f i v e

7 2 1
                                    

PAGI menjelma lagi. Kepala nya pusing, matanya bengkak, badan nya juga terasa  lemah. Pasti dia tidak berdaya untuk ke sekolah hari ini.

Asyfa menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk bangun dari katil nya itu. Kaki dijejakkan ke ruang tamu.

"Mama, akak rasa tak sihatlah hari ini. Kalau akak tak pergi sekolah hari ni boleh?",  tanya Asyfa dalam keadaan lesu dan tidak bermaya.

"Meh sini mama tengok. Eh tak panas pun dahi kamu ni. Alah, tak sihat apa nya macam ni. Dah dah jangan nak berlakon, pergi bersiap-",  belum sempat Puan Aisara menghabiskan katanya, Encik Affan memotong laju.

"Kau jangan nak buat drama, aku bayar yuran sekolah kau tu mahal-mahal suka hati pulak nak ponteng. Kau pergi bersiap sekarang!",  jerkah Encik Affan kuat.

Asyfa hanya tersenyum segaris sebelum dia naik ke tingkat atas untuk bersiap siap ke sekolah. Sudah lali dengan situasi ini.

Memang nak kena tunggu demam dulu baru nak dikira sakit?  Dah aku kata aku sakit memang sakitla, Memang nak kena tunggu aku mati dulu baru nak percaya yang aku sakit?  Monolog Asyfa dalam hati sendiri. Air matanya yang sudah mengalir dari tadi dibiarkan.

..

"Murid murid, hari ni kita ada seorang pelajar baru. Andre, sila perkenal kan diri".

"Wuish, bapak hensem gila siak",

"Crush baru akuu",

"Eleh aku lagi hensem",

"Mat saleh siot",

"Lawa gila mat mata dia",

"Aku cop yang ni dulu!",

Kelas 5 sains itu dipenuhi dengan bisikan bisikan para pelajar.

"Hi. Im Andre . Originally from spain and I can speak malay.",  kata Andre singkat dan padat.

"Ohh Andre, jodohkuu",

"Wuiyo speak-speak english wo",

"Dia ni tak qeti cakap melayu ka padia",

"Eee, merdu nya suara diaa!",

"Uish spain wehh, mesti dia ni mafia macam dalam wattpad",

Sekali lagi kelas itu dipenuhi bisikan pelajar lain. Andre hanya diam mendengar bisikan mereka. Heh, gila betul.

"Andre, sila duduk di sebelah Asyfa. Maaf lah ya, disitu sahaja ada meja kosong",   kata Cikgu Amira singkat.

Andre hanya menganggukkan kepala nya sekali dan terus bergerak ke tempat duduknya.

Asyfa yang tidur lena dari tadi terjaga dan mengangkat kepala nya apabila menyedari seseorang telah duduk di meja kosong sebelahnya itu.

Asyfa terlampau terkejut sehingga  membeliakkan matanya sambil mulutnya terlopong. Alangkah terkejut nya dia apabila menyedari jejaka yang duduk disebelahnya itu adalah jejaka yang dia bertemu semalam. Apa tah nama dia tu, hah Andre!

Andre berekspresi biasa sahaja apabila melihat espresi wajah Asyfa yang begitu. Dalam hatinya sudah ketawa berbahak bahak melihat ekspresi wajah gadis disebelahnya begitu. Hodoh gila!

Asyfa menggosokkan mata nya berkali kali lalu memandang jejaka di hadapannya itu atas bawah. Betul ke apa yang aku nampak ni? Sepupu Fayyad?!

Nasib baik lah Fayyad tidak hadir hari ini. Dia belum bersedia untuk bersemuka dengan Fayyad selepas kejadian yang dilihatnya semalam.

Andre mengerutkan dahinya. Eh dah kenapa perempuan ni?  Muka macam nampak beruk terlepas je?

Asyfa menjarakkan kerusi nya sedikit kerana mahu menjaga batas. Amboi kau,  Masa dengan Fayyad dia sentuh sini sentuh sana kau diam macam batu aje!

Andre yang melihat aksi Asyfa itu segera menjarakkan juga kerusinya. Dia tahu gadis disebelahnya itu tidak selesa apabila
dekat dengan lelaki bukan mahram.

..



WAKTU rehat telah tiba. Semua murid keluar dari kelas menuju ke kantin. Kini hanya tinggal Asyfa seorang diri di dalam kelas. Dia terlalu penat untuk turun dan naik tangga. Dahla kelas kat tingkat 4 woi, boleh pengsan!

Apa yang ada difikirannya adalah dia mahu tidur. Semalaman dia tidak tidur. Dah mata taknak pejam nak buat macam mana!  Hari ini pula matanya bengkak dan mukanya pucat. Dah macam mayat hidup.

Pasti minggu ini dia akan mendapat gangguan tidur seperti sebelum ini. Huhu. Terseksanyaa.

Asyfa mencapai botol air nya apabila tekaknya terasa kering. Dia juga ada bawa biskut dari rumah. Nak taknak kena makan juga, walaupun tiada selera. Nanti gastrik dia juga yang susah. Nak balik macam mana nanti nak kena bawak moto lagi!  Haih, hidup memang melelahkan.

Dia baru perasan ada beberapa buku tersusun di atas meja milik Andre. Uish, nak usik sikit boleh?

Sebuah buku latihan milik Andre dicapainya.

Nama: Andre Eleandro Leovanni.
Kelas: 5 sains.

Wow. Bapak panjang gila nama dia. Kalau aku panggil dia Eleandro mesti kelakar kan? AHAHAHAHA. Eh jap. Lawa jugak tulisan mamat ni. Tak boleh jadi ni. Asal lagi lawa dari tulisan aku. Eh, takleh jadi takleh jadi.

Asyfa meletakkan semula buku milik Andre di tempat asalnya. Dia mahu melelapkan matanya semula. Sumpah penat!

..

Krringgg!

"Bangunnn, terima kasih cikgu!",

"Terima kasih, cikgu!",

Pelajar yang lain sudah turun ke makmal apabila mendapat arahan daripada guru untuk ke sana. Tinggallah Asyfa seorang di dalam kelas itu.

Selesai mengambil apa yang patut, Asyfa menuruni tangga satu persatu. Elok sampai di tingkat tiga, tiba tiba kepala nya terasa berat dan sakit yang amat sangat. Penglihatan nya mula kabur dan gelap lalu dia badannya rebah di koridor tingkat tiga itu.

..

Andre's POV.

Andre keluar dari tandas lelaki di tingkat tiga itu setelah selesai membuang hajat. Fuh lega mat.

Dia terkejut apabila melihat seorang gadis terbaring di atas lantai koridor tingkat tiga itu. Pasti gadis ini pengsan. Tebaknya.

Andre tersentak. Gadis ini. Gadis yang duduk disebelahnya di dalam kelas. Sepanjang sesi pembelajaran tadi, mereka langsung tidak berkomunikasi, jadi dia tidak tahu nama gadis itu. Gadis itu juga kelihatan tidak sihat. Matanya bengkak malah muka nya juga pucat habis. Macam mayat hidup.

Oh, semalam di rumah Fayyad, dia mahu menunaikan solat asar, jadi dia naik ke tingkat atas. Ada orang lain yang sedang menggunakan bilik solat itu, jadi dia hanya menunggu di sofa. Tidak sangka pula ada aksi 18+ disitu. Dan dia lebih terkejut apabila melihat gadis yang berniat untuk keluar dari bilik solat itu mengalirkan air matanya disitu. Seakan akan kecewa dengan sepupunya, Fayyad. Siapa dia agaknya, ya?  Girlfriend Fayyad mungkin?  Tekanya.

Andre buntu. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan nya sekarang ini. Tiada siapa yang lalu lalang disini. Macam mana nak minta bantuan ni, haih. Takkan nak dukung pula gadis ini?  Terasa berdosa pulak kalau dia berbuat begitu. Sudahlah tidak pernah menyentuh mana mana gadis bukan muhrim seumur hidupnya. Dia mahu bakal isteri nya yang sah akan menjadi orang pertama yang disentuhnya.

..

Luka Asyfa | [SU]Where stories live. Discover now