2

61 13 1
                                    

Waktu rehat.

Kebiasaannya cikgu akan bagi pengawas keluar 10 minit lebih awal sebelum loceng rehat sebenar berdering. Untuk makan minum sebelum laksanakan tugasan mengawal blok bangunan kelas. Aku keluar seperti biasa— mengasingkan diri daripada rakan pengawas yang lain. Sejak kes isi kandungan diari aku tersebar luas itu, aku lebih suka menyendiri. Mahu tenangkan diri daripada dibuli mereka. Secara mental. Dan, aku tak kuat nak hadap semua tu.

Nama saja pengawas, tapi perangai macam sampah.

Selesai minum air 2-3 kali teguk, aku bergerak keluar dari kawasan kafeteria ke arah bangunan kelas. Loceng berbunyi kuat menandakan waktu rehat pelajar bermula. Sepanjang perjalanan ke bangunan kelas, aku kekal menundukkan wajah  ke bawah. Aku tak tahan. Telinga aku sakit mendengar suara-suara mereka ketawa, seakan-akan mengejek aku ketika itu.

" Dia tak sabar nak bertugas dengan crush lah tu. "

" Oh, hari ni mereka bertugas sekali? Ara dan Hyunjae? "

" Of course. Kau tak nampak? Hyunjae dah menunggu dekat bangunan kelas. Confirm nak pergi dating! "

" Mereka berdua betul-betul official? "

Iya— crush yang mereka maksudkan itu adalah Hyunjae. Lee Hyunjae. Sedikit kesal sebenarnya. Aku tahu Hyunjae dah tahu pasal isi kandungan diari aku itu. Aku tahu dia dah dengar semuanya daripada rakan sekelasnya. Aku dan Hyunjae sebaya, hanya berbeza kelas. Hyunjae tahu tapi dia seperti tidak mahu ambil tahu. Ibarat kes fitnah yang kami berdua bercinta itu tidak mempengaruhi kedudukannya.

Namun, tidak bagi aku. Sebab yang terkena tempiasnya adalah aku. Aku kena ugut. Aku kena buli dalam kelas. Pelajaran aku terganggu. Hyunjae pula tiada apa-apa. Dia masih begitu, tidak ambil peduli.

" Ara. "

Langkah aku terhenti. Aku tahu suara ini. Aku statik, langsung tidak mahu mengangkat wajah. Aku cuba abaikan dia.

_________________________________

safe place. jacobWhere stories live. Discover now