TREDICI

69 3 7
                                    

"Takde apa.Aku okey je." Kata-kata Dhia bermain difikiran Aleeya.

Aleeya masih memikir tentang kawannya baiknya itu.Aleeya takkan biar Dhia menghadap masalah seorang diri.
_______________________________________

"Sayang?"Tengku Idlan mencari rata kelibat Dhia.Sehingga ditegur oleh Tengku Husna.

"Cari Dhia? Dhia dah balik."Kata Tengku Husna yang tengah perbetul tudungnya.

"Dah balik? Bila dia balik? Kenape dia tak cakap dekat Id yang dia nak balik? Dia balik dengan siapa mummy?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir Tengku Idlan.

Tengku Husna menjeling.

Dah balik barunya nak tercari-cari tadi dibiarkan Dhia sorang-sorang.

"Maaf tadi Id-"

"Sibuk pujuk Mia?!"

"Mana ada,mummy."Kata Tengku Idlan dengan wajah biasa.

Potong jari lah dia nak pujuk si Mia tu lambat lagi.

"Dhia masih terasa apa yang Mia kata tadi.Kesian dekat Dhia.Siapa yang ajak Mia datang sini?"

Tengku Idlan hanya diam.Kunci kereta dicapai lalu keluar begitu sahaja.

"Id nak pergi mana malam-malam ni!"Jerit Tengku Husna dari arah tangga.

"Nak cari Dhia!"Jawab Tengku Idlan.

"Gila bayang betul anak awak ni,Husna."Kata Tengku Qalif yang berdiri disebelah isterinya

Tengku Husna menjeling Tengku Qalif.

"Macam awak lah! ish!"Kata Tengku Husna lalu meninggalkan suaminya berseorangan.

"Tinggallah saya sorang-sorang saya cari lain baru tahu!"Usik Tengku Qalif sambil menahan katawa.

"Buatlah kalau berani!"Jawab Tengku Husna dengan nada kuat.

Tengku Idlan memarking kereta didepan rumah Dhia.

Tingkap bilik Dhia dipandang.Gelap.Tangan sibuk mendail number Dhia.

Telefon ditekap pada telinga.Tapi hampa! Hanya voice mail yang masuk.

Tengku Idlan turun dari keretanya.Berkali-kali dia menekan lonceng rumah.

Akhirnya Dhia keluar membuka pintu dan menuju ke arah Tengku Idlan yang berdiri didepan pintu pagar.

"Sayang,Kenape ni? Dhia terasa apa yang Mia cakap?"Kata Tengku Idlan sambil memandang ke arah Dhia.

"Takde apa.Sayang cuma tak sihat itu je."Jawab Dhia.

"Aba-"

"Dhia nak masuk.Nak tidur.Esok nak teman mummy."

Belum sempat Tengku Idlan berkata apa-apa Dhia memotong lebih dahulu.Dhia masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa.

Tengku Idlan meninggalkan bunga diatas pagar lalu pulang begitu sahaja.

Tengku Idlan pulang dengan wajah biasa.Hanya perasaan sedih menemani.

Tengku Rykal yang berada diruang tamu itu perasan dengan kehadiran Tengku Idlan yang baru pulang.

"Pujuk tak termakan ke?Abang duda?"Kata Tengku Rykal yang sengeh ke arah Tengku Idlan

"Diamlah kau."Marah Tengku Idlan.

"Pujuklah lagi.Aku bukan apa takut disambar dengan buaya."

"Ni semua salah Mia!"Marah Tengku Idlan lagi lalu menyenbam mukanya disofa.

DUDA ITU MILIKKU( ON GOING)Where stories live. Discover now