9

47 13 0
                                    

Everything was fine, I guess.

Aku dah boleh terima yang aku perlu hadap perkara ini tanpa bantuan sesiapa. Mungkin selama ini, aku sangat berharap ada orang boleh bantu aku. Rupanya tidak. Beberapa minggu selepas peperiksaan, dan hari ini tarikh keputusan keluar. Aku tak expect apa-apa sebab aku rasa keputusan aku teruk. Walaupun hakikatnya paper maths ketika itu sangat mudah untuk diselesaikan. Dengan apa yang aku dah hadapi selama 5 bulan yang lalu, aku cukup serik.

" Ara Kim, congratulations! Straight As! "

Aku masih blur, tidak berganjak dari tempat duduk. Sedari tadi lagi aku mengelamun tak tentu hala. Gementar. Takut. Gerun. Putus asa. Semuanya bercampur baur. Namun, bila Areum tiba-tiba menjerit dan mengoyangkan badan aku supaya sedar serta-merta, aku bingkas bangun. Tangan aku menggigil semasa pegang slip result tersebut.

Semua– A?

Parents aku datang, omma peluk aku dalam keadaan menangis kegembiran. Aku masih bingung, sepertinya result aku tertukar dengan orang lain. Ketika itu juga mata aku menangkap Emma yang sedang berdiri tidak jauh dari aku. Matanya sedikit berkaca, memandang aku sekilas sebelum beredar dari situ. Aku tahu keputusannya. Hanya satu subject dia dapat B. Yang lain masih A. Lagi haru, Younghoon dan Hyunjae dapat result yang sama macam Emma. Tapi Jacob. Aku tak nampak dia di mana-mana. Aku tak jumpa dia.

Bila kau sakitkan hati orang lain dan satu hari kelak kau pula yang jatuh tersungkur. Aku bukan mahu berlagak. Aku juga bukan mahu bandingkan diri aku dengan mereka bertiga yang dah buat hidup aku tunggang terbalik sepanjang berada di sekolah ni. Dari sini juga, mereka patutnya sedar. Buat jahat pada orang lain hanya sebab dendam semata-mata mungkin akan merugikan kau saja.

" Ara. Aku nak jumpa kau sekejap. "

Aku terkejut. Melihat Hyunjae di hadapan mata aku ketika ini sangat janggal rasanya. Mata aku memerhati sekeliling. Tiada yang beri tumpuan pada kami berdua, terlalu sibuk dengan result masing-masing. Aku mengangguk, mengikut Hyunjae ke tempat yang kurang sesak. Tidak jauh dari kawasan dewan.

" A–aku nak minta maaf. Tentang semuanya. "

Itu ayat pertama Hyunjae sebaik saja kami berdua pergi dari kawasan dewan. Aku senyap, tidak mahu berkata apa-apa. Mata aku merenung wajah lelaki ini tidak berkelip. Lama aku dalam keadaan  begitu sebelum menyoal kembali, " Kenapa kau nak minta maaf? Kau ada buat salah? "

" Sebelum ni, aku tak tolong kau. Bila kau merayu pada aku supaya hentikan semua masalah tu, a–aku buat tidak kisah. Dan biar kau hadap semuanya seorang diri. Sebab a–aku— "

Aku menyampuk, " Sebab kau apa? " Bila Hyunjae ingatkan semula kejadian itu, aku jadi sakit hati. Geram. Aku benci bila semuanya dah tamat, dan baru sekarang dia mahu minta maaf. Hyunjae menundukkan kepala ke bawah, " Sebab aku...aku suka kau. "

Aku membalas, sarkastik, " Tak kelakar, Hyunjae. Ada orang paksa kau cakap macam ni pada aku ke? "

Hyunjae menggeleng laju, cuba pertahankan kenyataannya, " Tak! Aku jujur, Ara! Aku suka kau. Bila kau suruh aku mengaku depan orang lain, aku tak sanggup nak buat. Sebab aku ada perasaan yang sama pada aku. Kalau aku mengaku, ibarat aku menipu diri sendiri. " Wajahnya tegang semacam. Aku masih berdiri di situ tidak buat apa-apa. Nampak macam seronok, kan? Bila crush kau suka pada kau juga. Tapi hakikatnya, dia dah lukakan hati aku dengan tindakan dia sebelum ini.

Aku mengangkat kening, tersenyum sinis, " Oh. Menipu diri sendiri? Jadi, kau sanggup tengok aku hadap semua masalah itu seorang diri sebelum ni dan tutup mulut? Terima kasih, Hyunjae. Aku banyak belajar daripada masalah yang timbul sepanjang tahun ni. Daripada Emma, Younghoon dan kau sendiri. "

Aku mengatur langkah pergi, meninggalkan pesanan terakhir pada Hyunjae, " Aku belajar yang aku ini dah salah pilih kawan. Aku terlalu percayakan orang lain. Aku terlalu berharap akan ada orang yang sanggup bantu aku. Hakikatnya aku kena tanggung seorang diri. Terima kasih pada kau sebab buat aku sedar tentang hal itu. Terima kasih pada kau juga sebab menyedarkan aku supaya tidak lagi menyimpan perasaan pada lelaki lain. Aku dah serik. Benda ni terlalu pahit untuk aku terima. Aku minta maaf. Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku. Semoga kau jumpa orang yang lebih baik. Dan semoga kita tak akan pernah berjumpa lagi. "

____________________________________

End.


safe place. jacobWhere stories live. Discover now