3

47 12 0
                                    

" Ara. "

" Kau... bertugas hari ni? "

" Kau nak bertugas dekat sini atau dekat hujung blok? "

Dalam hati aku terasa mahu hempuk kepala lelaki ini biar waras sikit. Dia boleh bersikap seperti biasa pada kala aku berperang dengan perasaan sendiri, kena hadap macam-macam. Tapi, dia? Tayang muka tiada perasaan, seperti tiada apa-apa yang berlaku ketika ini. Aku menoleh ke arahnya sekilas, sebelum meneruskan langkah menuju ke tingkat 3 bangunan itu.

" Hujung blok. Tingkat atas. "

Hyunjae mengangguk mengerti, kembali sibuk dengan buku catatan yang dia bawa ke mana-mana saja. Actually, memang semua pengawas akan ada satu buku itu, wajib dibawa setiap kali bertugas. Langkah aku terhenti di pertengahan jalan, statik di situ. Tubuh aku berdiri menghala ke bawah, merenung Hyunjae dalam dunianya sendiri. Sepertinya dia tidak sedar aku di situ lagi.

" Kenapa kau tak nak cakap apa-apa pada mereka semua? "

Hyunjae mengangkat wajahnya, terkejut aku berdiri di situ. Mata redupnya memerhati aku, masih diam. Tiada jawapan. Mungkin dia tidak mengerti maksud ayat aku tadi. Atau dia sengaja tidak mahu membalas. Aku mengetap bibir, mengulangi pertanyaan yang sama, " Kenapa kau tak nak cakap pada mereka semua? Yang kita sebenarnya tak ada apa-apa. Yang kita sebenarnya tak kenal each other. Yang kita sebenarnya langsung tidak bercinta. Kenapa kau diam? "

Jujur, aku sakit hati. Walaupun aku terus menafikan perkara itu, tiada siapa yang percaya. Malah, mereka pula yang menuduh aku menipu. Kerana bukti jelas ada depan mata. Isi kandungan diari dijaja pada mereka. Padahal diputar belit dengan fakta sedia ada.

" Kalau kau bagitahu, aku yakin. Mereka akan percaya kata-kata kau. Satu ayat yang keluar dari mulut kau dah cukup untuk hentikan diorang daripada buli aku macam ni. Kenapa kau memilih untuk berdiam diri? Bagitahu pada mereka kau tak suka aku. Habis cerita. Mereka akan berhenti menganggu kita. "

Hyunjae masih begitu, tiada perkataan yang keluar dari mulutnya. Kepalanya menunduk ke bawah, matanya tertutup. Tangan mengepal penumbuk. Belum sempat aku ingin menyambung lagi, dari jauh aku sudah mendengar suara-suara rakan pengawas yang lain. Mereka dah datang. Aku patut pergi. Sempat aku menitipkan pesanan terakhir sebelum beredar dari situ.

" Please, Hyunjae. Aku merayu sangat kau tolong bagitahu. "

Terdesak, aku sangat terdesak. Aku cuma nak hentikan semua ini. Aku penat nak menangis hari-hari.

_________________________________

safe place. jacobWhere stories live. Discover now