Bab [X] — Pernikahan yang Terpaks
"Apa? Yana minta Anaqi nikah dengan dia?" soal Tuan Fauzi dengan suara yang sarat dengan kejutan. Matanya yang sudah agak sayu menatap Nisha, berharap mendapat kepastian dari adik iparnya itu.
"Ya Pak Long, itu yang Yana minta. Sekarang Yana dan Naqi masih bincang lagi kat atas. Tapi... Anaqi macam tolak permintaan Yana tu," jawab Nisha dengan nada sayu. Ada rasa risau yang tersirat di balik suara lembutnya.
Tuan Fauzi menarik nafas panjang. "Ya! Memang Anaqi patut tolak. Tapi kan abang long, abang long tak rasa ini satu peluang untuk kita jaga maruah keluarga kita? Sekurangnya majlis esok boleh berjalan seperti biasa. Saya faham keadaan terlalu cepat tetapi maruah keluarga kita wajib dijaga," celah Tuan Ikhmal dengan nada yang serius tapi penuh keyakinan.
Tuan Fauzi mendengar kata-kata adiknya itu dengan penuh perhatian. Dia tahu betul bahawa menjaga maruah keluarga bukan sekadar soal nama dan gelaran, tetapi hati dan harga diri yang sukar untuk dibayar dengan wang ringgit.
"Isha, mana mereka sekarang?" soal Tuan Fauzi tiba-tiba.
"Ada kat atas Pak Long," jawab Nisha.
Tanpa berlengah, Tuan Fauzi segera melangkah ke atas, menuju ke bilik anak tunggalnya itu. Tuan Ikhmal dan yang lain hanya mampu memerhati, memahami perasaan bercampur baur yang menghimpit abangnya itu. Ada rasa lega, ada juga rasa cemas yang sukar diterjemah.
Tuan Ikhmal tersenyum kecil. Sekurangnya, jika Anaqi bersetuju, majlis pernikahan dan resepsi esok dapat diselamatkan. Dia tidak risau soal pernikahan itu sendiri kerana ada kenalannya di pejabat agama yang akan membantu melancarkan urusan.
Sekalipun akad nikah yang berlaku kelak tidak mengikut sepenuhnya prosedur undang-undang syariah negeri, namun ia tetap sah dari segi agama asalkan cukup syarat. Mereka hanya perlu bersedia menghadapi kemungkinan dipanggil ke pejabat agama untuk urusan denda dan sebagainya. Namun itu perkara kecil berbanding maruah yang perlu dipulihkan.
Tuan Fauzi berdiri di hadapan pintu bilik Ariyana yang terbuka luas itu. Kelihatan Ariyana dan Anaqi sedang berbincang. Puan Zaharah, isteri Tuan Fauzi, tidak lagi kelihatan di sisi Ariyana.
Dia berdiri diam, membiarkan anaknya dan Anaqi berbincang. Rasa berat di hati membaluti dirinya.
"Abang dah dengar kan?" tiba-tiba suara Puan Zaharah muncul di sisi Tuan Fauzi.
"Ya, awak macam mana Zah?" tanya Tuan Fauzi dengan mata yang tajam, ingin tahu pendapat isterinya.
"Kalau itu yang terbaik untuk Ariyana, saya sebagai ibu restu sahaja, bang," balas Puan Zaharah dengan suara lembut tapi penuh kesedihan. Wajahnya sugul, duka yang lama terpendam mula sedikit terubat apabila melihat Anaqi yang masih berbicara dengan Ariyana.
Tuan Fauzi menghela nafas lega. "Kalau abang rasa keputusan Ariyana tu betul, lebih elok abang sendiri cakap dengan Anaqi," tambah Puan Zaharah.
Tuan Fauzi mengangguk. Dia tahu itu tanggungjawabnya. Dengan langkah yang mantap, dia melangkah masuk ke bilik anaknya.
Sepanjang hidupnya, inilah keputusan paling sukar yang perlu dibuat. Tiada jawapan lain yang dia tunggu selain kata setuju dari Anaqi.
"Anaqi! Uncle nak cakap dengan kamu sekejap boleh?" suara Tuan Fauzi tenang tapi penuh harapan.
"Hah, Uncle! Baiklah," Anaqi segera bangun, meninggalkan Ariyana yang hanya mampu memandang lelaki yang baru sahaja "melamarnya" sebentar tadi. Wajah Ariyana bercampur-campur rasa harap dan gentar.
"Ariyana minta kamu jadi suami dia?" soal Tuan Fauzi dengan suara lembut.
"Ya uncle," jawab Anaqi ringkas, suaranya berat.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝙒𝙖𝙧𝙠𝙖𝙝 𝙆𝙖𝙨𝙞𝙝 𝘼𝙧𝙞𝙮𝙖𝙣𝙖
RomanceTakdir bukanlah kebetulan mahupun nasib. Tetapi takdir adalah permulaan sebuah kehidupan. Permulaan sebuah kedukaan. Permulaan sebuah kisah. Permulaan sebuah cinta. Dan Ini adalah kisah Warkah Kasih Ariyana ................................. Hari yan...
