendirian.

Kevin menggenggam kuat buku limanya. Perasaan marahnya membuak-buak.

+++


bukk!

"Apa pulak yan— Kevin?! Kau buat apa dalam bilik aku?!" Areum terus menghampiri Kevin. Tubuh Kevin yang separa sedar itu tolak rapat ke pintu balkoni biliknya yang terbuka luas.

"Aku nak ka-kau.. Mati." Mata Areum membulat. Dia terus menjauhkan diri dari Kevin.

"Kau merepek apa ni?!"

Areum cuba membuka pintu biliknya, namun ianya telah dikunci dari luar.

"Eomma! Buka pintu ni eomma!" Laung Areum, air matanya mengalir deras. Terlalu takut.

"Kesiannya kau."

"Ja-jangan dekat!"

"Kau nak buat apa kalau aku datang dekat?" Soal Kevin lalu menapak beberapa langkah kehadapan, membuatkan tangisan dan raungan Areum semakin menggila.

"To-tolong jangan apa-apakan aku.."

"Maaf Areum, tapi aku tak dengar arahan daripada sesiapa." Senyuman senget Kevin tayangkan sebelum mengeluarkan pisau lipat yang berada didalam poket seluarnya.

"Goodnight Jung Areum."

"ARGHHHHH!!"


wishlist . kevinWhere stories live. Discover now