4

43 12 0
                                    

" Ara. "

" Asal kau ada dekat atas ni? Kau tak turun? "

Aku merenung lelaki ini dari atas ke bawah, memberi pandangan curiga. Tiada sesiapa dibenarkan berada dalam bangunan kelas melainkan pengawas sendiri. Aku tak pasti bagaimana dia boleh terlepas, atau sebenarnya dia memang tak turun dari tadi. Aku mengangkat buku kecil pada tangan, sama paras dengan wajahnya.

" Turun kalau tak nak nama kau ada dalam buku ni. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini, Younghoon. "

" Tch. Sejak bila pula kau jadi baik, ambil kisah pasal tugas kau? Lepas aku dah luah isi hati aku, sekarang ni muka aku pun kau tak mahu pandang. Fine. "

Aku terlupa pula tentang ini. Aku terlupa lelaki ni dah menambahkan lagi beban di atas kepala aku. Kedengaran gila, aku sendiri tak tahu mahu beri reaksi apa. Kejadian tu berlaku minggu lepas, betul-betul selepas kes diari aku tersebar pada satu batch. Kejadian tu berhasil memutuskan persahabatan aku dengan lelaki bernama Younghoon ni.

Flashback

Cukup bingit. Macam pasar. Mentang-mentang cikgu bagi pelepasan untuk buat kerja masing-masing. Hari perjumpaan kelab pengguna hari itu tidak seperti biasa. Guru semua sibuk dengan mesyuarat. Jadi, semuanya bagaikan hilang kawalan.

" Psst, Ara. "

" Apa? "

" Aku nak kau tutup mata dan telinga sekejap. " Wajah aku berkerut, tidak memahami ayat Areum tadi. Kenapa aku kena tutup mata? Aku pandang Areum dan Younghoon silih berganti, hanya mereka berdua duduk sekali dengan aku ketika ini. Aku membalas, " Kenapa kau suruh aku tutup mata dan telinga? Kau berdua nak mengumpat aku ke? "

" Ala, tutup saja. Sekejap je. Cepatlah. "

Malas mahu cari gaduh, aku akur saja dengan arahan Areum. Kedua tangan aku menekup kedua belah telinga. Mata dipejam rapat. Walaupun ditutup segala organ deria, aku masih boleh dengar sayup-sayup suara manusia dalam kelas ini. Terlalu bising.

" Okay, Ara. Kau dah boleh buka mata kau. "

Terasa begitu lama mata dipejam, rasa kepala aku berpusing seketika. Pandangan aku semakin jelas, menangkap Younghoon yang wajahnya sudah memerah semacam. Matanya juga tidak berani merenung aku, pasti ada sesuatu yang mereka umpatkan tadi. Areum tersengih-sengih melihat aku, sepertinya firasat aku tepat sekali.

" Korang berdua buat apa? "

" Tak ada apa, tapi this is so exciting! "

" Tak ada apa tapi kau excited? Pasti ada sesuatu. Cepat bagitahu aku. "

" Rasanya lebih baik Younghoon sendiri yang bagitahu kau. "

Aku benci kejutan. Dan, aku juga benci jadi tertanya-tanya begini. Belum sempat aku mahu tahu lebih lanjut, loceng berbunyi bingit. Perjumpaan hari itu tamat dan aku lega. Aku bingkas bangun, segera mahu keluar dari situ. Berada di tempat yang penuh manusia buat masa yang begitu lama sangat melelahkan aku.

" Ara. "

Younghoon ekori aku, berhenti tepat di hadapan aku. Betul-betul di tengah dataran. Apa benda dia cuba buat ni?

" Kau kenapa, Younghoon? "

" A–aku cuma nak cakap satu benda dengan kau. Pasal dalam kelas tadi. " Suara Younghoon sedikit gagap namun, wajahnya tegang semacam. Aku dah berura-ura mahu cabut lari tapi macam tak sopan pula aku buat begitu pada ketua kelas aku sendiri.

" Aku suka kau! "

Sumpah, dia dah gila. Dia betul-betul dah tak waras. Menjerit perkataan itu ditengah-tengah dataran yang masih penuh dengan manusia adalah satu perkara yang patut dielakkan. Dia nak satu sekolah tahu pengakuan dia tu?!

" Younghoon, kau dah gila. Aku nak balik. A–aku tak nak cakap apa-apa pasal ni "

End Flashback

" Ara. Kau dengar atau tak apa aku cakap ni? "

Aku tersentak, kembali semula ke alam realiti. Mata aku tertancap pada Younghoon, masih berdegil tidak mahu ikut arahan. Ikut suka hati kau lah. Aku buat tidak faham, segera membuka buku kecil tadi. Mahu menulis namanya.

" Kau tolak aku sebab kau suka Hyunjae, kan? "

________________________________

safe place. jacobWhere stories live. Discover now