" Kau nak aku bagitahu cikgu pasal ni? I'm sure mesti kau malu besar. "
Wajah aku memerah menahan geram. Tapi, aku kekal berdiam diri. Tidak mahu membalas sepatah ayat. Tidak mahu melawan balas. Aku tahu dia cuma mahu mengugut. Aku tahu dia sengaja mahu melihat tindak balas aku. Sebab, pada matanya, aku ini bodoh. Naif. Lemah. Lembik.
" Hey- "
" Bagitahulah. Kalau itu yang kau mahu. "
Hakikatnya, aku takut. Aku tahu kalau rahsia ini terbongkar, aku sendiri tak dapat nak berdepan dengan sesiapa lagi. It's not a big deal- mungkin itu kata orang. Bagi aku, no. Bukan perkara kecil. Apa reaksi kau bila dapat tahu isi kandungan dalam diari peribadi kau disebarkan kepada orang lain? Apa yang kau patut lakukan bila kawan baik kau sendiri ceroboh privasi kau untuk semata-mata untuk hiburan?
" Rosaklah nama kau sebagai prefect dekat sekolah ni. Kau tak kisah- opss, lupa. Crush kau tu pun prefect juga, kan? Patutlah kau tak kisah. Nanti kena buang jawatan sama-sama, aw sweet! "
Seronoknya kau. Sudahlah baca diari aku tanpa kebenaran, dan sekarang kau nak sebar fitnah yang bukan-bukan. Aku cuma mahu luahkan isi hati aku, bukan bermaksud aku betul-betul jatuh cinta dengannya. Memang peraturan di sini, jadi pengawas kena ada rekod bersih. Sudah semestinya bercinta dilarang sama sekali.
" Kalau aku buat flyers, bagitahu satu batch kita yang kau dengan dia tu bercinta okay tak? Baru syok semua orang tahu! "
I swear aku tak kenal kawan baik aku sendiri ketika ini. Sanggup dia buat macam ni? Pada aku? Atau sebenarnya dia bengang kerana aku berani membalas tadi. Jujur, aku penat. Perkara ini terjadi saat tarikh peperiksaan makin mendekat. Kenapa kau perlu buat semua ini?
____________________________________
based on my own experience.
ara kim.
theboyz as themselves.