6

42 13 2
                                    

" Ara! "

" Cepat tengok instagram Emma dengan Younghoon! "

Aku baru kembali dari library, kini didesak oleh Areum untuk membuka aplikasi tersebut. Jantung aku berasa tidak sedap hati. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Username Emma ditaip laju, menekan profile nya dan— semua kertas kerja aku jatuh ke lantai. Mata aku terbeliak besar. Tangan aku menggigil.

" A–apa ni. "

Jari aku menaip pula username Younghoon. Mereka post perkara yang sama. Jantung aku berdegup laju. Kepala aku menggeleng, menidakkan keyataan itu. Tidak mempercayai apa yang aku baru lihat sebentar tadi.

" Ara, tunggu! "

Aku berlari keluar dari situ, tidak peduli sesiapa pun yang lalu di kawasan yang sama. Aku lari tanpa hala tuju, hanya tersedar bila aku sudah jauh daripada bangunan kelas. Berada di taman sekolah, berdekatan dengan kolam ikan. Tiada sesiapa di sini, hanya bunyi air pancutan kolam tersebut. Sunyi dan tenang.

Aku duduk di salah satu bangku, menangis semahu-mahunya. Habis segala bunyi raungan tangisan aku bergema kuat di situ. Apa yang aku buat sampai aku terpaksa hadap semua benda ni? Apa salah aku pada diorang sampai sanggup fitnah aku macam ni?

Gambar yang kawan baik aku, Emma dan Younghoon sebarkan dalam instagram tadi ialah gambar aku dan Hyunjae yang diedit. Diedit seakan-akan aku dan lelaki itu benar-benar ada jalinkan hubungan cinta seperti rumor sebelum ini. Diari aku diceroboh, sekarang gambar aku juga diedit sebegitu rupa. Seronok sangat buat aku terseksa macam ni sekali?

Aku tahu Emma ada pengaruh yang ramai. Semua guru yang mengajar kelas kami, malah parents aku juga, Emma ada contact dengan mereka. Aku tahu, gambar itu akan tersebar pada mereka semua dan zzap— hidup aku musnah. Kalau aku diberi peluang untuk kembali ke masa lampau, aku mahu kembali pada ketika Emma curi-curi baca diari aku.

Waktu itu, aku jemput Emma datang ke rumah. Parents aku buat majlis. Aku tidak tahu bila masanya dia menyelinap masuk ke dalam bilik aku, dan mengambil peluang itu untuk mencuri diari aku. Kadang aku tertanya, Emma ikhlas atau tidak berkawan dengan aku?

Dan, Younghoon.

Tangisan aku makin menggila. Kecewanya aku dengan lelaki itu. Aku fikir dia boleh pertimbangkan permintaan aku untuk terima aku sebagai kawan saja. Tak. Dia marah dengan aku dan berkomplot sekali dengan Emma untuk jatuhkan aku. Apa gunanya aku slow talk dengan dia baru-baru ni?


Sumpah, aku rasa nak mati. Orang yang aku percaya selama ini tergamak khianati aku.

_______________________________________

safe place. jacobWhere stories live. Discover now