BAB 6

61 1 0
                                    

Ding Dong!

Loceng rumah berbunyi tanda rumah agam keluarga Airiel kedatangan tetamu. Dengan cepat Puan Emelda membuka pintu untuk melihat siapakah yang berada di luar

"Assalamualaikum Puan, kami kawan Hani. Kami datang nak melawat dia" ucap Amalyn dengan hormat yang datang bersama Nazira untuk melawat dan menemani Hani sebentar

"Oh Amalyn dan Nazira kan? Mari lah masuk" pelawa Puan Emelda sambil tersenyum. Sebaik sahaja Puan Emelda berkata bergitu, mereka terus memasuki rumah yang besar itu. Ya sama seperti Hani, mereka juga terkejut akan kemodenan, kecantikan dan kebesaran rumah agam itu.

"Kamu nak jumpa Hani kan? Bilik Hani dekat floor 1. Kamu naik dulu nanti aunty naik ye, aunty nak buat air dulu" ucap Puan Emelda kemudian berlalu ke dapur. Amalyn dan Nazira menaiki tangga menuju ke bilik yang dikatakan oleh Puan Emelda. Sebaik sahaja sampai di hadapan bilik Hani, mereka melihat kelibat seorang lelaki yang sedang menatap Hani sambil bersandar di pintu.'Adakah itu Tuan Airiel yang sering diceritakan oleh Hani?' soal Amalyn di dalam hati

"Tuan?" tegur Nazira 'Handsomnye dia'. Airiel tersentak apabila ada yang memanggilnya. Dia berpaling. Oh Amalyn dan Nazira.. Dia memberi ruang untuk Mereka masuk ke bilik itu. "Terima kasih sebab datang" ucap Airiel dengan nada bersahaja. "Sama sama Tuan Airiel" jawab Nazira sambil tersenyum lebar.

Kemudian Airiel terus berlalu pergi, niatnya tidak ingin mengganggu masa Hani bersama rakannya. Nazira yang melihat Airiel pergi bergitu sahaja merengus geram, Airiel langsung tak pandang dia?

-----------------------------------------------------------

Airiel sedang menghirup secawan kopi pekat yang dipesan olehnya di sebuah café sambil menunggu seseorang.

"Sorry i'm late, motor aku buat hal do" ucap seorang lelaki yang baru sahaja sampai dan duduk di hadapan Airiel

"No problem Fiq" ucap Airiel

Afiq Ashraf adalah satu satunya sahabat yang Airiel percaya. Afiq dan Airiel sudah berteman lama sejak sekolah menengah. Afiq juga mengenal Hani seperti Airiel mengenal Hani.

"Fiq, aku nak minta tolong kau boleh?"

"Boleh bro, minta tolong apa?" Soal Afiq

"Aku nak kau pantau Hani lepasni, aku risau Irwan datang balik kacau Hani. Aku taknak Hani jadi mangsa antara aku dan Irwan" ucap Airiel. Dia ingin Hani berada di dalam keadaan yang selamat apabila keluar selepas ini.

"Boleh je, no hal la tapi aku nak tanya kau satu benda. Kau jangan pula marah aku lepas aku tanya ni" ucap Afiq.

"Tanya apa?"

"Kau still taknak bagitau hubungan sebenar kau dengan Hani dekat dia? Macamana kalau oneday orang lain yang sampaikan dekat dia-" ucapan Afiq tergantung apabila Airiel terus menyambung.

"It's okay, aku akan bagitahu dia tapi not now. Aku nak tebus balik salah aku dekat dia even dia dah lupa siapa sebenarnya aku dekat dia" ucap Airiel yang menundukkan pandangan. Berat untuk terima selepas mendapat maklumat tentang apa yang telah terjadi pada Hani 3 tahun lepas.

"I feel you Riel, so Hani macam mana sekarang? Getting better?" Tanya Afiq. Dia mengubah topik tidak mahu Airiel terlalu berfikir panjang dan sehingga membuat Airiel jatuh sakit.

"Alhamdulillah, Sekarang dia dah semakin membaik, dah ceria balik dah boleh berinteraksi dengan orang lain tak macam dulu asyik terperap kat dalam bilik. Semalam dia minta nak masuk kerja semula. Sebab tu aku minta tolong kau" Afiq hanya mengangguk apabila mendengar Airiel memberi tahu keadaan Hani.

"Eh bro, aku lupa aku tak boleh lama sangat sebab adik aku minta tolong aku beli barang dapur tadi dia nak masak" ucap Afiq tergesa gesa. Dia terlupa akan pesanan adiknya yang seperti harimau itu.

Airiel tergelak kecil. "Takut adik, nanti dah ada bini takut bini pulak ni"

"Amboi, agak-agak sikit ye. Handsome macam aku ni takut bini? Lambat lagi" ucap Afiq yang tidak terima apa yang dikatakan Airiel

Airiel hanya menggeleng kepala melihat tingkah laku sahabatnya itu

"Bro aku cau dulu, anything just get me a call" ucap Afiq kemudian berlalu pergi selepas berjabat tangan dengan Airiel.

Setelah kelibat rakannya itu menghilang, dia terus mengambil langkah untuk pulang kerumah kerana hari sudah mulai gelap. Semenjak Hani berada dirumahnya, Airiel sangat jarang pulang kerumah lewat malam. Mungkin kerana buah hati berada dirumahnya sebab itu ingin pulang secepatnya. Benarkah?

Bab ni pendek sikittt sorry tau, saya kehabisan idea plss ToT

CINTA TERAKHIR | OGWhere stories live. Discover now