PROLOGUE

150 10 0
                                    

Pak, Pak, Pak !

Bunyi kompang dipalu dengan meriah menandakan ketibaan tetamu jemputan untuk merasmikan majlis watikah perlantikan pengawas

"muka kau cover sikit jangan nak ketat sangat" bisik seorang remaja lelaki disebelahnya

"Ish, saya tahu la" balasku

Ehem!

Bunyi Inspektor Zulkifli berdehem dari atas pentas untuk membetulkan suaranya membuat kami terus senyap

Usai sahaja Inspektor Zulkifli selesai memberikan ucapan. "Psst" Terdengar satu suara berbisik. Aku berpaling

"Hani, Inspektor Zulkifli tu hensem doh!! Macho gila!!" bisik girang Amalyn yang merupakan teman baik Hani sejak sekolah rendah lagi

"Shupp diam la weh, tak boleh bercakap nak kena lempang dengan Teacher Nisa ke?" bisikku

"Ish kau ni!" ucap Amalyn dengan nada merajuknya. Aku yang melihatnya hanya menggeleng kepala

Aku berasa kepalaku berdenyut, mungkin kerana panas terik tambahan pula kami berdiri betul-betul di bawah matahari

Berkali-kali aku mengedipkan mata, agar tidak tertutup, jika dibiarkan tertutup sudah tentu dia akan tumbang di tengah-tengah majlis ini

Pak, Pak, Pak!

Dan bunyi kompang kali kedua menandakan berakhir sudah majlis watikah perlantikan pengawas ini, aku memicit kepalaku yang semakin berdenyut, aduh masa ni jugak la nak sakit kepala!

"Hey girl, kau okay?" tanya seseorang. Aku berpaling untuk melihat siapakah orangnya. Oh dia ni! lelaki yang disebelahnya tadi

"Saya okay" sekilas aku senyum seolah olah berkata 'terima kasih sebab bertanya'

"Betul ni? Dari tadi aku nampak muka kau pucat" tanya remaja itu lagi

"Ye betul, saya o-" pandangan aku mulai kabur dan lututku juga berasa longgar.

BRUK! Aku jatuh di pelukan seseorang tanpa sengaja dan pengsan

----------------------------------------------------------

Aku perlahan-lahan membuka mata, melihat sekeliling tempat, dia seperti di.. ya! dia di bilik kesihatan sekolah menengahnya

aku melihat ke sisi, terlihat seorang remaja lelaki yang sedang membaca buku di sofa menunggu

aku ingin bangun untuk mengambil minuman tapi badan aku tidak memberi kerjasama.

"Awak" panggilku kepada remaja lelaki itu

Dia berpaling, bangun dan berjalan kearah ku. Dia membuka penutup botol air mineral dan memberikan kepada aku.

"Terima kasih" aku terus minum, haus sangat!

lelaki itu hanya mengangguk lalu ingin keluar dari bilik kesihatan ini.

"Awak! Tunggu!" jerit aku menghentikan langkah remaja itu

"Saya Hani Aiesya, nama awak apa?" soalku

"Airiel Aqasha, aku cau lu" Airiel berlalu pergi

"Airiel Aqasha.. handsome nama macam tuan dia" aku senyum tersipu malu. Eh aku ni dah kenapa? Jatuh cinta ke?

CINTA TERAKHIR | OGWhere stories live. Discover now