Bab 8

59 2 0
                                    

Sampai sahaja mereka di tempat yang dikatakan oleh Airiel. Kereta diletakkan di hadapan restoran mewah yang menghidangkan menu makanan Itali dan juga antarabangsa.

Hani melihat sekeliling restoran itu, mewah dan juga megah. Tapi kenapa dia berasa seperti pernah kesini, seperti déjavu.

Hani dan Airiel melangkah masuk ke restoran itu dan duduk di salah satu meja yang tersedia. Sementara itu, pelayan datang ke arah mereka untuk mengambil order.

Setelah selesai membuat pemilihan makanan, Hani masih menatap sekeliling restoran itu. Dia cuba untuk ingat pernahkah dia datang ke sini dan juga bersama siapa?

"Nini.." tegur Airiel membubarkan lamunan Hani.

"Oh ya tuan?" sahut Hani.

"Aku tahu soalan yang aku akan tanya ni agak sedikit mengganggu privacy kau tapi aku hanya nak tahu..aku.." ucap Airiel dengan salah tingkah.

"Takpe tuan, cakap je" ucap Hani tenang.

"Em.. betul ke kau pernah lupa ingatan? I mean, Amnesia?" ucap Airiel berhati-hati. Dia agak hancur apabila melihat isi butiran peribadi yang dihantar oleh Hani dahulu

"Haah, saya menghidap penyakit Amnesia tuan" ucap Hani yang agak pelik dengan soalan bosnya itu.

Hani dapat menangkap sorot mata Airiel yang memancarkan kekecewaan. Apakah yang bosnya ingin katakan?

Sebentar Airiel menundukkan kepala cuba untuk menguatkan diri kemudian mengangkat kembali dan menatap wajah Hani yang tenang itu. Dia membiasakan riak mukanya agar Hani tidak fikir bukan bukan. Patutkah dia beritahu Hani sekarang? Adakah Hani akan kecewa dengannya sekali lagi?

"Tuan?"

Lamunan Airiel terhenti. "Ya?" soalnya pendek.

"Kenapa tuan tanya?" soal Hani dengan nada penasaran.

"Oh, takde apa apa" sekilas Airiel senyum kemudian makanan yang di pesan mereka telah sampai.

-----------------------------------------------------------

"Tuan" panggil Hani

"Hm?" Airiel hanya berdehem untuk menyahut panggilan Hani.

"Tuan boleh tak saya nak masuk kerja balik?" soal Hani sambil menatap wajah Airiel yang sedang makan

'Dia nak masuk kerja balik? Jadi maknanya Hani akan berpindah ke rumah sewanya kembali selepas ini' sayu bicara Airiel di dalam hati

"Boleh, bila kau nak masuk kerja?"

"Minggu depan boleh tuan? Sebab minggu ni saya nak kemas barang saya untuk balik ke rumah sewa saya" ucap Hani menerangkan tujuannya

Airiel hanya mengangguk. Dia tidak mahu berpisah dengan Hani tetapi dia tidak boleh menghalang Hani pergi kerana mereka bukanlah suami isteri yang boleh tinggal sebumbung. Sekejap, suami isteri? menikah?

"Hani Aiesya" panggil Airiel

Hani menatap wajah Airiel, tidak biasanya Airiel memanggilnya dengan namanya sebenarnya.

"Ya tuan?" soal Hani

"Marry me, Nini" ucap Airiel hanya dengan sekali lafaz sahaja

Hani yang mendengar itu hampir tersembur keluar air yang diminum.Hah??

"A-apa tuan?" soal Hani. Dia mungkin tersalah dengar tadi

"Marry me. You'll be save with me and I promise I will make you the happiest girl in the world" jujur Airiel. Dia juga agak gagap untuk mengucapkan tapi dia menutup semuanya dengan keyakinan untuk melamar Hani

"Tapi kenapa tuan nak kahwin dengan saya? Dan kenapa tiba-tiba saja?" soal Hani

"becau-" ucap Airiel terpotong apabila telefon bimbit iPhone 14 Pro Max milik Airiel berbunyi. Dia melihat siapakah yang menelefonnya. Oh mama.

Dia mengangkat panggilan telefon itu. "Riel kat mana??" soal mamanya di dalam panggilan

"Riel tengah makan ni, ma" jujur Airiel

"Balik! Apa ni bawak anak dara mama jalan tengah tengah malam ni?! Bahaya tahu tak?? Nanti ada yang ketiga pula, mama tanak benda tu berlaku" bebel Puan Emelda. Bukan dia tidak percayakan Airiel tetapi Hani masih anak dara tidak elok keluar malam berdua duaan dengan lelaki.

"Baik mama, sekejap lagi kami balik" ucap Airiel. Seketika kemudian, panggilan tamatkan. Airiel menyimpan semula telefon bimbit miliknya di kocek seluar.

Airiel menatap Hani dengan lembut.
"Please, terima aku Nini" Rayu Airiel. Hani menatap sepasang mata bundar milik jejaka yang dia cintai dalam diam. Tulus tiada bohongan.

Hani lama berdiam diri. Kemudian mengangguk dan tersenyum. " Baiklah, saya terima"

Airiel menghembuskan nafas lega. Kemudian menatap wajah lembut Hani. "Aku janji, selepas aku ucapkan akad nikah nanti aku akan jaga kau selagi nyawa aku dikandung badan"

"Saya percayakan tuan" Lembut Hani

"Dah kawin nanti, masih nak ber 'tuan' ke dengan aku? tak nak panggil hubby ke? abang ke?" Usik Airiel

"Saya panggil daddy nak?" Hani mendekatkan wajahnya kepada Airiel. Airiel terkejut dan meneguk air liurnya cepat.

"Ish! Gatal la kau ni" Ucap Airiel setelah Hani menjauhkan kembali wajahnya. Hani ketawa kecil.

"Tahu takut" Ucap Hani kemudian menyambung makannya sambil tersenyum.

Usai sahaja mereka menyelesaikan makan malam di restoran itu, Airiel terus mengajak Hani pulang. Setelah sampai sahaja di rumah agam, Airiel meletakkan keretanya digaraj yang tersedia.

Airiel menoleh ke arah Hani yang sedang tertidur lena di sampingnya. Perlahan dia mendekatkan dirinya pada Hani untuk melihat wajah comel Hani yang sedang tidur.

"I promise, I will take care of you until my last breath away" gumam Airiel perlahan sambil menatap wajah Hani

Tanpa melengahkan masa, Airiel menggendong Hani ala bridal masuk ke dalam rumah.



jangan lupa comment and vote tau !! sorry dh lama tak update, lately ni sy busy sikit

CINTA TERAKHIR | OGWhere stories live. Discover now