BAB 2

84 8 0
                                    

Kring! Kring!

Telefon pejabat di bilik Hani berbunyi, dengan segeranya Hani mengangkat panggilan itu

"Hani, in my office now!" panggilan serta merta di matikan sebelah pihak, belum sempat Hani membalas

"Lain macam je bunyi, dia tengah marah ke?" ucap Hani sambil mengemas mejanya yang agak bersepah lalu berlari ke bilik bosnya, Airiel

Tok! Tok! Tok! Hani mengetuk pintu

"Come in!" tegas Airiel. Dengan cepat Hani masuk ke dalam bilik itu

"Ya tuan, tuan panggil saya?" tanya Hani. rasa gemuruh tiba apabila melihat wajahnya agak dingin daripada pagi tadi

"Yes, kau tahu sekarang jam pukul berapa?" soal Airiel kepada Hani tanpa melepaskan pandangannya kepada Hani sambil tersenyum nipis. 'finally i found you, girl'

Hani melihat jam tangannya berjenama Pandora itu, mata Hani membulat. Leka sangat buat kerja sampaikan dia terlepas waktu makan tengaharinya! Aduh!

"Pukul 2:30 petang, tuan" jawab Hani perlahan. Ingin meminta simpati untuk melepaskannya keluar makan tengahari sebentar, perutnya sudah sangat lapar!

"Aku ada meeting lepasni?" soalnya lagi. Hani hanya menggeleng kepala

"Jom, ikut aku pergi lawat tapak projek" Airiel bangun dari kerusi kebesarannya dan keluar dari bilik itu

Hani dengan cepat mengikut langkah bosnya. Kalau lambat nanti kena marah

Sampai sahaja di tempat letak kereta, Airiel membuka pintu depan kereta Porsche miliknya untuk Hani

"Eh! Terima kasih tuan, takpe saya boleh buka sendiri" ucap Hani rasa serba salah kerana bosnya pula tolong membuka pintu untuknya, bukan ke sepatutnya dia yang buka pintu untuknya bosnya?

"Aku buka pintu ni sebab taknak kereta kesayangan aku ni calar" ucap Airiel lalu menutup pintu setelah Hani masuk

Hani geram 'Amboi, mentang mentang kereta mahal dia ni aku kang-' kutuknya terhenti apabila Airiel berkata "Aku dah cakap jangan selalu mengata aku nanti jatuh cinta, girl" Hani hanya menjeling sekilas lalu dia terus memandang ke arah luar tingkap kereta, malas nak tengok muka si bateri AA ni!

Sepanjang perjalanan tiada satupun percakapan diantara Hani dan Airiel. Hani masih setia memandang keluar sambil memegang perutnya yang asyik berbunyi

Ring! Ring! Telefon Airiel berbunyi. Airiel menjawab panggilan itu. "Ya Aqil, ada apa?" soal Airiel kepada si pemanggil yang berada di atas talian itu

On call

"Riel, kau kat mana? Kau kata nak lunch kat rumah? mama dah siap masak ni untuk kau"

"Aku tengah otw la ni bang, aku balik bawa kawan tau ni sebab lepas lunch dekat rumah aku nak kena pergi lawat tapak projek dekat Melaka"

"Yela nanti aku bagitau mama, kau tu cepat sikit kesian mama tunggu"

"Okay bang"

Airiel menamatkan panggilan pendek itu bersama abangnya, Aqil Arshad

"Kita singgah lunch kat rumah mama aku, lepas tu baru kita gerak pergi tapak projek" ucap Airiel. Hani hanya mengangguk tanda faham.

Sebaik sahaja sampai di rumah agam milik keluarga Airiel, Hani keluar daripada perut kereta Porsche milik bosnya itu dan melihat sekeliling rumah itu, ni rumah ke istana?! Besar gila!

"Jaga pandangan, jangan nak melilau sana sini" tegur Airiel, Hani faham kerana tak baik masuk rumah orang lepastu pandang rumah orang macam yang dia sedang buat ini, tak senonoh jadinya

"Airiel! Mari masuk sayang!" jerit seseorang wanita paruh baya itu. Itu semestinya mama Airiel! Cantik!

"Jom" ajak Airiel. Hani hanya mengikut langkah bosnya dibelakang

"Aik, mana kawan Riel yang abang Qil cakap tadi?" puan Emelda tercari cari kelibat kawan anak bongsunya itu

"Ni mama" Airiel menarik tangan Hani perlahan untuk keluarkan Hani dari tempat persembunyiannya di belakang Airiel. Hani hanya tersenyum, kenapa aku menyorok? aduh bukan ada buat salah pun, aduhai aku ni!

"Oh kawan perempuan, mama ingatkan kawan lelaki tadi" Puan Emelda senyum lebar dan matanya juga bersinar

"Assalamualaikum puan" ujar Hani tersenyum seraya itu menyalami tangan milik Puan Emelda.

"Waalaikumussalam, jom masuk mama ada masak banyak lauk yang sedap sedap harini" Puan Emelda merangkul tangan dan membawa Hani masuk ke dalam rumah agam itu meninggalkan anaknya yang masih berada di luar

'Anak terus dilupakan!' tak puas hati Airiel melihat mamanya meninggalkan dirinya di luar keseorangan

Puan Emelda membawa Hani ke ruang tamu. "Sue! Panaskan lauk!" jerit Puan Emelda kepada pembantu rumahnya. "Sayang, duduk sini kejap ya mama nak ambil air untuk tetamu istimewa mama ni" ucap Puan Emelda dengan riang. Tetamu istimewa? Aku ke?

Hani duduk di salah satu sofa lembut yang berada berdekatan denganya. Wah! Dalam rumah pun cantik! nampak mewah dan teratur, mesti keluarga Tuan Airiel ni kaya kan?

"Riel" langkah Airiel terhenti apabila abangnya Aqil memanggil. "Hm?" Jawab Airiel tidak bernada

"Kau bawa balik sapa tu? Elok rupa apatah lagi..." ucap Aqil kepada Airiel dengan matanya tidak lepas memandang kearah Hani. Lebih tepat kearah tubuh Hani

"Jaga mata kau, she's mine" amaran Airiel dan berlalu pergi ke arah Hani.
"Tengok sikit nak marah, kau tunggu" Aqil menjeling tajam

Dia sudah masak dengan perangai abangnya yang suka mengurat perempuan sana sini, dan menjadikan kekasih malamnya untuk bersenang lenang



jangan lupa komen and vote!!! thanks you!!! Lope lope

CINTA TERAKHIR | OGWhere stories live. Discover now