BAB 8

9 1 0
                                    

Sampai sahaja mereka di rumah Airiel, Dia menoleh dan melihat Hani yang sedang lena di sisinya. Sejak kejadian tadi mereka berdua hanya diam sepanjang perjalanan pulang. Masih malu agaknya.

Airiel mendekatkan wajahnya ke wajah Hani. Menatap isterinya yang sedang lena diulit mimpi. Dia tersenyum. Tidak menyangka wanita yang selama ini dia tunggu akhirnya sah menjadi pendamping hidupnya. Namun, senyuman itu perlahan suram apabila Airiel teringat sesuatu.

"Nini sayang, abang harap sayang akan tetap bersama dengan abang sampai bila-bila. Walau apapun terjadi..". Dia mengelus lembut wajah Hani. Tatapannya penuh dengan maksud tersirat.

Airiel terus menggendong Hani keluar dari perut kereta dan naik ke bilik tidur mereka yang telah ditempatkan oleh Airiel sendiri.

Dia meletakkan Hani di atas tilam lembut bersaiz besar yang berada di dalam bilik tidur Airiel. Airiel mengelus wajah Hani dengan lembut dan turun ke hidung kemudian ke bibir tipis milik isterinya. Dia hanya menatap bibir itu dan mengelus lembut.

"Cantiknya isteri abang" Ucap Airiel pelan. Sedari tadi dia tidak berhenti memuji si isteri. Dia tidak boleh berbohong bahawa Hani benar-benar cantik. Airiel tersedar dari termenung nya. Dia bangun dan bersihkan diri di bilik air.

-----------------------------------------------------------

Selesai sahaja Airiel mandi, dia melirik ke jam yang berada di dinding bilik tidur nya. Jam 10 malam. Kemudian matanya beralih ke arah Hani yang sedang lena di atas katil itu. Dia harus kejutan Hani untuk bersihkan diri, dari pagi lagi Hani berpakaian yang sama pasti lengket badan dibuatnya.

"Sweetheart.." Airiel menepuk pelan lengan Hani.

"Sweetheart, bangun sayang" kejut Airiel pelan sambil menyelitkan anak rambut Hani ke belakang telinga.

"Eungh.." Hani merubah posisi tidurnya dan membuka mata perlahan apabila terdengar bisikan halus yang seakan sedang memanggilnya.

"Wake up sweetheart, sayang kena mandi. Lepastu makan, baru sambung tidur okey?" Ucap Airiel memujuk untuk Hani bangun apabila dia melihat Hani kembali menutup matanya. Payah rupanya nak kejutkan budak ni.

Hani membuka matanya kembali. Melihat ketampanan suaminya dek putera yang berada di istana. Hani tersenyum. Tanpa disedari Airiel juga turut tersenyum apabila melihat Hani. Mereka seperti sedang dilamun cinta.

"Dah bangun sayang, and then mandi" Arah Airiel dan Hani hanya mengangguk.

Selesai mandi, mereka terus menunaikan solat isyak bersama suaminya buat kali pertama.

Selepas mengaminkan doa, Airiel pusing ke belakang. "Sayang" Panggil Airiel.

"Ye abang" Hani menyahut lalu memandang wajah suaminya.

"Sayang.." Panggil Airiel lagi sambil menundukkan kepalanya.

"Ye.. kenapa abang?" Sahut Hani. Sudah kenapa suaminya kali ini.

"Abang.." Ucap Airiel pelan. Kepalanya masih ditundukkan.

Hani mendekat ke arah Airiel. "Kenapa? Ada apa bang?" Tanya Hani risau. Dup dap dup dap.

Airiel mengangkat kepalanya dan memandang Hani.

"Abang lapar" sengih Airiel.

"Ish! Abang ni! Buat orang suspens je!" Hani memukul Airiel dengan tangannya. Ketawa Airiel terletus.

"Saje je abang nak gurau dengan sayang, jangan la marah" Pujuk Airiel apabila melihat Hani sudah meninggalkannya sendirian dia ruang solat itu.

"Tanak kawan abang!" Jerit kecil Hani lali keluar dari ruang solat itu.

-----------------------------------------------------------

Setelah selesai mengemas sejadah dan pakaian solat. Airiel terus mencari kelibat isterinya di bilik tidur.

Kosong.

Aik, pergi mana pula isteri aku ni.

"Sayang!" Panggil Airiel. Senyap tiada sahutan.

Seketika itu, dia terbau sesuatu dan dia yakin bau itu berasal dari dapur. Terus dia turun ke bawah lalu ke dapur.

Airiel melihat kelibat Hani sedang memasak di dapur.

Dia terus mendekati Hani dan memeluk erat tubuh Hani dari belakang kemudian meletakkan wajahnya dileher Hani sambil menghidu bau harum dari tubuh isterinya.

"Astaghfirullah, terkejut saya abang ni" Ucap Hani sambil memegang pemegang kuali leper didepannya. Mujur tidak melayang saja kuali ni.

"I'm sorry sweetheart, marahkan abang lagi ke?" Tanya Airiel.

"Eh takde la tak marah pun, tengah happy ni" Ucap Hani bersahaja.

"Amboi, yela sayangku. Abang minta maaf ye" Satu ciuman ringkas singgah di pipi kanan Hani.

Bahang terasa di wajahnya apabila Airiel mencium pipinya.

"Abang ni.." Malu Hani dibuatnya.

"Haha, comel la sayang ni" Airiel mencium lagi pipi Hani. Kali ini tidak berhenti sampaikan Hani sesak nafas dibuatnya.

"Ehh abangggg" Hani mematikan dapur gas lalu memandang Airiel dengan wajah cemberut.

"Sorry sweetheart. Sayang ni la manis sangat" Sengih Airiel tanpa bersalah.

Hani malas mahu melayan kerenah suaminya itu. Kemudian Hani melepaskan tangan Airiel yang berada di pinggangnya itu dan terus ke meja makan untuk menghidangkan makanan.

Airiel hanya mengikut langkah Hani sehingga mereka duduk di kerusi yang berada di meja makan.

"Jom, makan bang. Sorry ni je yang Hani boleh masak sebab barang dapur tak ada" Ucap Hani perlahan.

"Tak mengapa, esok kita pergi mall beli barang dapur" Balas Airiel sambil makan.

Hani hanya mengangguk setuju dan mula makan.




Hi guyss sorry sangat sebab lambat up this time.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA TERAKHIR | OGWhere stories live. Discover now