Peliknya. Pintu sahaja?" Isya mengelilingi pintu merah itu. Arin melihat kuncinya. Ia semakin bercahaya terang.
"Aku rasa, kunci ni muat untuk masuk ke lubang kunci di pintu tu." Wawa berbicara apabila dia juga perasan hal yang sama.
Arin memandang Aiden. Lelaki itu terlihat mengangguk, seakan membenarkan Arin membuka pintu merah itu.
Dengan rasa berdebar-debar, Arin merapati pintu merah tersebut. Risau jika berlaku perkara yang tak diingini.
Mereka yang lain siaga kalau ada apa-apa yang menyerang. Kunci emas itu dimasukkan pada lubang kunci. Arin memulasnya perlahan-lahan.
Pintu tersebut kini luas terbuka. Di dalamnya gelap sekali. Mereka terkilan. Jika lihat tadi, memang tiada apa-apa di sebalik pintu. Bagaimana pula ada jalan di sini?
Baru sahaja mereka mahu melangkah masuk, angin kencang berderu dari dalam pintu itu, menyedut mereka masuk.
Mereka terkejut, tapi tidak panik. Segera mereka mencapai apa saja untuk menghalang diri dari disedut.
"Aku tak nak mati lagi!" Rina menjerit. Kerana sedutan terlalu kuat, mereka akhirnya tersedut. Pintu merah itu tertutup rapat dan menghilang.
Hutan kembali sepi, seakan tiada apa yang berlaku.
***
Dystopian jatuh ke lantai. Mereka menggosok-gosok belakang kepala.
"Wah..." Arin mendongakkan kepalanya, melihat isi di dalam pintu tadi.
Kawasan ini berwarna merah kehitaman dan dihiasi dengan tangga-tangga yang banyak dan berliku-liku.
"Ba-banyaknya tangga..." mereka kagum melihat rekaan tangga itu yang begitu unik.
"Kenapa banyak sangat tangga ni? Ia menuju ke mana?" Mia menyentuh pemegang yang berdekatan dengannya.
"Menuju ke tempat yang tak sepatutnya diketahui." tiba-tiba, mereka terdengar suara seseorang dari atas.
Apabila didongak, terlihat jelas susuk tubuh seorang wanita berambut panjang separas pinggang dan berwarna coklat. Bajunya berwarna merah darah.
Arin memerhati saja wajah wanita itu. Seperti seseorang yang dia pernah nampak.
"Kau siapa?" dengan berani, Aiden bertanya. Wanita itu hanya tertawa kecil, tetapi penuh muslihat.
"Rasanya tak perlu aku berpura-pura seperti Lin atau Darma. Terlalu klise. Aku Irene dan ya, aku lah penjahat yang bakal hapuskan kalian!" mata Irene menjegil.
"Aku akan beritahu kau apa yang klise. Adiwira akan selalu menang!" Rina membaling tiaranya ke arah Irene. Irene hanya tersenyum.
Dengan mudah wanita itu menangkap tiara Rina dengan sebelah tangannya saja. Mereka terpempan.
Irene galak ketawa.
"Adiwira? Hahaha, yakinnya kau mengatakan diri sendiri adiwira, tapi tak mampu buktikan apa-apa yang kau layak dapat gelaran tu."
"Beritahu aku, apa yang kau bantu untuk selesaikan semua misi? Dengan bermain?" kata-kata Irene membuat Rina tersentak.
Ya, dia tahu dia masih budak kecil, tetapi itu tidak bermaksud dia lemah. Tapi kata Irene ada benarnya. Apa sebenarnya yang dia pernah lakukan untuk membantu rakan-rakannya?
Aiden melihat perubahan pada wajah Rina, terus memotong bicara Irene.
"Sudah! Kau tak tahu apa-apa! Sekurang-kurangnya Rina banyak mendorong semangat kami! Kau tak layak nak kata dia tak berguna!"
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Aventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...