BAB 9

35 2 0
                                    


Setelah semuanya kembali tenang, Puan Emelda memaksa Airiel dan Hani untuk mempercepatkan majlis pernikahan mereka. Katanya, perkara yang baik tidak elok dilengahkan. Dengan pasrah, majlis mereka dia percepatkan sebulan selepas Hani kembali bekerja. Kini, sudah masuk bulan yang kedua Hani masuk ke tempat kerjanya semula, bermaksud minggu inilah Hani akan berkahwin dengan seorang lelaki yang bertakhta di hatinya, Airiel.

"Airiel Aqasha Bin Amie Amizy" ucap tok kadi yang sedang bersalaman dengan Airiel

"Ya saya" jawab Airiel dengan agak gugup. Biasalah pertama kali baginya

"Aku nikahkan engkau dengan Hani Aiesya Binti Ahmad Zacky dengan mas kahwinnya sebanyak RM 3000 tunai" ucap tok kadi dengan sekali nafas membuat jantung Hani bergetar dan terkedu kerana dia seakan tidak percaya bahawa dia akan bersuami selepas ini

"Aku terima nikahnya Hani Aiesya Binti Ahmad Zacky dengan mas kahwinnya sebanyak RM 3000 tunai"  dengan sebak Airiel melafazkannya, seolah-olah menerima satu tanggungjawab dan amanah yang besar dalam hidupnya.

"Sah!" Ketiga-tiga saksi mengatakan 'sah' maka sahlah perkahwinan mereka berdua.

Hani dapat menangkap sorot mata Airiel yang sedang menitiskan air mata disaat mengaminkan doa tok kadi dengan serta merta Hani turut menitiskan air mata.

Selesai sahaja Airiel solat Az-Zawaj (صلاة الزواج) yang merupakan solat sunat bagi menandakan kesyukuran kepada Allah SWT bagi setiap pasangan suami isteri yang baru sahaja memulakan alam rumah tangga. Dia duduk di hadapan Hani yang bersedia untuk sesi batal air sembahyang.

Airiel menyarungkan cincin emas yang berkilau cantik di jari manis kanan Hani dengan perlahan, lalu Hani menyalami tangan milik Airiel beserta elusan lembut pada kepala Hani. Kemudian Hani menyarungkan cincin perak yang sama padan dengan jari manis kiri Airiel.

Airiel mengucup lama dahi Hani seolah olah menyalurkan rasa sayang dan cintanya pada sang pujaan hati.

Rasa syukur yang tak terkata apabila seseorang yang ditunggu-tunggu selama ini sudah menjadi miliknya.

-----------------------------------------------------------

Selesai sahaja majlis akad nikah yang dijalankan pada petang hari itu, mereka terus pulang ke rumah. Airiel membawa Hani ke rumah banglonya sendiri kerana lebih dekat dengan tempat majlis resepsi yang akan dilakukan malam esok.

"Tuan.." panggil Hani

"Call me abang, sayangku" ucap Airiel tanpa nada

"Okay, abang" Hani tersenyum sambil menatap wajah Airiel yang sedang memandu

"Abang, Nini nak minta sesuatu boleh?" Ucap Hani

"Nak apa sayang?" Tanya Airiel

"Boleh tak sebelum sampai rumah, kita singgah drive thru McD boleh? Nini nak makan burger please" Minta Hani dengan wajah dimanjakan.

"No fastfood, sayang" tegas Airiel. Keluarga Airiel memang mementingkan kesihatan, fastfood memang sangat jarang didengari semasa dia dirumah agam keluarga Airiel.

"Please abang" Pujuk Hani sedaya upaya, dia memang sudah lama tidak makan makanan ringan. Dia teringin.

Airiel menggeleng. Dan tetap focus pada pemanduannya itu.

"Abang, stop dekat tepi jalan sekejap" Ucap Hani dengan mengejut. Airiel menatap Hani dengan penuh tanda tanya.

"Kenapa sayang?" Tanya Airiel. Dia mencari ruang selamat di tepi highway untuk berhenti.

Sebaik sahaja Airiel berhenti ditepi jalan yang sunyi daripada kenderaan, tanpa aba-aba Hani melakukan sesuatu yang luar daripada jangkaannya sendiri.

Hani duduk diatas paha Airiel dan mengalungkan tangannya di leher suaminya. Jika dengan cara begini dia akan dapat apa yang dia inginkan, dia sanggup walaupun gementar separuh nyawa.

Airiel yang melihat tindakan Hani itu, hanya memejamkan mata dan memeluk erat pinggang isterinya. Sungguh dia terkejut dengan tindakan Hani yang diluar jangkaannya.

"Abang..." Panggil Hani dengan suara yang dimanjakan. Dia mengelus bidang dada milik suaminya. Tangan yang menggeletar cuba dia kawal. Airiel mengeratkan pelukannya pada pinggang Hani. Terkesan dengan apa yang dilakukan oleh Hani.

"Abang..." Panggil Hani lagi. Tangan Hani menurun ke bahagian bawah iaitu abdomen dan memainkannya dengan jari. Airiel menelan liurnya kelat. Jika berlama-lama begini dia tidak dapat menahan dirinya daripada melakukan sesuatu yang melampaui batas. Eh, kenapa pula melampaui batas? Mereka bukan kah sudah menjadi suami isteri?

"Abang...jawab la" Panggil Hani yang masih dengan dunianya. Niatnya ingin memujuk Airiel untuk membelikannya McD, tapi sebaliknya dia terpengkap dengan permainannya sendiri. Dia menghayati masanya dengan Airiel pada situasi seperti ini. Bukan selalu dapat keberanian ni.

Tangan Hani semakin turun ke bawah dan bawah lagi sampailah pada tali pinggang yang berwarna hitam milik Airiel. Hani memainkan tangannya dia bahagian itu.

Airiel berusaha menahan diri. Apabila tangan Hani sudah menyampai di tali pinggang. Dia dengan berani, membuka mata lalu menatap dalam sepasang mata milik Hani yang sedang melihat kearahnya. Matanya turun pada bibir mungil milik Hani. Tanpa memerlukan masa yang panjang, Airiel terus menyambar bibir Hani dengan lembut.

Mereka berdua dihanyutkan dengan perasaan cinta dan nafsu secara beriringan. Ciuman biasa tadi semakin lama menjadi agresif dan ganas. Tangan Airiel mulai naik dan sedikit menekan pada leher Hani.

Selepas beberapa minit, Airiel melepaskan ciuman panas itu. Mereka tersedar! Mereka ini didalam kereta bukan dirumah! Airiel kembali menatap mata bulat lagi cantik milik Hani dengan dalamnya. Hani sudah menahan malu dengan tatapan Hani. Airiel terkekeh kecil melihat wajah merah Hani, baginya sungguh comel!

"I'm sorry, abang" ucap Hani. Tindakannya tadi memang diluar kawalan. Hani mahu turun daripada duduknya di atas paha Airiel tapi ada satu tangan dipinggang Hani menghalang tindakannya.

Airiel mendekati mulutnya ke telinga Hani kemudian berbisik "Kita sambung dekat rumah nanti" Airiel tersenyum nakal apabila melihat wajah Hani kembali merah. Dengan cepatnya Hani turun dari paha Airiel dan duduk kembali di tempat nya. Mujur Airiel tidak menahannya.


Jangan lupa votee yaaa

CINTA TERAKHIR | OGWhere stories live. Discover now