"Fuhh... Penat lah." Rafael meneguk rakus air mineral yang baru dibelinya dari kantin.
"Laa... Sejam je pun, bukannya 100 jam. Hmm... Nampaknya dah turun stamina kau lepas cuti ni. Hish! Kau jangan main-main El, tak lama lagi pertandingan tau." Thaqif melabuhkan punggung bersebelahan Rafael.
"Alaa... Kau ni Thaqif teruklah. Pertandingan bulan depan lah wehh. Lama lagi tu."
"Lama kau kata? Pejam celik, pejam celik dah sampai masanya nak bertanding tu." Thaqif berkata sambil matanya tidak lepas daripada merenung pemain-pemain bola keranjang yang berada di bawah jagaannya.
"Kita fight dengan sekolah-sekolah persendirian je pun. Macam dulu jugak lah. Tak payah lah nak practice sangat. Kan bagus kalau kita lepak ke, main games ke tak pun cuci-cuci mata kat shopping complex", Rafael berkata bosan.
Thaqif berpaling menghadap muka sahabatnya sambil tersenyum. "Rafael, untuk pengetahuan kau, daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda : Sebahagian daripada seorang keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya".
Rafael tayang muka tidak bersalah.
"Kau faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni?"
Rafael tersengih, "Hehehe... Bukannya tak faham, tapi tak berapa nak faham".
"Hahaha... Kalau tak faham tu, cakap je lah tak faham. Ni nak belit-belitkan bahasa pulak. Ermm, kau nak jadi mukmin yang baik di sisi Allah di samping baik di mata Rasulullah SAW tak?"
"Uiks! Pertanyaan jenis apa ni? Mestilah nak."
"Haa... Kalau kau nak jadi mukmin yang baik, banyak caranya dan salah satu daripanya ialah dengan meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contoh perkara-perkara yang tidak berfaedah tu pulak seperti yang kau sarankan kita buat tadi tu lah. Melepak, main games, cuci-cuci mata atau pun perkara-perkara lain yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kat kita lah. Faham?"
"Ohhhh..! Faham ustaz! Hehehe... Tapi kan..."
"Woi, korang semua! Sekarang turn kitorang pulak nak practice. Dah! Gi duduk diam-diam kat grandstand sana."
Kata-kata Rafael terhenti dek kerana jerkahan seorang gadis yang tidak diketahui identitinya umpama halilintar menyambar bumi.
"Amboi! Suara mak cik mana pulak yang halau budak-budak kita ni Rafael?". Jelas sekali riak terkejut pada muka bersih Thaqif.
Thaqif, Rafael dan beberapa rakan mereka turun dari grandstand untuk mengetahui gerangan siapakah yang melalak tak tentu pasal yang bertujuan menghalau mereka daripada terus berlatih.
"Eh! Abang Thaqif lah!". Kedengaran satu suara sumbang berteriak kecil sebaik melihat aturan langkah yang kemas dari Thaqif dan rakan-rakannya yang menuju ke arah mereka.
"Cuba kau tengok muka aku, comot tak?"
"Kemas tak rambut aku?"
"Wehh! Ada cili melekat kat gigi aku tak?"
Hampir semua pelajar perempuan kelam-kabut mengemaskan diri demi kelihatan cantik bukan sahaja pada pandangan Thaqif, malah rakan-rakan Thaqif yang juga mempunyai rupa paras yang sempurna. Pendek kata, wakil bola keranjang Sekolah Tinggi St. Schz Levi kacak- kacak belaka di samping mempunyai akademik yang baik plus berbadan sado. Maklumlah, pemilihan pemain bukan dilihat berdasarkan kemahiran, tapi akademik turut dititik beratkan.
"Ek eleh dorang ni. Macam lah cantik sangat. Puiik!" Qaeyscha buat muka menyampah.
"Alaa, suka hati diorang lah. Yang kau sentap ni apasal?" Wafa bertanya pelik.
" Takda lah wehh. Kalau yang turun dari grandstand tu Cristiano Ronaldo ke, Tom Cruise ke, tak pun Adi Putra ke, memang dengan aku aku sekali terjerit-jerit nak tanya comot tak aku, okay tak rambut aku. Ni... Neither Vin Diesel nor The Rock. Kawan satu sekolah je pun, dah macam orang gila, sibuk kemaskan diri." Qaeyscha membalas dalam nada jengkel.
Belum sempat Wafa membalas...
"Excuse me, siapa erk yang melalak macam orang gila tadi tu? Nak halau kitorang berlatih konon. Tak payah nak tunjuk komitmen tinggi sangat lah sampai nak berlatih segala bagai. Cheerleaders je pun. Tak perlukan strategi, tak perlukan taktik serangan. Bukan susah macam basketball pun."
Ternyata kata-kata yang dilemparkanThaqif sudah cukup pedas pada telinga Qaeyscha.
"Haa... Aku lah yang kau kata melalak macam orang gila tu. By the way, sorry lupa nak jawab, waalaikumussalam cik abang..." Qaeyscha keluar daripada kumpulan pelajar-pelajar yang mengerumuni Thaqif dan rakan-rakannya sambil menyindir Thaqif. "Apa kau ingat jadi pasukan sorak ni senang macam kau mengarah budak-budak kau buat itu dan ini? Hei! Hei! Hei! Kau silap besar lah bro..."
"I don't think so" , Thaqif menjawab acuh tak acuh.
"Ohh... Macam tu ehh? Hmm... Apa kata kau split kat depan aku jap. Ye lah, kan kau pun kata tadi, 'I don't think so", Qaeyscha mencabar Thaqif dengan memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam bak pisau belati sambil mengajuk kata-kata Thaqif dengan nada mengolok.
"Huh! Kau cabar aku ke budak?", pandangan Thaqif juga tidak kurang tajamnya.
"Ha'ah! Aku cabar kau warga emas."
Terburai tawa rakan-rakan baik Thaqif iaitu Rafael, Mumtaz dan .... manakala yang lain berusaha sedaya-upaya sehingga bergegar-gegar bahu menahan tawa yang boleh meletus pada bila-bila masa.
"Amboi, bahasa tu! Indah nian!"Thaqif berkata sambil mengetap bibir.
Qaeyscha pula hanya tersenyum sinis.
"Okay! Let's make a deal. Since you challenge me to do one of the most crappy things, called split, then I'll do so. Well, I want you to play basketball with me. Aku lawan kau. Amacam?" Thaqif berkata dengan penuh sinis.
"FYI, basketball is one of my hobbies. Don't you think that you have to think of another challenge for me since I'm very expert in that game?" .
"Hahahahahaha...."
"What's so funny this time?" Qaeyscha bertanya dengan penuh nada ingin tahu.
"Kau kata tu 'one of my hobbies'? Heii, aku tak sebodoh yang kau sangka lah.Aku tau lah kau pura-pura je pun cakap tu hobi kau dan kau expert sangat sebab kau nak aku tukar cabaran tu kan? Ye lah, ni kan permainan budak laki, confirm kau yang perempuan ni takda kemahiran langsung kan?", Thaqif berkata dengan penuh yakin.
"Whatever you say. Just play and see."
"I'll make you REGRET with your decision.", sengaja Thaqif tekankan perkataan 'regret' hanya untuk melemahkan semangat lawannya.
Tanpa membalas kata-kata Thaqif, Qaeyscha mula mangatur langkah ke tengah gelanggang bola keranjang sambil diiringi teman rapatnya.
"Wehh, kau nak battle dengan dia? Kau serius ke ni babe? Kau tak dengar ke apa yang dia kata tadi tu? 'I'll make you regret with your decision' ". Jelas sekali kerisauan pada muka Mysha.
"Then, I'll let him swallow his words", Qaeyscha membalas tenang.
Mysha berpandangan dengan Wafa. "Kepala batu as always", mereka berkata serentak disusuli dengan ketawa kecil.
YOU ARE READING
The Falling Of Musuh Tradisi (incomplete)
Teen FictionMuhammad Safiy Lutfi? Huh! Siapa tak kenal si prince charming Sekolah Tinggi St. Schz Levi. Darrien Thaqif Aqeel? Huh! Tak perlu kenallah. Budak lelaki pembuli, mulut asid dan mastermind segala kejahatan. Mangsa? Sudah tentu si muka tak siap. Naomi...