8

43 14 0
                                    

2 months later...

Aku hadap semua masalah itu seorang diri. Day by day. Aku tak mahu semua masalah karut ini mengganggu persiapan aku untuk menghadapi peperiksaan dalam masa beberapa minggu lagi. Percayalah cakap aku, manusia tak pernah berhenti untuk tengok kau jatuh tersungkur lagi sekali. Tipulah kalau aku rasa tak terganggu. Masih ada cuma tidak seteruk dulu. Dan tentang gambar aku dan Hyunjae itu dulu, Hyunjae dah selesaikannya. Dia sendiri yang minta Emma dan Younghoon padam dan mohon maaf pada kami berdua. And guess what? Mestilah mereka tak buat begitu.

Mereka mungkin minta maaf pada Hyunjae tapi, aku? Aku lari daripada mereka. Aku abaikan mereka. Aku buat tidak tahu walaupun 2-3 kali aku terima surat permohonan maaf yang Emma tuliskan sendiri. Aku tawar hati. Aku benar-benar tawar hati ketika ini. Merasakan dengan minta maaf saja tak boleh padam segala jenis bentuk buli yang terjadi pada aku. Luka aku masih berdarah, dan aku yakin sampai bila-bila luka ini tidak akan sembuh. Sebab kawan baik aku sendiri yang buat aku terluka sampai macam ini sekali.

Setiap petang, aku datang lagi ke taman sekolah. Membawa diri dengan buku untuk ditelaah di tempat tiada sebarang gangguan itu. " Oh hi Ara. " Jacob tersengih, meletakkan bagnya di atas meja batu. Aku perhatikan gitar yang selalu Jacob bawa itu setiap hari, hampir setiap petang bersamanya. Tapi, sampai sekarang aku tak pernah lihatnya bermain atau menyanyi atau buat apa saja dengan gitar kesayangan dia itu. Aku tenung gitar itu buat masa yang lama sebelum menyambung kata-kata, " Jacob. Sampai hari ini aku masih tak dapat peluang nak dengar kau menyanyi sambil main gitar itu. "

Meletus ketawa lelaki ini, cepat-cepat membalas kembali, " Aku baru bercadang nak buat apa yang kau minta tu hari ni. Kau tiba-tiba tanya. Well, lagu ni khas untuk situation kau sekarang ni, I guess? Believe me, kau punya masalah sama macam drama yang aku tengok dekat TV. " Mata aku terkebil-kebil, tak sangka itu yang keluar dari mulut Jacob. Ewah, dia ni. Boleh pula dia samakan keadaan aku ini sama seperti drama di dalam tv.

" I produced this song, by myself. "

Mata aku membulat besar, berasa kagum. Betul lah, Jacob memang berbakat besar. Mungkin lepas ini aku bakal lihatnya di kaca TV pula. Jacob mula memetik gitar, menyanyi penuh merdu. Walaupun kemahiran bahasa Inggeris aku tidaklah sehebat Jacob, aku masih dapat tangkap setiap rangkap lirik itu dengan baik. Dan, tak sangka sebagian lirik itu boleh mengundang rasa sebak dalam dada aku.

The more I know you, the more I understand
We may not always be on the same page
Have different expectations
I won't pretend like I know, But if you need someone to lean on
Count on me to be right there
I'll be your safe place always

Sejak kes diari aku itu tersebar, jujur aku katakan. Aku tak ada tempat nak mengadu. Aku tak tahu mahu luahkan kepada siapa. Orang yang aku percaya yang buat aku jadi begini, aku buntu. Aku serabut. Aku boleh naik gila bila jadi begini. Sedangkan parents aku pun mereka tidak ambil peduli tentang aku, di mana lagi aku mahu mengadu?

" Forget about the nonsense you hear time to time. Aku tahu susah untuk kau, but trust me. There'll always be a home for you to lean on. Goodluck exam nanti, okay? I know you can do it. "

Aku bersyukur sangat Tuhan bagi pinjamkan Jacob ketika ini.

_______________________________________

safe place. jacobWhere stories live. Discover now