Kenal

36 4 0
                                    


Beberapa hari telah berlalu. Anaqi meneruskan rutin harian nya. Pintu bilik studio ditolak perlahan. Susok tubuh  sahabatnya Zahir kelihatan.

"Nah, aku tapau kan nasi tadi. Nasi ayam sos lebih extra timun. " Hulur Anaqi.

"Terima kasih... Terbaik lah Qi. Kau macam tah-tahu Ye." Sambut Zahir.

"Kau tu dengan aku dah lama Hir." Balas Anaqi. Dia duduk di kerusi gaming berhadapan Zahir. Bilik studio mereka agak luasm terdapat beberapa peralatan selain peralatan kamera.

"Kau okay Qi? " Soal Zahir. Dia membiarkan makanan berad di atas meja kecil.

"Macam ni lah aku, kenapa? " Bals Anaqi.

"Sabtu malam kenapa kau bagi Job tu last minit kat aku?"soal Zahir.

"Aku ada hal malam tu." Balas Anaqi acuh.

"Hal? Jarang kau ada hal time ada Job ni." Uji Zahir.

"Ya, memang aku ada hal malam tu." Balas Anaqi lagi. Kali ini dia sedikit keras. Bimbang jika Zahir tahu apa telah berlaku pada hari Sabtu tersebut.

"Hal  apa tu Qi sampai kena kau kena lepaskan Job kau. Job besar tu Qi." Soal Zahir ingin menguji.

"Ada hal sikit, kau tak perlu tahu lah."balas Anaqi lagi.

"Kahwin kan?" Soal Zahir. Merenung tepat wajah Anaqi. 

"Hah!" Anaqi terkejut dengan tekaan Zahir.

"Aku tahu Qi, kau tak perlu nak sembunyi dengan aku." Jelas Zahir.

"Rahsia kan benda ni Hir. Aku belum bersedia nak orang tahu. Biar yang tahu je patut tahu."pesan Anaqi.

"Baik, aku pegang pesanan kau. Macam mana dengan Azril?"soal Zahir sambil membuka bekas nasi ayam. Terhidang di depan mata nya nasi dan seketul ayam bahagian peha. Sos dituang Zahir di atas ayam.

"Dia bengang, marah mungkin ada dendam."balas Anaqi.

"Ya... Dia memang patut marah, bengang dan juga berdendam dengan kau tapi rasanya dia kena ingat ini salah dia." Ungkap Zahir. Wajahnya sedikit matang. Sudah berumah tangga,merupakan sahabat kepada Anaqi dan Azril. 

"Kau rasa apa yang aku buat betul?" soal Anaqi kepada Zahir. 

"Bergantung kepada niat kau."balas Zahir. Suapan pertama memasuki ruang mulut nya.

"maksud kau?" Soal Anaqi ingin tahu.

" Kalau kau nikahi Ariyana hanya untuk ambil kesempatan atas apa yang berlaku, aku rasa itu salah." balas Zahir sambil terus menikmati hidangan nasi ayam.

" Aku pada mulanya pun tak pasti apa yang aku buat ni betul atau salah. Sampai sekarang aku masih sukar nak percaya apa yang aku dah buat ni."

"Sebagai sahabat kau dan Azril, apa yang aku boleh aku cakap, kau ambil masa untuk betul kan apa yang telah berlaku.  Macam ni lah Anaqi, bagi aku kau tak salah dalam hal ni. Kalau bagi pandangan orang yang tak sandarkan pada agama mungkin kau padaa waktu itu di ibaratkan berada di tempat yang salah.

Tetapi bagi kita orang islam, kita kena percaya dengan rukun iman iaitu Qada dan Qadar . Ini takdir kau Anaqi, Allah sedang uji kau." nasihat yang panjang dari  Zahir. Dia tahu Anaqi mampu menghadapi perkahwinan bersama Ariyana. 

.
...................................

Setelah melalui beberapa hari yang panjang dengan penuh emosi dan  tekanan, hari ini Azril dan Amanda mengambil masa untuk meluangkan waktu bersama. Atas saranan Datuk Luqman meminta Azril membawa Amanda keluar dari suasana kesibukan kota.

𝙒𝙖𝙧𝙠𝙖𝙝 𝙆𝙖𝙨𝙞𝙝 𝘼𝙧𝙞𝙮𝙖𝙣𝙖Where stories live. Discover now