5

42 13 0
                                    

" Jadi, kau pun percayalah semua tu? "

Aku mengelat. Tidak mahu menjawab pertanyaan Younghoon, sebalik menanyakan soalan cepu emas padanya juga. Lelaki ini kembali diam, matanya melilau ke tempat lain. Sepertinya dia tengah cuba menahan diri daripada melepaskan geramnya. Atau, juga dia tahu jawapan untuk soalan aku tetapi bertindak tidak mahu menjawab.

" Kau diam, maknanya kau percayakan rumour tu. Nice, Younghoon. Kau juga sama seperti mereka. "

Suara aku tenang membalas, sedikit nada kecewa. Aku tutup kembali buku kecil tadi, menghela nafas perlahan sebelum menyambung, " Aku minta maaf. Nama kau dah ada dalam buku ni. Aku minta jasa baik kau untuk ikut cakap aku. Tolong turun sekarang. Waktu rehat ada baki lagi 10 minit. Kau boleh naik selepas itu. " Aku berjalan melepasi Younghoon, bergerak perlahan menyusuri koridor kelas.

" Dan... "

" Untuk soalan kau. Jawapan aku, no. Aku tolak kau bukan sebab aku suka Hyunjae. Aku lagi suka kita berkawan. Aku tak nak kita jadi awkward dalam kelas. Aku harap kau boleh terima jawapan aku ni. " Aku dengan Younghoon dah berkawan lebih dari 3 tahun dan, pengakuan spontan lelaki itu benar-benar mengejutkan aku. Seminggu aku cuba mengelak untuk bercakap tentang itu dengannya, dan hari ini aku sendiri yang mulakan perbualan tadi.

" Kau boleh jumpa perempuan yang lagi baik dari aku, Younghoon. "

Aku berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi, memeriksa setiap kelas. Tiada lagi bayang manusia yang tak reti bahasa, tidak mahu ikut peraturan sekolah. Senang kerja aku. Tak perlu membebel banyak. Aku tiba di tangga hujung blok, bertembung dengan 2 manusia dengan vest maroon. Oh, menyampahnya.

" Oh, Ara. We thought kau jaga tangga bawah dengan Hyunjae. "

Hyunjae, Hyunjae dan Hyunjae lagi. Bila mahu habis perbincangan tentang perkara ni? Aku menjeling mereka, tidak suka. Aku berpatah balik, dan kali ini bertembung dengan Hyunjae. Seriously, jantan ni memang pantang disebut namanya. Tiba-tiba saja muncul depan mata.

" Suyeon suruh naik sini. Dia jaga dekat tingkat  bawah. "

Naif sangat. Sudah semestinya mereka sengaja buat begitu supaya mereka dapat kenakan aku. Pelik betul kenapa aku boleh crush pada kau. Aku mesti dah biul.

________________________________

safe place. jacobWhere stories live. Discover now