BAB 4

89 7 0
                                    

Beberapa bulan kemudian..

"Ya? Tuan panggil saya?" tanya Hani sebaik sahaja masuk ke dalam bilik bosnya

"Sekarang dah pukul 11 malam, i think kau dah boleh balik" ucap Airiel yang masih menumpukan perhatiannya terhadap kertas kerjanya

"Betul ke ni tuan?? terima kasih!!" riang Hani. Fuh nanti balik dia nak rehat secukupnya, penat seharian menyiapkan kerja yang bertumpuk sampai kena kerja lebih masa sikit bersama bos sengetnya itu

"Hm" balas Airiel tanpa nada.

Langkah Hani menuju ke pintu terhenti apabila Airiel berkata "Thank you for accompanying me tonight" ucap Airiel sambil menatap wajah Hani

"Sama sama tuan" balas Hani sambil tersenyum

-----------------------------------------------------------

Hani masih setia menunggu bas untuk lalu ke sini. Aduh mana pula bas ni!

Tiba tiba ada beberapa lelaki yang berbadan tegap berjalan ke arah Hani tanpa disedari salah seorang daripada mereka menekup mulutnya dengan satu kain. Hani cuba memberontak namun tidak berhasil, pandanganya mulai buram dan dengan seketika terus gelap pandangannya

Perlahan Hani membuka mata dan menyedarkan diri, membiasakan cahaya redup di kawasan itu memasuki matanya. Dia ingin menggerakkan badan tapi tidak boleh, kaki dan tangannya di ikat serta mulutnya di sumbat dengan kain berwarna putih

Hani cuba membuka ikat yang berada di tangannya namun semua usahanya hanya sia-sia, ikatan itu sangat ketat dan membuat tangan mungil milik Hani kesakitan

Bang! bang!

Bunyi tembakan pistol yang sangat kuat di hadapannya. Terlihat seorang lelaki yang tinggi dan tegap berjalan kearah Hani yang terbaring di atas lantai

Lelaki itu duduk dihadapannya mengelus rambut, bahu, pinggang hingga ke kaki mulus milik Hani. Hani ketakutan, dia menangis dan menolak setiap sentuhan yang diberi oleh lelaki asing itu

'Tolong! Tolong aku!' jerit Hani di dalam hati. kelopak matanya dipenuhi air matanya yang tidak tahu bila hujungnya. Badan Hani menggigil kuat

"Hey sweetheart, jangan takut i takkan apa-apakan you" sekali lagi lelaki itu mengelus muka Hani

Entah dari mana keberanian Hani datang, Hani menendang tubuh tegap lelaki yang berada dihadapannya itu

Lelaki itu marah. Dengan cepat dia datang melulu ke arah Hani dan mencekik leher Hani sehingga membuatnya sulit untuk bernafas

"Guys! Now!" arah lelaki ini kepada anak buahnya. Mereka datang ke arah Hani lalu merobek semua pakai yang dikenakan oleh Hani serentak

Hani cuba memberontak dan beristighfar tidak henti. 'Ya Allah, selamatkanlah aku' ucap Hani di dalam hati tidak putus putus

Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakan yang entah dari mana menumbangkan mereka semua kecuali ketuanya yang masih gagah

"IRWAN! JANGAN SESEKALI KAU SENTUH DIA!" jerit lelaki yang melepaskan tembakan tadi

Hani melihat ke arah suara garau itu, Airiel! Airiel menarik Irwan jauh daripada Hani, mereka bertumbuk sehingga berdarah satu sama lain

"Ck! Kau ni kacau la aku baru nak bersenang-senang dengan buah hati, tak sempat rasa pun lagi aduh" ucap lelaki bernama Irwan itu dengan niat ingin membakar lagi amarah Airiel

Mata Airiel kemerahan, dia sangat marah. Dia menumbuk Irwan sehingga Irwan tidak terdaya. Sementara itu ada beberapa lelaki datang ke arah Hani dan membuka ikatan yang ada di kaki dan tangannya.

"Jangan sentuh saya, please" ucap Hani dengan ketakutan yang amat sangat. Badannya masih menggigil

"Don't worry, we're Airiel's friend" ucapanya sesudah membuka ikatan itu dan menyarungkan hoodie besar yang agak labuh sehingga melepasi paras paha Hani

Mataku tertuju kepada Airiel yang menumbuk Irwan tanpa henti. "Tuan! Sudah!!" jerit Hani. Airiel tidak mengendahkan jeritan Hani, dia terus menerus menumbuk Irwan dan pada akhirnya Airiel mengeluarkan pistol daripada poketnya. Pistolnya di halakan tepat ke arah Irwan yang sudah terkulai lemah

Aku terkejut melihatnya, terus rasa sakit dibadanku hilang dan aku berlari kearah Airiel yang diluar kendali itu. Dia tidak mahu Airiel masuk penjara akibat membunuh!

Grep!

Hani memeluk tubuh tegap milik Airiel dengan kemas. "Jangan tuan, biarkan dia". Airiel terkedu, Hani memeluknya. Dia memutarkan badan menghadap Hani dan menatap dalam wajah Hani. "Kau okay?" Airiel dengan spontan mengelus lembut wajah Hani

"Saya okay, tuan" Hani memandang tepat ke wajah Airiel. Jantungnya berdegup kencang dan Airiel mengambil kesempatan ini untuk memeluk Hani dengan eratnya tanpa pedulikan reaksi Hani.

Hani terkejut. Setelah beberapa minit berpelukan, Airiel melepaskan pelukannya kemudian menyerahkan Hani kepada rakannya untuk masukkan Hani kedalam kereta

"Fiq kau bawa Hani masuk kereta, aku nak urus si celaka ni" arah Airiel kepada Afiq Ashraf rakannya

Di saat Airiel ingin melepaskan genggamannya pada tangan Hani, Hani dengan cepatnya memegang tangan Airiel dan menggeleng "Jangan pergi, saya takut tuan" ucap Hani. Airiel memandang Hani, menatap matanya yang masih ada bias takut

Airiel hanya diam. "Fiq, kau tolong uruskan semua ni. Aku nak bawa Hani balik rumah mama" Afiq mengangguk patuh akan arahan yang diberi oleh Tuannya sekaligus rakannya. Airiel membawa Hani masuk ke dalam kereta dan menyelimutinya dengan sebuah jaket milik Airiel

Airiel menatap wajah Hani. 'Maafkan aku' ucap Airiel di dalam hati lalu melajukan kereta Porsche miliknya ke rumah agam keluarga Airiel






Tolong vote dan komen tau awak semuaa untuk kasi semangat saya menambah idea!! thanks awaknyeee 🤍

CINTA TERAKHIR | OGWhere stories live. Discover now