"Asyfa, you jangan lupa tau datang birthday party i petang ni tau !!", jerit Fayyad dari jauh apabila melihat Asyfa sudah bersedia untuk pulang ke rumah.
"Ye ye, nanti saya datang, tak lupa punya lah", balas Asyfa sambil menayangkan senyumannya.
..
Di rumah..
"Mama, akak nak pergi rumah kawan akak Fayyad petang ni boleh? Dia ada buat birthday party sebabtu dia ajak akak dengan classmate yang lain", Soal Asyfa kepada emaknya nya yang sedang ralit menatap skrin telefon. Tengok fesbuk ler tu.
"Fayyad? Anak aunty Rosalyn? Nak pergi boleh tapi jangan sampai lewat malam", Jelas Puan Aisara singkat. Yess, dah dapat kebenaran!
"Ehh, tapi jangan lupa tanya papa kamu dulu",
Asyfa mengeras di tempat duduknya. Aduh mampuslah aku, dahla semalam baru habis bertengkar ngan bapack aku.
..
Asyfa menjejakkan kakinya ke ruang tamu. Encik Affan terlalu khusyuk menonton tv sampaikan tidak sedar akan kehadiran anak sulung perempuan nya itu.
"Papa",
Encik Affan tidak menghiraukan panggilan nya. Mata masih lagi menatap skrin televisyen itu walaupun dia sedar akan kehadiran anak sulung perempuan nya itu.
"Akak nak pergi rumah Fayyad anak aunty Rosalyn tu boleh? Dia ajak akak dengan rakan sekelas pergi rumah dia. Dia buat birthday party", tanya Asyfa sambil matanya memandang lantai.
"Kau pergi sana jangan nak merayap merata. Buat perangai elok sikit kat rumah orang. Kalau kau tak balik sebelum pukul 7, jangan berangan nak tidur rumah aku malam ni", balas Encik Affan mendatar. Fuh bapack garang!
Asyfa menganggukkan kepalanya perlahan lalu mengeluh kecil. Huh. Dah agak dah.
..
Pukul 3.40 petang.
"Eh Asyfaaa!", jerit Fayyad kegirangan apabila melihat Asyfa yang baru sampai di rumahnya.
"Hai Fayyad", balas Asyfa dengan senyuman menampakkan lesung pipit kanan nya.
"Jangan nak comel sangat boleh tak, i gigit you baru tahu", kata Fayyad sambil mencuit hidung Asyfa selamba. Woi. suka suka sentuh anak dara orang? Tak tahu halal haram?
"Awalnya you datang, orang lain semua tak datang lagi tau", kata Fayyad sambil menuangkan air kedalam gelas lalu dihulurkan kepada Asyfa.
Asyfa menyambut huluran Fayyad lalu meneguk air itu seteguk.
Asyfa perasan akan kelibat seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengannya sedang duduk diatas kerusi berdekatan sambil mendengar lagu daripada headphone nya. Aik, tengah tidur ke mamat tu? Kenapa mata dia tertutup?
"Habistu tu siapa?", Asyfa menunjukkan jari telunjuknya kearah lelaki tadi.
Fayyad memandang ke arah belakangnya.
"Oh, tu sepupu i. Dia baru je fly dari spain kesini. Kenapa, you minat kat dia ke? Dia masih single tauu", kata Fayyad mengusik. Huh, buat lawack la Fayyad ni. Kalau la mamat ni tahu aku crush kat dia dar kecik lagi. Buat apa pulak nak promote sepupu dia kat aku. Sungguh lawack.
Asyfa hanya menggeleng tetapi matanya masih tertumpu kearah mamat spain itu. Meamati wajahnya. Pergh. Sangat indah ciptaan tuhan. Astaghfirullah, tundukkan pandangan plis!
"Woi Andre, ada orang minat kau!", jerit Fayyad kuat bagi menyedarkan mamat yang sedang khusyuk mendengar lagu sampai tak ingat dunia itu. Eleh mamat ni, cer dengar selawat ke, kan ada faedahnya..
Asyfa terkejut dengan tindakan Fayyad lalu memukul bahu Fayyad menggunakan beg tangan nya.
"Aduh, sampai hati you buat macam ni kat i Asyfa..", Kata Fayyad sambil mencebikkan bibirnya. Muka nya di buat-buat seperti mahu menangis lalu dia berlari masuk ke dalam rumah. Ei mamat ni, sikit-sikit dah argh. melebih- lebih lak. Ingat ni live yiutube ammor nazhan ke? Eh.
(Peminat ammar nazhan jangan kecam ye, lawack ii je hehe)
Asyfa mengalihkan pandangan nya kearah mamat yang digelar Andre tadi.
Wow. Mata warna kelabu tapi nak macam hijau sikit. Unik. Rambut bewarna coklat keperangan. Hidung nya mancung. Bibir nya yang merah bak delima. Ketampanan nya tidak dapat diungkapkan dengan kata kata. Sangat umph, perfecto!
Nak dibezakan dengan Fayyad, mamat Andre ni 10 kali ganda lebih tampan. Siyes!
"Dah habis scan aku?", tanya Andre mendatar membuatkan Asyfa tersedar dari lamunan nya. Eh boleh cakap melayu rupanya.
"Erm, sorry. Saya tak berniat nak pandang awak macam tu", Balas Asyfa sambil menundukkan pandangan nya kebawah.
Andre tidak membalas sebaliknya memasang headphone nya kembali, lalu mata dipejam rapat.
..
Asyfa yang baru selesai berurusan dengan tandas itu segera keluar. Fuh leganya. Tula sapa suruh minum air banyak sangat tadi!
"Eh Asyfa, kenapa duduk kat dalam jer ni. Pergi makan kek dengan kawan kawan lain dekat luar", tegur aunty Rosalyn yaitu emak kepada Fayyad. Ya, dia mula kenal Fayyad sejak kecil lagi kerana ibu mereka merupakan kawan baik. Sebab tu lah mak Asyfa bagi dia pergi rumah Fayyad.
"Erm, Asyfa nak solat asar sekejap. Dah masuk waktu ni. Kalau Asyfa nak solat kat rumah aunty boleh tak? Kalau tak boleh takpe", tanya Asyfa sambil tersenyum mesra.
"Ehh boleh boleh, kenapa tak boleh pulakk, aunty anggap Asyfa ni dah macam anak aunty sendiri tau. Ha pergi kat tingkat dua, ada bilik yang berhadapan dengan tandas. Tu bilik solat, Asyfa boleh solat kat situ. Nak rehat rehat sekejap kat situ pun boleh", balas Puan Rosalyn panjang sambil terseyum lebar. Di dalam hati Puan Rosalyn, dia sudah terharu dengan sifat Asyfa yang selalu menunaikan solat awal waktu. Haihh, bila lah anak aku nak jadi macam ni agaknya?
"Baik aunty. Terima kasih, ya", kata Asyfa sambil tersenyum nipis. Sebenarnya dia nak rehat dalam bilik solat sebab ramai sangat orang kat luar. Ingatkan classmate je Fayyad jemput. Sekali family besar spain dia tu mai sekali der.
..
Setelah selesai menunaikan solat fardu asar, Asyfa duduk berehat di atas sofa yang disediakan di dalam bilik itu. Fayyad mungkin tengah busy melayan tetamu dan keluarga nya. Maklumlah dia dah lama tak jumpa family dia tu.
Setelah puas berehat disitu, dia mengambil keputusan untuk turun ke bawah. Nanti orang kata apa pulak kan duduk lama lama kat situ.
Asyfa membuka pintu bilik tersebut apabila mahu turun ke tingkat bawah semula. Namun, perbuatannya terhenti disitu.
"Allahu akbar..", gumam Asyfa perlahan. Matanya sudah mengalirkan cecair jernih.
Hatinya bagai disiat siat melihat apa yang sedang berlaku di hadapan matanya sekarang.
...
YOU ARE READING
Luka Asyfa | [SU]
Romance⚠️ cringe alert • penulisan santai • cerita ni memang rilek" je dijamin konflik tidak berat. Insha allah. HAHAHAHA •Tajuk dan cover tak tetap. Akan diubah semula. Ni sementara je. •jangan ambil sirius, tulis suka-suka je. ⚠️ Maafkan saya atas segal...