Sekali lagi pagi yang indah buat Ariyana. Segala yang berlaku semalam sedaya mungkin ingin dilupakan Ariyana. Dirinya ingin memulakan semula detik indah di dalam hidupnya.
Hari ini bagaikan dejavu buat Ariyana. Kehadiran Anaqi sebagai lelaki yang baharu di dalam hidupnya seakan memberi sinar di tengah kelam malam.
"Kau okay? " Soalan yang sering ditanya Anaqi kepada Ariyana.
"Alhamdulillah... Saya rasa makin okay dari semalam. Thanks awak...." Balas Ariyana lembut. Tangan nya dengan perlahan diletakkan di peha suaminya. Kedua nya duduk segak di atas pelamin yang indah.
Saat ini kedua mempelai ini sedang di atas persandingan. Tetamu yang hadir turut meraikan pasangan ini.
"Abang perasan tak anak kita tu?" Soal Puan Zaharah sisi Tuan Fauzi. Keduanya sedang meraikan tetamu yang hadir.
"Maksud awak?" Soal Tuan Fauzi kembali.
"Ya la, tak kan abang tak perasan dengan Yana tu, nampak ceria dan dia tu." Balas Puan Zaharah.
"Alhamdulillah, saya rasa Anaqi dah berjaya pulihkan anak kita tu." Jelas Tuan Fauzi sambil menyambut jabat dalam dari tetamu lelaki yang hadir.
"Abang rasa Ariyana akan bahagia dengan Anaqi? " Soal Puan Zaharah lagi.
"InsyaAllah Zaharah, kita sebagai orang tua kena yakin dengan apa yang ditakdir kan kepada kita dan anak kita ni. " Ungkap Tuan Fauzi.
"Lega lah saya kalau awak kata macam tu." Lucah syukur Puan Zaharah.
"Kita kena yakin dengan takdir ini Zaharah." Ungkap Tuan Fauzi lagi.
...................................
"Tak guna kau Anaqi! Kau khianat persahabatan kita." Getus amarah Azril.
Dirinya berada tidak jauh dari rumah Tuan Fauzi. Matanya tidak mampu menyaksikan detik indah Ariyana dan Anaqi.
Tindakan marahnya ketika ini seakan menafikan kesalahan yang dia sendiri lakukan ke atas Ariyana semalam.
"Kau tunggu Anaqi! Kau bahagia lah dulu dengan perempuan tu."
"Yana! Kau pun tak guna, sanggup kau buat aku macam ni. Perempuan tak guna, aku akan dapat kan kau semula. "
"Kau tunggu Yana!"
"kau tunggu Anaqi! "
"Masa kau orang akan sampai! "
Azril bagaikan cacing kepanasan. Juga bagaikan si gila tanpa pendoman.
Tidak dapat menerima kenyataan apa yang berlaku ini merupakan kesilapan dari dirinya sendiri. Kesilapan yang dia sendiri lakukan.Kewarasan telah hilang pada diri Azril. Dia sedang merencana sesuatu, sesuatu yang bakal mengubah hidup Ariyana dan Anaqi. Walaupun terlalu awal untuk dia bertindak namun dendam dan marah mendorong Azril melakukan perkara di luar jangkaan manusia berakal.
"Sayang you kat mana, papa dah tunggu you. Jangan lambat sayang. You jangan risau pasal rumah, papa nak bagi rumah untuk kita. I dengan papa tunggu you ni." Satu pesanan dari Amanda.
Nafas ditarik perlahan Azril. Hidupnya telah berubah, dia tak menyangka dia akan menjadi sebahagian dari ahli keluarga Datuk Luqman. Bapa mertuanya itu merupakan salah seorang ahli lembaga syarikat pengeluaran kenderaan yang dia sedang bekerja.
Semalam Datuk Luqman telah berjanji untuk memberikan sebuah jawatan tertinggi di dalam syarikat miliknya. Tetapi dengan syarat, dia harus melupakan Ariyana dan fokus untuk menjaga Amanda.
.................................
Suasana di KLIA agak sibuk hari ini. Pelancong luar dan dalam negeri menjadi watak penting di dalam kesibukan lapangan terbang antarabangsa itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝙒𝙖𝙧𝙠𝙖𝙝 𝙆𝙖𝙨𝙞𝙝 𝘼𝙧𝙞𝙮𝙖𝙣𝙖
RomanceTakdir bukanlah kebetulan mahupun nasib. Tetapi takdir adalah permulaan sebuah kehidupan. Permulaan sebuah kedukaan. Permulaan sebuah kisah. Permulaan sebuah cinta. Dan Ini adalah kisah Warkah Kasih Ariyana ................................. Hari yan...