e l e v e n

8 2 2
                                    

Hari persekolahan berjalan seperti biasa. Namun ada satu perkara yang sedang mengganggu pemikiran Asyfa.

"Weh, tu bukan ke girlfriend mamat spain tuh?",  bisikan daripada beberapa orang pelajar yang lalu lalang di hadapan kelas 5 sains itu menyapa deria pendengaran Asyfa.

Ya. Benar.

Dia sudah femes.

Sebagai gepren kepada Andre.

Haih. Rasa macam nak terjun baggunan sekarang.

Asyfa hanya mengabaikan bisikan pelajar-pelajar tersebut.

"Cantik ke doh dia"

"Takde ah lawa mana"

"Tah, aku lawa gi"

Itulah perkataan yang selalu didengarinya setiap hari. Lantak korang lah.

Andre pula? Dia pun buat bodo aje. Aku pun malas ler nak layan.

Buku teks fizik di tangannya ditenung semula. Hm bila nak balik ni?

Andre di meja sebelahnya hanya diam menyiapkan beberapa latihan di dalam buku latihan miliknya.

Di dalam kelas itu, hanya Asyfa dan Andre sahaja. Sebab itulah orang yang lalu lalang pun ingat dua orang ni betul-betul tengah dating.

Perkara biasa bagi Asyfa, waktu rehat je, duduk dalam kelas, makan biskut.

Yang Andre pulak? Hm entahla kat mamat ni. Sibuk je tiru aku. Nak tidur pun malu pula aku.





"Asyfaaa~"

Suara meleret yang entah datang dari mana menyapa deria pendengaran milik Asyfa. Kenal sangat suara siapa ni.

Siapa lagi kalau bukan Fayyad.

Pipi kanan Fayyad yang lebam sehingga bewarna biru keungguan itu dipandang lama.

Pftt, ini mesti Andre yang buat.



"Tu pipi kenapa?"  Senyuman manis ditarik. Sengaja Asyfa menanyakan soalan bodoh itu walaupun dia sudah tahu dari awal.

"Err..takde apala-"

"Tu hadiah khas untuk orang bodoh yang ceroboh masuk bilik aku",  belum sempat Fayyad membalas, Andre terlebih dahulu memotong.

"Eh tapi tu rumah ak-"

"Rumah mama kau". 


Asyfa hanya diam disitu bagaikan patung. Alahai. Kenapalah aku terlibat sekali.

Fayyad hanya menjulingkan matanya keatas. Ee annoying betulla mamat tak guna ni.


"Asyfa, you nak tam datang rumah i esok? Tolong-tolong mama i. Abang i nikah esok",


Eh tak malu pula suruh orang tolong mak dia.


"Hah? Oh boleh aje. Saya free aje esok", 

"Bawak je adik you Aura tu. Mesti Fareha excited  ada dia nanti",

"Oh haah. Boleh je nak bawa dia. Nanti saya tanya mama saya dulu",

"Cun! Makin sayang lah i dekat you macam ni!"  Fauyad mengusik sebelum Asyfa tersenyum malu.

Fayyad mengalihkan pandangannya ke arah Andre yang sedang membuat beberapa latihan di dalam buku. Ek eleh mamat ni, acah rajin pula.


"Ha kau, tak payah datang. Kau tak dijemput",  Fayyad menjeling Andre dengan senyuman mengejeknya.

Eh apa kena ngan bapuk ni. Aku duduk rumah sekali ngan kau la gila.

Andre hanya mengabaikan kata-kata bodoh Fayyad. Menda mamat ni. Nak pipi sebelah kiri lebam pulak ke?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Luka Asyfa | [SU]Where stories live. Discover now