BAB 3

86 10 0
                                    

Puan Emelda membawa dulang yang berisi air oren sejuk dan meletakkan di atas meja dihadapan Hani. Kemudian dia duduk di sebelah Hani.

"Kita belum berkenalan lagi, nama mama Emelda panggil mama je. Nama sayang?" tanya Puan Emelda sambil mengelus lembut tangan Hani

"Nama saya Hani Aiesya, puan eh mama.. maafkan saya" Hani senyum kekok kerana dia belum terbiasa dengan panggilan 'mama' kepada orang lain

"Hani Aiesya.." mata Puan Emelda membulat. Pandangannya terus beralih kepada Airiel. Airiel hanya menundukkan kepala. Mamanya faham lalu kembali menatap Hani sambil tersenyum.

"Cantik nama kamu sayang, macam tuan punya badan" Puan Emelda mengelus lembut rambut perang Hani. Hani menatap mata Puan Emelda, dia dapat merasakan bahawa mereka sedang menyembunyikan sesuatu tetapi siapakah dia jika ingin bertanya. Mungkin ia adalah hal peribadi, lebih baik dia tidak masuk campur

"Terima kasih mama" membalas senyuman Puan Emelda.

"Jom ke dapur, mesti kamu semua dah lapar kan?" Puan Emelda bangun dari tempat duduknya dan membawa Hani ke ruang makan

"Jemput duduk Hani, jangan malu malu" Hani hanya menurut. Dia duduk di salah satu kerusi. Tiba tiba ada seseorang menarik kerusi di sebelahnya untuk duduk. Hani melihat ke sisi, oh Airiel rupanya ingatkan sapa la tadi

-----------------------------------------------------------

Setelah selesai sahaja mereka makan bersama, Airiel terus meminta izin untuk terus ke tapak projek. Dia tidak tahan untuk menahan sakit hati melihat abangnya mengganggu Hani. Mujur Hani tidak melayan, kalau tidak habis nasib gadisnya itu

"Tuan, lambat lagi ke nak sampai?" tanya Hani. Hampir 2 jam mereka di dalam kereta, Hani mengantuk tapi ditahannya

Airiel melihat ke arah Hani, Dia tahu gadis itu sedang menahan ngantuk. Dia menghentikan keretanya di tepi. Dia keluar daripada perut kereta dan menuju ke bonet kereta untuk mengambil selimut, sebaik sahaja menemukan selimut dia terus masuk ke dalam kereta kembali. Hani yang melihat Airiel itu heran, berhenti kereta semata mata nak ambil selimut?

Airiel melempar selimut yang dipegangnya tadi ke arah Hani. Airiel mendekatkan dirinya kepada Hani.

"just sleep, we still have a long way to go girl" bisik Airiel tepat di telinganya. Hani menelan ludahnya kasar. Dia ni dah kenapa, senget ke?

Airiel kembali ke tempat pemandu dan menjalankan keretanya. Hani sedikit terpaku. Jantungnya berdebar, oh tidak janganlah!

Perjalanan masih diteruskan, sekali sekala Airiel melihat ke arah Hani sudah terlelap dengan selimut tebal miliknya.

Airiel berhentikan keretanya di sebuah stesen minyak untuk membeli air mineral dan sedikit biskut. Airiel melepaskan seatbelt nya, dan menatap Hani yang masih lagi setia dengan tidurnya. Dia mengamati wajah yang dia mencari sekian lamanya, dan hari ini dia menemukan orang yang sudah mencuit hatinya ketika dia di sekolah menengah dulu. Lebih tepat lagi, orang yang terpenting dalam hidupnya.

Tangannya mengangkat untuk mengelus rambut Hani terhenti apabila tidur Hani sedikit terganggu. Airiel menepuk pelan bahu Hani agar tidak terjaga daripada tidurnya. Hani mulai tenang dan nyenyak. Airiel tersenyum "thank you for coming back into my life". Dia keluar daripada kereta untuk membeli air mineral dan sedikit biskut.

-----------------------------------------------------------

Mereka sudah sampai di tempat yang dituju, tapak projek Airiel. Hani tidak tahu mengapa dia harus mengikut Airiel ke sini

Hani hanya mengikut langkah kemana sahaja Airiel pergi, dia takut sesat kat tempat macam ni!

Hani mengurut tumit kakinya yang agak berdenyut sakit, itulah siapa suruh pakai heels kan dah sakit!

Airiel memandang Hani yang sedang mengurut kakinya sendiri, dia berlalu pergi untuk mendapatkan sesuatu

Hani mencari kelibat bosnya. Kat mana bos senget ni! Jangan tinggalkan aku dekat sini!

Airiel kembali dengan sepasang selipar berwarna hitam miliknya dan meletakkan dihadapan Hani

"Pakai" suruh Airiel dan dia kembali ke arah pekerjanya untuk membincangkan tentang projek akan datang nanti

Hani melihat selipar itu sambil tersengih 'Baik juga hati bos senget aku tu' dalam hati. Tanpa memikir panjang Hani terus menyarung selipar itu di kakinya, agak besar tapi boleh la daripada dia berterusan menahan sakit kaki

Hani kembali mengikut langkah Airiel untuk mencatatkan apa yang perlu

Setelah seharian memantau kawasan tapak projek itu, Airiel terus bergerak menghantar Hani pulang ke rumah kerana hari sudah gelap bersamaan angin malam sudah menerpa mereka. Dia tidak mahu assistant nya itu ditimpa sakit kerana dirinya

jangan lupa votee yayangg! sorry kalau ade typo ke ape ye :(

CINTA TERAKHIR | OGWhere stories live. Discover now