"Haniii!! bangun!!" jerit Amalyn dan Nazira serentak. Hani tetap tidak berganjak. Fuh! Tidur mati agaknya
Amalyn dan Nazira mempunyai idea untuk mengejutkan Hani. Mereka ketawa perlahan lalu menjalankan misi membangunkan Hani.
"1, 2, 3!!!!" air di curahkan ke atas Hani yang masih di katil empuknya. Padan muka!
"WOI! MALYN! ZIRA!" jerit Hani
"Sape suruh susah sangat nak bangun kan dah kena HAHAHA" ucap Nazira sambil ketawa tak henti-henti
"Ish! siap korang lepas ni! Aku celup korang dalam air longkang!" marah Hani
"Sudah sudahh, yang kau pun satu Hani kenapa bangun lambat? Kau lupa yang kau first day masuk kerja harini?" bebel Amalyn panjang lebar
Mata Hani membulat apabila mendengar Amalyn berkata bergitu
"Eh! Aku lupa! Tepi aku nak mandi, Malyn tolong kemas bilik aku nanti balik aku belanja kau makan" jerit Hani sambil menolak Amalyn dan Nazira lalu berlari terus ke bilik air
"Aku?!?!?" Nazira tidak berpuas hati kerana dia seperti tidak diajak
"Takpe, lepasni dia bawak juga kau. Dah sini tolong aku kemas" ucap Amalyn. Nazira mengalah "Yelaaa makcik"
-----------------------------------------------------------
Sampai saja di lobby tempat kerjanya, dia akan memulakan kerja sebagai Assistant pemilik syarikat ini
"Fuhh nasib baik sempat" Hani menghembus nafas lega apabila dia sampai tepat pada jam 8:00 pagi
Hani mengenakan baju t-shirt warna merah darah, blazer dan skirt paras lutut berwarna cream berlari memasuki lif yang sedang terbuka
"Tunggu saya!!" pinta Hani kepada seorang lelaki yang berada di dalam lif itu
"Fuh, nasib baik" lega Hani selamat memasuki lif. Dia memandang lelaki yang berada disebelahnya itu. 'Handsome nya!'
Ehem!
Lelaki itu berdehem membuat lamunan Hani terhenti. Hani terus memalingkan mukanya ke arah lain, malu!!
Ting! Lif terbuka kemudian lelaki itu terus keluar dengan begitu sahaja belum sempat Hani ingin berkenalan 'mana tahu jodoh? Ish! mengarut je kau ni Hani'
Tanpa melengahkan masa lagi, Hani terus berlari keluar dari lif itu sebelum pintu lif tertutup. Sebaik sahaja Hani keluar, seseorang menegurnya
"Hi! Hani kan?" tanya gadis yang berpakaian kemas itu
"Ya, saya Hani" balasku sambil senyum ramah
"Oh god! Jom cepat ikut saya, actually bos nak jumpa awak sekarang" ucapanya sambil berjalan laju menuju ke bilik bos. Aku hanya mengikutnya
"Sorry puan, saya lambat lepasni saya janji takkan lambat dah" Hani berjanji dengan bersungguh sungguh, dia tidak mahu lewat lagi selepas ini!
"It's okay, anyway I'm Laila" ucap Laila . Dia menghentikan langkahnya di hadapan satu pintu. "Cepat masuk, and good luck!" Laila mengetuk pintu untukku dan dia berlalu pergi sambil memberi kata kata semangat untukku
'Erk, aku nak kena buat apa ni? berdebar weh! nak masuk ke tak? masuk? atau tak masuk?' Hani berperang dengan dirinya sendiri tanpa sedar seseorang sedang memerhatikannya sedari tadi di pintu yang besar dan megah itu
Ehem!
Hani tersedar lalu melihat sumber suara garau yang berdehem tadi. Oh tidak! Bukan ke dia ni kan yang dia jumpa di dalam lif tadi? Kenapa dia ada kat sini? Jangan kata dia bos kat sini!
"In my office, now girl" ucap lelaki itu dengan nada perlahan
"Baik!" Hani mengikut langkah lelaki itu masuk ke dalam biliknya
Hani melihat sekeliling ruang itu. 'Wah besar gila!' ucap Hani di dalam hati
"Are you done, girl?" ucap lelaki itu sambil melihat data Hani di dalam satu file yang diberi oleh pekerjanya
"Eh, maafkan saya tuan" Hani menundukkan kepalanya. Maluu
"So.. nama kau Hani Aiesya?" soal lelaki itu lalu melihat kearah Hani
"Ya, nama saya tuan" jawab Hani
"Look into my eyes when talking to me" tegasnya
Automatic Hani memandang kearah lelaki itu. Mata mereka bertembung. 'Mata itu.. seperti-'
Ehem!
"Jangan pandang lama sangat, jatuh cinta nanti aku juga yang susah"
Hani kembali sedar "Oh, maaf" Hani menggaru kepalanya. Ceh! Ingat handsome la tu
"What should i call you?" soal lelaki itu lagi
"Tuan boleh panggil saya Hani atau Aiesya" jawab Hani
"Okay nini, lepasni aku nak kau check semua jadual aku harini dan bagitahu aku petang ni aku ada meeting atau tidak. No excuse. Now go out" arah lelaki itu
'Hish bos perasan handsome, lama lama lumat kau dalam batu lesung kang' geram Hani. Berkumat kamit mulut Hani mengata bosnya dalam diam
"Jangan nak mengata orang, nanti jatuh cinta lagi tambah susah aku" ucap lelaki itu. "Anyway, I'm Airiel Aqasha and now kau dah boleh mula buat kerja yang aku suruh tadi" tambah Airiel
"Baik tuan" Hani menuju ke pintu untuk keluar sambil mengata bosnya lagi di dalam hati 'Eee sape je nak jatuh cinta dekat dia?!?! Sekejap.. nama dia Airiel Aqasha? macam pernah dengar'
Sebaik sahaja Hani keluar dari bilik bosnya itu, dia terus menuju ke ruangan miliknya.
"Okay! Let's do it!" tanpa melengahkan masa Hani terus membuat kerja pertamanya yang disuruh Airiel tadi
Kepada readers yang baik hati tambahan pula cantik/kacak, sila lah vote dan komen yup!! Terima kasih lopee kamu semuaa
YOU ARE READING
CINTA TERAKHIR | OG
RomanceMengisahkan seorang jejaka dan seorang gadis yang saling mengenali sejak sekolah menengah lagi, si gadis ini bekerja di sebuah syarikat bernama AH Company yang dimiliki oleh jejaka yang agak tegas dan dingin. Beberapa bulan kemudian, si gadis terlib...