BAB 7

56 3 0
                                    

Sebaik sahaja Airiel membuka pintu rumah agamnya...

Baa!!!

Jerit Hani menakutkan Airiel yang ingin masuk ke dalam rumah. Itu adalah kebiasaan Hani apabila berada di sana sejak beberapa bulan ini. Airiel langsung tidak keberatan melihat kelakuan Hani yang agak kanak-kanakkan seperti menutup lampu ketika Airiel sedang mandi, bermain kejar mengejar mendapatkan kertas kerja Airiel. Mamanya yang melihat gelagat mereka hanya menggeleng kepala, ada kadang kalanya mama menegur agar tidak keterlaluan dalam bergurau dengan Hani. Dia harus tahu batasnya.

"Wlekk tak takut pun!" Airiel menjelir lidah ke arah Hani. Hani geram melihat bosnya yang tidak terkejut itu malah menjelirkan lidah

"Ooo nak main jelir ye" ucap Hani lalu terus gelitik pinggang Airiel tanpa ampun. Airiel yang ingin melepaskan diri itu tidak berhasil.

Sebaik sahaja Airiel berjaya melepaskan diri, dia terus berlari untuk menyelamatkan diri.

"Tuan! Tak aci main lari macam tu!" Ucap Hani sambil mengejar Airiel

Airiel berlari ke dapur untuk mendapatkan mamanya yang sedang membuat adunan kek redvelvet itu.

"MAMA! TOLONG AIRIEL!" jerit Airiel sambil memeluk Puan Emelda dan menyorok dibelakangnya.

"Alah tuan, mana aci macam tuu. Tuan selalu main tipu!" ucap Hani tidak berpuas hati.

Hani dengan geramnya menuju kearah Airiel dan menggelitik Airiel sekuatnya dan terjadilah satu kejadian

Tangan Airiel terkena pada mangkuk adunan yang berisi tepung itu bertebangan di udara dan menghinggap ke arah Hani, Airiel dan juga Puan Emelda.

"HANI! AIRIEL!" marah Puan Emelda

Ups!

Larian Hani dan Airiel terus berhenti di hadapan Puan Emelda. Puan Emelda sudah dipenuhi tepung itu melihat kearah kedua dua orang penyebab tepung gandumnya habis berselerak di lantai.

"Ish! Tengok! Habis tepung mama, dah tak boleh guna. Lepasni korang lap satu dapur ni and pergi beli tepung baru. Faham?" Arah Puan Emelda dengan nada kesal. Baru sahaja dia santai ingin membuat kek kegemaran Airiel dan juga Hani, habis berselerak dibuatnya. Puan Emelda terus naik ke bilik untuk membersihkan dirinya.

"Tuan, Mama merajuk ke?" Soalku pada Airiel

Airiel menjongetkan bahu tanda dia tidak tahu. Tanpa melengahkan masa Hani dan Airiel terus mengemas dapur yang dipenuhi tepung itu.

Setelah selesai mengemas dapur, langkah Hani yang ingin naik ke biliknya itu terhenti apabila Airiel memanggilnya.

"Nini, wait!" panggil Airiel

"Ya tuan?"

"Lepasni boleh kau tolong aku cari tepung yang mama nak untuk buat kek? Aku tak tahu mana satu tepung yang kena beli" jujur Airiel sambil menggaru belakang kepalanya

"Boleh je tuan, saya pergi bersiap dulu nanti saya turun. Tuan pun pergi la mandi, dah jadi hantu tepung dah tu" gelak Hani dan terus memasuki biliknya

"Eleh dia pun sama" ucap Airiel yang juga menunju ke biliknya untuk bersiap

-----------------------------------------------------------

Baju casual berwarna hitam dan corak berbentuk diamond berwarna pink beserta mini skirt berwarna hitam sepadan dikenakan oleh Hani. Airiel pula mengenakan baju casual liner bewarna light pink dan seluar slack hitam membuat dirinya terlihat bergaya.

Sebaik sahaja sampai di Mall yang berdekatan dari rumah, mereka masuk ke dalam mall bersama sama.
Banyak mata yang memandang, apa yang di pandang pun tidak tahu.

CINTA TERAKHIR | OGWhere stories live. Discover now