SETTE

65 4 0
                                    

Malam,

Tengku Idlan naik ke atas menggunakan tangga sehingga sampai di lift yang tersangkut.

Terlihat beberape anggota bomba yang cuba menyelamat Dhia yang tersangkut didalam lift itu.

Dhia tidak berhenti menangis sehinggalah ia pengsan kerana cemas dan tenaganya berkurang.

"Tuan tolong selamatkan dia." Tengku Idlan takut akan kehilangan Dhia ia sendiri tidak sanggup.

Setelah beberape jam anggota bomba cuba berusaha untuk membuka pintu lift itu akhirnya terbuka juga.

Tengku Idlan terkejut terlihat Dhia yang sudah terbaring pengsan didalam lift.Terus Tengku Idlan menuju ke arah Dhia.

Tengku Idlan mendukung Dhia keluar dari lift dan dibawa turun menggunakan tangga.Dan Tengku Idlan menyuruh guard disitu selesaikan apa yang patut.

"Dhia please jangan tinggalkan aku! aku perlukan kau!" Tengku Idlan tidak lepas mengengam tangan Dhia yang langsung tidak sedarkan diri.

Tiba dihospital langsung terus Dhia dibawa ke ward untuk memeriksa keadaannya.

Tengku Idlan berharap keadaan Dhia baik-baik sahaja.

Lalu ditelefon Tengku Husna untuk memberi tahu keadaan Dhia

"Assalammualaikum mummy." Tengku Idlan memberi salam kepada Tengku Husna.

"Walaikummusalam Id macam mana? Dhiaokey?" Lalu Tengku Husna pun menjawab.

"Dhia okey cuma dia pengsan sekarang ni Id ada dekat hospital temankan dia doktor still tengah check keadaan dia." Ujar panjang lebar Tengku Idlan menceritakan kepada Tengku Husna.

"Alhamdulilah! syukur ya allah! Takpe tunggu mummy dengan Daddy pergi sana tunggu ya!" Kata Tengku Husna lalu mematikan telefon.

Seorang Doktor perempuan yang memeriksa Dhia keluar mencari Tengku Idlan.

"Encik, Keadaan Cik Dhia stabil cuma kami perlu tahan dia 2-3 hari macam tu pantau keadaan dia dan kami dah pindahkan dia ke ward biasa Encik Idlan bolehlah melawat dia."Kata Doktor wanita itu yang berumur sedikit.

"Terima kasih doktor." Kata Tengku Idlan lalu menunduk hormat.

Tengku Idln menuju ke ward peribadi Dhia untuk melihat keadaan Dhia.

"Syukur kau selamat."Kata Tengku Idlan dengan berbisik dan Muncul wajah senyum Tengku Idlan melihat Dhia dalam keadaan baik sahaja.

"Kalau lah aku ada sekali tadi mesti semua ni tak jadi dekat kau." Tengku Idlan kesal kerana ia pulang awal kerana merajuk dengan Dhia.

"Aku janji lepas ni aku takkan biarkan kau berseorangan aku akan jaga kau, itu janji aku selamanya Dhia."Kata Tengku Idlan dengan berjanji pada dirinya ia takkan pernah meninggalkan Dhia walau dalam keadaan apa sekali pun.

"Aku takkan benar ada satu pun luka dibadan kau...tiada siapa akan berani sentuh kau." Tengku Idlan teragak-agak untuk mengusap pipi Dhia.

Tiba-tiba jari Danisha bergerak bertandakan ia sudah sedar dari pengsan

"Dhia?" Tengku Idlan memanggil Dhia

"Saya dekat mana ni?" Tangan Dhia melindung silau dengan cahaya lampu hospital.

"Kau dekat hospital.Kau pengsan dalam lift tadi tapi Alhamdulilah kau selamat." Kata Tengku Idlan yang melihat Dhia masih dalam keadaan lemah.

"Terima kasih sebab datang selamatkan saya kalau tidak saya tak tahu jadi apa...Dan..saya nak minta maaf pasal pagi tadi." Kata Dhia sambil memandang wajah Tengku Idlan.

DUDA ITU MILIKKU( ON GOING)Where stories live. Discover now