notes for me.

64 14 5
                                        

Dear my 11-years-old-self,

Kau dah banyak hadap masalah pada usia semuda itu. Mungkin ada masa kau mahu hentikan semua ini dengan melarikan diri. Satu sahaja aku mahu sampaikan—

Terima kasih sebab bertahan.

Terima kasih sebab mampu bertahan walaupun kau tiada sesiapa di sisi ketika itu. No safe place. No one could help you. Walaupun kau berjaya untuk bertahan, namun luka tu kau juga bawa bersama. Luka yang dah jadi parut. Kesannya masih ada sampai sekarang. Sampaikan kau tak mampu hadapi lagi zaman remaja kau.

Kau bawa trauma sehingga lah sekarang ini. Dan aku harap, buku ini menjadi titik noktah untuk kau lupakan trauma itu. Aku yakin tak mudah. Aku yakin sangat susah untuk lakukannya. Sebab trauma tu kau simpan hampir 9 tahun.

Kau takut nak bercakap dengan lelaki. Kau takut untuk percayakan orang lain. Kau takut untuk buat keputusan sendiri. Kau takut untuk luahkan semua masalah kau. Trauma itu beri kesan yang begitu mendalam sehingga kau tidak lagi mahu memberi peluang kedua. Kau tolak segala jenis bentuk pertolongan. Kau tolak segala confession yang kau terima.

Dan akhirnya kau merana seorang diri. Dituduh ada masalah mental, padahal kau cuma terlalu takut dengan trauma lama.

Semoga kau sembuh. Semoga kau boleh mulakan hidup baru yang lebih baik. Semoga Tuhan bantu kau keluar dari trauma ni.

You'll be fine.

From , 20-years-old Lya.

______________________________

♡ The only difference between my own story and this fanfiction, watak Jacob tidak wujud pada asalnya. I don't have a safe place ketika itu. Dan inilah pengakhiran yang lebih baik. Pengakhiran yang mungkin terjadi jika watak Jacob itu wujud.

Terima kasih sebab baca ♡

safe place. jacobTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang