e i g h t

7 1 1
                                    

ASYFA menyusun pinggan-pinggan yang dicucinya di rak pinggan. Setelah selesai mengemas bahagian dapur, dia perlu mengemas ruang tamu pula.

Asyfa mengeluh perlahan melihat keadaan ruang tamu rumahnya itu. Bersepah dengan barang mainan adik-adiknya. Sudah tentulah ini kerja Aisara dan Aisar, sepasang kembar bongsu itu. Nak marah tu memanglah, tapi kena sabar. Haih.

Apabila selesai mengemas ruang tamu, dia berehat di atas sofa. Ya allah, penatnya hanya Allah saja yang tahu.

Asyfa bangun dati tempat duduknya setelah dia memgambil keputusan untuk mandi. Itulah rutin harian nya, balik rumah, kemas rumah dulu, lepastu baru mandi.
Asyfa bergerak menaiki tangga ke tingkat dua menuju ke bilik tidurnya setelah dia mendengar bunyi enjin kereta bapanya memasuki perkarangan rumah.

..

Usai mandi dan memakai pakaian, dia duduk di atas katilnya. Telefon nya yang tidak habis-habis mengeluarkan bunyi apabila notification masuk. Dia mengambil telefonnya dan membukanya.

Mesej dari...ibu?

"Akak"

"Tolong ambilkan Aisar dan Aisara dekat tadika, mama tak boleh nak ambil diorang, ada meeting."
"Lepas hantar Aisar dan Aisara ke rumah, ambil Aura dekat rumah aunty Rosalyn, dia tumpang anak aunty Rosalyn tadi"

Asyfa mengeluh perlahan. Hm baru je plan nak buat kerja sekolah. Hm tak apalah.

..

Jam 6 petang.

Setelah Asyfa selesai menghantar sepasang kembar bongsu itu ke rumah, dia memandu motosikalnya ke rumah aunty Rosalyn memandangkan adik perempuannya, Aura menumpang kawan baiknya, Fareha yaitu anak kepada aunty Rosalyn dan merupakan adik perempuan Fayyad. Sedang dia memandu ke rumah aunty Rosalyn, dia berdoa di dalam hati supaya dia tidak terserempak dengan Fayyad di rumahnya nanti.

..

Asyfa turun daripada motosikalnya. Dia bergerak menuju ke pintu utama rumah aunty Rosalyn itu memandangkan pintu pagar terbuka luas.

"Assalamualaikum..",

"Waalaikumussalam..", seorang gadis berambut merah burgundy menjawab.

Aik..ini..

Perempuan berambut merah dengan Fayyad haritu!

Kenapa dia ada kat sini?

Ah. Itu bukan urusan kau, Asyfa!

Asyfa cuba mengawal riak wajahnya supaya kelihatan tenang. Tidak mahu menunjukkan bahawa dia sedang terkejut beruk.

"Aura ada?", Asyfa menyoal sambil senyuman mesra menghiasi wajahnya.

"Siapa-"

"Eh, akak!", belum sempat gadis berambut merah itu hendak membalas, Aura dan Fareha muncul di hadapan muka pintu.

Gadis berambut merah tadi pula memandang Asyfa sekilas dan kemudian meninggalkan mereka. Aik? Cepatnya blah. Asal dia pandang aku macam tu?

"Ala, akak..duduk lah sini dulu..Aura tak puas lagi ni main..", Ujar gadis berumur 13 tahun itu. Tak sempat lagi aku nak ajak dia balik, dia dah cakap dulu.

"Haah, kak..Takpe, meh la masuk dulu", kata Fareha pula.

Asyfa kematian kata lalu hanya mengikuti apa yang dicadangkan oleh mereka. Dia duduk di atas sofa sambil melihat Aura dan Fareha berbincang tentang sesuatu di atas meja berdekatan.

Asyfa berasa kebosanan, jadi dia meminta kebenaran daripada Fareha untuk menggunakan tandas di rumah mereka.

Setelah selesai melakukan apa yang patut, dia bergerak keluar dari tandas tersebut. Tiba-tiba bunyi deringan telefon dari dalam poket hoodie nya berbunyi. Dia mencapai telefon dari dalam poketnya dan mengangkat panggilan itu tanpa melihat siapa yang menelefonnya.

"Hello?"

Buk.

"Aduh"

Asyfa menggosok dahinya perlahan. Aduh siapa pulak berani langgar aku ni? Memang nak kena!

Asyfa mendongakkan kepalanya sedikit.

A-a..

Andre..?


Luka Asyfa | [SU]Where stories live. Discover now