" Hey... "
Tangisan aku terhenti. Satu suara menegur, datang dari arah bertentangan. Mata aku bertemu dengan sepasang mata bundar, berjalan perlahan mendekati aku. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah aku, bersama gitar di pangkuannya. Aku kekal diam, berusaha cuba tidak buat bising seperti tadi. Aku tak jangka akan ada orang dekat sini.
" J–Jacob. "
" Ara. Aku tahu kau dah simpan lama sakit tu, jadi tak salah kalau kau nak meraung habis-habisan dekat sini. Aku biasa duduk sini seorang diri, but I guess I need a company, too. "
Bunyi petikan gitar kedengaran, merdu bunyinya. Aku tak pernah tahu Jacob pandai main alat muzik. Aku biasa meihatnya ketika di luar waktu kelas, itupun hanya beberapa kali saja kami terserempak. Mungkin juga masalah yang membelenggu jiwa aku sekarang ni membuatkan aku tidak begitu peduli dengan keadaan sekeliling.
" A–aku. Aku mesti kawan yang tak berguna. "
Aku perasan Jacob menoleh ke arah aku. Mungkin tak mengerti mengapa aku cakap begitu. Air mata aku masih mengalir, tidak sederas tadi. Suara aku masih serak, kesan dek meraung tadi. Aku menyambung lagi, " M–Mesti Emma bencikan aku. Sebab tu dia buat aku macam ni. Mungkin aku ada buat silap padanya. Tapi, aku tak sedar. Jadi, dia balas dendam dengan cara macam ni. Dia tak anggap aku kawan baik dia. P–Padahal aku dah ikut apa saja yang dia nak. M–mungkin betul aku ada buat dia sakit hati. "
Jacob kekal diam, tidak menyampuk. Aku tak tahu kenapa mulut aku ringan saja meluah segala isi hati aku ini. Meluah segalanya pada lelaki ini kerana aku tak ada peluang nak bagitahu sesiapa pun.
Because I have no one.
" Dan, Y–Younghoon. Mesti dia sakit hati sebab tolak dia mentah-mentah macam tu saja. M–Mungkin dia juga malu sebab aku buat keputusan untuk tidak terima confession dia depan orang ramai. Mungkin juga d–dia marah pada aku sebab tercrush pada Hyunjae, kawan baik dia sendiri. Ya, aku memang orang tak berguna. Kau memang bodoh, Ara. "
" Ara. " Jacob cuba menghalang aku daripada terus berkata-kata. Aku berdegil, tetap meluahkan segalanya tanpa henti, " And, my parents. You won't believe it. Mereka lebih percaya Emma berbanding anak sendiri. A–aku memang tak ada sesiapa lagi. Everyone against me, Jacob. "
" Dan, Hyunjae. I swear dia mesti bencikan aku juga. Sebab aku heret dia dalam problem ni. Aku tulis namanya dalam diari aku. Dan, Emma sebarkan rumor tu pada semua orang. Pasti dia rasa serabut. Sebab tu bila aku minta tolong, dia buat aku seperti halimunan. Dia tak nak bantu aku. Haha. Kau ni memang pembawa malang, Ara. Tak ada sesiapa nak berkawan dengan kau. Dan sekarang rumour tu makin teruk. Gambar dia dengan aku tersebar dalam media social. Aku pasti, cikgu-cikgu akan nampak semua tu. Then, hidup aku betul-betul hancur. "
Ketawa dalam tangisan. Pahitnya nak telan semua kenyataan tadi. Aku tak pasti bagaimana mahu teruskan perjalanan terakhir aku di sekolah ni. Peperiksaan makin dekat, kepala otak aku serabut dengan semua ni. Aku menoleh ke arah Jacob yang masih setia mendengar luahan aku.
" I'm sorry, Jacob. Kau terpaksa dengar aku merenung nasib diri pula. Tapi, trust me. Kau dengar semua luahan aku pun, aku betul-betul berterima kasih. "
Jacob menggeleng, tersenyum, " Nah, aku tak kisah. Kau dah lama pendam semua tu. Dan, Ara. Aku mungkin tak mampu nak tolong, but at least I'm here to be your shoulder to lean on. "
____________________________________